MASUKAN 5hb DISEMBER, 2013
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
PILIHANRAYA UMUM ke 13 pada 5hb Mei, 2013 (DALAM KENANGAN)
Allah s.w.t. Yang Menentukan.
Alhamdulillah, setelah 7
bulan selesainya PRU ke 13 maka kita sekali lagi perlu muhasabah diri
dan kembali kepada hakikat bahawa manusia hanya boleh berusaha tetapi
hanya Allah s.w.t. yang menentukan.
Blog ini menyeru
supaya kita lupakan sahaja kata-kata kesat, sepanjang zaman, yang
keluar dari mulut Lim Kit Siang, kerana sikap begini sudah kita ketahui
sejak beliau berpolitik dari muda hingga ke tua. Isi kata-katanya
hendaklah menjadi penyedap sebagai asas menaikkan semangat bangsa
Melayu. Selagi ada watak seperti Lim Kit Siang selama itu pulalah bangsa
Melayu memerlukan watak yang tebal semangat ke Melayuan dan ke
Islamannya.
1. Keputusan PRU ke 13 adalah satu
peringatan dan pengajaran kepada bangsa Melayu, Bumiputera dan seluruh
umat Islam di Malaysia dan di Asia Tenggara. Kita perlu bersyukur kepada
Allah s.w.t. kerana saying-Nya kepada ummat dan mengekalkan kuasa di
tangan yang berjiwa Melayu dan Bumiputera di Malaysia.
PEKERJA IMIGRAN DI SINGAPURA
2. Antara berita yang dipetik dari Yahoo News oleh Elizabeth Soh pada
7hb Mei, 2013 bertajuk 'Malaysians in Singapore react with anger,
disappointment over BN win, ialah:
2 i. 'I'm proud to be from Penang and we will stay strong despite all
the dirty tricks,' said online entrepreneur Gwendolyn Yeo, 30, who
closely monitored the Facebook and online feeds of all her friends back
home and was convinced that BN had not played a clean game. 'We're sick
of our families back home working so hard to pay for
Najib Razak's wife shopping sprees.'
2 ii. Singapore based bank executive Nick Chong, 29 who took two days
off to return to Kulai, Johor and volunteered as a polling and counting
agent, told Yahoo! SG that he witnessed first hand
how unfair the polling process had been.
2 iii. 'I ride over nine hours to get home with the traffic jam and even
my motorbike breaking down, but I went home to vote because I am fed up
with BN and
I want things in my country to change, Ubah! (Change!) said 27 year-old Malacca native Rajoo Rangarajan, who works as a cook in a five-star hotel in Singapore.
2 iv. 'Many Singapore-based Malaysians have taken to expressing their
anger and dissatisfaction online, replacing their profile pictures with
black squares in protest of the alleged blackouts to cover up fake
votes. ' I feel powerless as I am not in the country, but
change
can start from anywhere, even if we are just speaking up online, as
long as we are not scared to put our name and our face to our feelings,
I'm sure that we can make a difference,' said Malaysian marketing
manager Ivey Leo, 26, who, together with a group of her friends, booked a
bus back to Johor on Saturday to vote for the opposition.'
3. Walau pun pekerja imigran di Singapura begitu bangga dengan Pulau
Pinang tetapi dia tetap menjadi usahawan online di Singapura sedangkan
kerja begini boleh dibuat di mana saja. Nick Chong sebagai pekerja
imigran di Singapura menyatakan sistem pengundian kita tidak adil,
sedangkan
Bangsa-Bangsa Bersatu
selalu mencadangkan Malaysia, dan tidak Singapura, sebagai negara yang
patut dicontohi dalam soal pengendalian pilihanraya.
Malahan, mantan Wakil Presiden Republik Indonesia Yusof Kalla yang turut
hadir sebagai pemerhati dalam PRU ke 13 memuji cara pengendalian
pilihanraya di Malaysia walau pun negaranya adalah yang lebih bebas
untuk rakyat berbicara dan mengkritik.
4. Pekerja imigran di Singapura yang juga menjadi tukang masak,
Rajoo Rangarajan,
juga mahukan perubahan tetapi tidak menyatakan perubahan apa. Jika
perubahan untuk keamanan dan keadilan semua rakyat Malaysia mahukan itu
sebagaimana beliau tahu,
sebagai
tukang masak, bahawa pelanggan di hotel juga selalu mahukan perubahan
makanan asalkan lebih sedap dan tidak menyebabkan pelanggan menghadapi
masalah cirit birit.
5. Ivey Leo, seorang lagi pekerja imigran di Singapura pula berasa kesal
kerana dia berada di luar negara dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Dengan kisah 'black-outs' yang disebutkannya itu jelas sekali beliau
terpengaruh dengan media cyber yang Pakatan Rakyat sangat jaguh
mengendalikannya.
Ivey sepatutnya berada di Malaysia dan jangan hidup bergantung kepada fitnah berita angin dari yang anti kerajaan Malaysia.
6. Sebagai pekerja imigran di Singapura mereka perlu menyedari bahawa
kebebasan mereka bersuara adalah ketara sekali kerana mereka rakyat Malaysia. Mereka perlu cuba
bersuara bebas mengenai Singapura dan sudah pasti mereka akan dihambat balik ke Malaysia atau pun dibawa beristirehat di dalam penjara.
7. Memanglah salah, bagi sesetengah orang, jika isteri pembesar atau
tokoh-tokoh Melayu yang berkedudukan itu membeli sesuatu yang berharga
untuk dirinya samada dengan wang yang halal atau tidak. Yang tidak salah
ialah taukeh-taukeh yang kaya yang menyimpan begitu banyak barang
berharga untuk dijual. Sama ada benar atau tidak wang yang dibelanjakan
itu halal atau sebaliknya tidaklah penting diselidiki, yang penting
ialah penjualnya ialah taukeh bukan Melayu yang mengautkan keuntungan
yang banyak.
8. Bagi mereka, samada pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang
lain keadilan hanya wujud di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Di
situ tidak ada penipuan, pengundi hantu dan sebarang penyelewengan. Jika
ada penyelewengan sekalipun ianya tidak menjadi isu atau satu kesalahan
kerana yang menang ialah mereka.
DAP
9. Pada hakikatnya DAP adalah parti yang paling puas hati dengan
keputusan pilihanraya pada kali ini. Walaupun berketuakan Karpal Singh,
dari kalangan kaum minoriti, tetapi beliau berjaya mengikat pemimpin de
facto atau penasihat Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, kerana Anwar
bergantung padanya dalam kes-kes yang melibatkan moralnya. Tanpa Anwar,
DAP yang pemimpinnya terkenal sebagai chauvinis sepanjang zaman, tidak
mungkin dapat diakrabkan dengan PAS yang dikuasai oleh kumpulan
'Anwarinas'. Itu sahaja peranan Karpal dan beliau boleh disingkirkan
oleh DAP pada bila-bila masa sahaja sebagaimana juga Anwar boleh
dipermudahkan masuk dalam penjara oleh Karpal Singh.
10. DAP berjaya menjadi parti terulung yang mewakili masyarakat China.
Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti GERAKAN memenangi hanya satu dari
11 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan 3 dari 31 kerusi Dewan
Undangan Negeri yang ditandinginya. Parti MCA juga hanya memenangi 7
kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11
kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.
11. Selain dari menang dengan majoriti yang lebih di peringkat Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri parti DAP juga berjaya mengekalkan kuasa
pentadbiran di Pulau PInang dengan majoriti kerusi yang lebih.
12. Penasihat DAP Lim Kit Siang juga menjadi jaguh apabila mengalahkan
Dato' Seri Abd. Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor, di kawasan
yang mantan MB paling banyak menaburkan jasa. Majoriti Lim Kit Siang
menjangkau 14,762 undi.
GERAKAN
13. Paulin Wong, di bawah tajuk 'Gerakan's fall from G\race', telah menulis sebagai berikut dalam The Sun pada May,10, 2013:
13 i. 'IN OCTOBER 2011, Gerakan Presiden Tan Sri Koh Tsu Koon declared
to a packed press conference after its 40th National Delegats Conference
that he would 'sacrifice himself' for the party if necessary.
13 ii. It seemed at the time he would resign from his post in order to
take the blame for the party's dismal showing in the 2008 general
election, when it won only two out of 12 paliamentary seats and four out
of 31 state seats it contested nationalwide.
13 iii. Five years later, and after yet another bruising general election, Gerakan has seen no sacrifice except itself.
13 iv. The once-vocal and influential multi-racial BN component party
was put on the chopping block by the rakyat themselves to make way for a
wave of change, both in Penang (once a Gerakan fortress) and
nationwide.
13 v. The embattled and much criticisezed Koh has stayed silence since
the May 5 polls amidst all the backlash, where its grassroots-leaders
are shutting down service centres and closing up shop as they believe
the party is no longer needed to represent the people.
13 vi. Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow, too, has quit all posts.
14. Nampaknya Koh Tsu Koon masih tidak sedar dirinya. Bacalah blog ini
atas tajuk 'PERKARA KECIL AKIBATNYA BESAR - MULA-MULA HILANG SATU KERUSI
KEMUDIAN HILANG SEBUAH NEGERI' yang dimasukkan pada 20hb September,
2011.
KAFIR HARBI DAN KAFIR ZIMMI
15. Bagi mereka yang memperalatkan ugama untuk kepentingan politik, dan
lebih sanggup berkompromi dengan golongaan yang bukan Islam, yang
bersifat harbi dari yang bersifat zimmi atau yang tidak bermusuhan dengan Islam, keputusan pilihanraya ini adalah satu pengajaran kepada semua pihak.
PAS
16. Kekalahan Ahmad Sabu di Kedah selaku Timbalan Presiden PAS yang
didukung oleh kelompok Anwarinas dalam PAS dan pihak PKR, kekalahan Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub di Johor dan kekalahan Naib Presiden PAS
Datuk Husam Musa di Putrajaya adalah satu hukuman ke atas mereka yang
menolak segala usaha untuk menyatupadukan umat dan yang membantu
golongan kafir harbi yang tidak setia.
17. Selain faktor umur dan permainan politik di peringkat negeri
Kelantan Allah s.w.t. jugalah yang menyejukkan hati Mursyidul Am PAS
Datuk Nik Aziz untuk tidak menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliaulah
yang menjadi tali yang paling kukuh yang mengikat PAS kepada panasihat
PKR. Beliau jugalah yang berdendam dengan UMNO kerana pemerintahan di
zaman Tun Hussein Onn telah mengisytiharkan darurat di Kelantan untuk
mengelak dari pertumpahan darah dalam krisis sesama Melayu di waktu itu.
Lebih awal beliau keciwa dengan tahanan anaknya Nik Abduh di bawah ISA
dan lebih awal kerajaan UMNO gagal menaikkan pangkatnya dari guru ugama
KEMAS kepada Penyelia KEMAS.
18. Saya telah dibawa oleh Tun Ghazali Shafie untuk bertemu dengan Tun
Hussein apabila saya terdengar Tun Hussein menyatakan 'I do not care how
we do it, but I do not want any blood spilling during my time as a
Prime Minister.' Pengisytiharan darurat inilah yang mengakibatkan PAS
keluar dari Barisan Nasional. Orang yang menentang pengisytiharan
darurat ini seolah-olah menyokong pertumpahan darah bangsa sendiri.
19. Alangkah sedihnya Nik Aziz apabila putra mahkota politiknya Datuk
Husam tidak dilantik menjadi Menteri Besar setelah kalah di Putrajaya
tetapi sejuk sedikitlah dengan ada anaknya Nik Mohamad Abduh sebagai
Ahli Parlimen untuk Pasir Mas, mengalahkan Presiden PERKASA Dato'
Ibrahim Ahli.
20. Yang paling kecewa dengan keputusan PRU ke 13 ini ialah Dato' Seri
Anwar Ibrahim. Sudahlah partinya kehilangan satu kerusi Parlimen dan
merupakan parti yang terkecil jumlah wakil rakyatnya dibandingkan dengan
DAP dan PAS di dalam Pakatan Rakyat.
PEMBANGUNAN BUKAN ISU DALAM PILIHANRAYA
21. Kekalahan Menteri Besar Johor Dato' Seri Abdul Ghani Othman, Ketua
Menteri Melaka Datuk Wira Mohd Ali Rustam dan Menteri Kabinet Dato' Raja
Nong Chik adalah tanda-tanda yang jelas bahawa soal pembangunan tidak
menjadi isu yang menguntungkan dalam pilihanraya ini. Ketiga tokoh
Barisan Nasional dari UMNO ini telah diiktiraf sebagai banyak berjasa
dalam membangunkan negera di masing-masing tempat.
22. Dalam usaha mencari sebab maka prestasi yang terburuk begini berlaku
maka perkataan Tsunami mula dipakai sekali lagi walau pun ada yang
menggelarkannya sebagai Cinami. Tsunami itu pula dibahagikan kepada
Tsunami China dan Tsunami Malaysia bergantung kepada siapa yang
menyatakannya.
CINAMI
23. Joceline Tan telah menulis sebagai berikut di dalam komennya pada 6 Mei, 2013 di dalam surat-khabar Star di bawah tajuk
'Reeling from Chinese Tsunami':
23 i. "The Chinese rejection of Barisan is a big blow to Najib, who went
out of his way to persuade them to come along on his economic and
political transformation journey.
23 ii. The Chinese have rejected a moderate and inclusive leader, who
have made more overtures to the Chinese than any other Prime Minister
before him, and Najib and his coalition will have to reassess all this
in the months to come"
24. Malahan pemimpin-pemimpin China seperti Dato' Chor Chee Heung yang
kalah di Alor Setar, Dato' Donald Lim Siang Chai Chai dan Dato' Kong Cho
Ha yang kalah di Lumut, Perak adalah kesan dari Tsunami China yang
dimaksudkan oleh Joceline Tan.
25. Walau bagaimana pun Dato' Seri Najib boleh bersyukur kerana walaupun
kerusi yang dimenangi adalah kurang dari yang dimenangi dalam PRU ke 12
tetapi dua buah negeri, Kedah dan Perak, yang kalah kepada pembangkang
dalam PRU ke 12 telah dimenangi semula oleh Barisan Nasional. Selain itu
jumlah pengundi yang menyokong Barisan Nasional pada PRU ke 13 seramai
5.3 juta adalah lebih dari jumlah 4 juta yang menyokong Barisan Nasional
dalam PRU ke 12.
TIADA KEJUTAN
26. Alhamdulillah, UMNO dan BN telah menang
dalam PRU ke 13. Saya tidak terkejut dengan keputusan begini kerana ia
adalah selaras dengan apa yang saya ramalkan, tanpa saya menyatakan
secara terbuka.
27. Dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir di Zehn
pada petang Selasa 26hb Februari, 2013 selepas keluar dari Institut
Jantung Negara, beliau telah berkongsi pendapat, antara lain, mengenai
PRU ke 13. Sama kami mendo'akan semoga pemikiran negative mengenai hasil
usaha menuju PRU ke 13 itu salah, kerana, jika tidak, keputusannya akan
lebih teruk dari keputusan PRU ke 12.
28. Malangnya yang ditakuti itu berlaku.
CALON AYER HITAM
29. Keberanian YAB Datuk Paduka Mukhriz yang memilih Air Hitam di
Jerlun sebagai kawasan untuk beliau bertanding bagi membolehkan beliau
menjadi Menteri Besar Kedah juga telah dibincangkan. Kawasan Ayer Hitam
di dalam kawasan Parlimen Jerlun mempunyai ramai penyokong tegar
PAS sementara banyak tokoh UMNO di Kedah yang berhasrat untuk menjadi
Menteri Besar. Adalah jelas bahasa Datuk Paduka Mukhriz, sebagaimana
bapanya, telah memilih jalan susah untuk menuju ke atas.
MESYUARAT AGONG PERWAKILAN UMNO LANGKAWI
30. Seorang rakan dalam UMNO di Kedah, yang pernah menyelaras ketertiban
Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Langkawi telah menceritakan kepada Encik
Ismail Ibrahim, bagaimana beliau telah membuat keputusan dalam pemilihan
Ketua UMNO Bahagian Langkawi walau pun yang kalah sebenarnya telah
mencapai kemenangan yang besar. Waktu beliau mendedahkan perkara ini
beliau tidak mengetahui siapa Ismail yang baru dikenali
sebagai berkeluarga dengannya. Ada juga benarnya kata Stalin bahawa 'di
dalam demokrasi yang penting bukan orang yang mengundi tetapi orang yang
mengira undi.'
31. Tahniah kepada Datuk Paduka Mukhriz kerana telah Berjaya mengatasi
cabaran yang hanya orang yang pernah bertanding di kawasan yang sama
yang dapat memahami betapa beratnya cabaran yang dihadapi itu.
DATUK PADUKA MUKHRIZ PILIHAN DATO' SERI NAJIB
32. Perlu dijelaskan bahawa cadangan untuk menjadikan Datuk Paduka
Mukhriz sebagai calon bagi membolehkan perlantikan ke jawatan Menteri
Besar bukanlah datangnya dari Tun Dr. Mahathir; malahan Tun Daim sendiri
turut berpendapat Mukhriz patut kekal dalam pemerintahan pusat. Apabila
Dato' Seri Najib mencadangkan nama Mukhriz, Tun Dr. Mahathir tidak
menentangnya kerana Dato' Seri Najib yakin Mukhriz boleh membawa
kemenangan kepada Barisan Nasional di Kedah. Jika Tun Dr. Mahathir tidak
menyetujuinya beliau pasti disalahkan jika Mukhriz tidak bertanding dan
Kedah kekal diperintah oleh PAS.
33. Alhamdulillah, Mukhriz menang dan BN, di bawah pimpinan YAB Datuk
Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir, boleh membangun Kedah dengan
membanggakan demi kesejahteraan ummat.
TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
34. Saya sebenarnya tidak rapat dengan Dato' Seri Najib. Kami bertemu
muka dan bersalam dalam beberapa majlis yang beliau hadiri. Saya lebih
rapat dengan bapanya Tun Abdul Razak yang selalu memanggil saya ke
pejabat dan ke rumahnya untuk bertukar pendapat mengenai Shamelin, Belia
dan kegiatan bank. Sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri saya
bertemu untuk berbincang dengannya hanya sekejap dan sekali sahaja
bersama Tan Sri Sabaruddin Chik. Baru-baru ini, selepas Hari Raya Puasa
saya telah berjumpa sekali lagi. Tetapi ianya setelah selesai PRU ke 13
dan perbincangan kami tidak membantu pilihanraya yang sudah berlalu..
IBU PEJABAT UMNO NEGERI DAN MALAYSIA
35. Saya telah dipanggil hanya sekali untuk berucap dalam majlis anjuran
Ibu Pejabat UMNO. Saya dapati yang hadir hanya kawan-kawan rapat saya
sahaja. Di waktu makan, setelah berucap, saya duduk di kerusi di
belakang seorang staf yang tidak tahu saya di belakangnya. Saya
memberitahu rakan semeja dengan saya bahawa saya kehairanan atas sebab
yang hadir dalam majlis ceramah saya hanya kawan-kawan lama saya sahaja.
Mereka sebenarnya tidak perlu mendengar ceramah saya lagi kerana
mereka sudah muak kerana telah selalu mendengarnya. Tiba-tiba saya
terdengar salah seorang staf ibu pejabat UMNO, yang menjemput saya
berceramah, berkata 'Tan Sri Sanusi ni, macam Doktor Mahathir juga, kita
kena panggil untuk berucap, kepada kawan-kawannya, kalau tidak dia
orang akan kacau di luar'. Berertilah saya dipanggil bukan untuk
berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli muda dalam UMNO sebagaimana yang
saya diberitahu di waktu jemputan berceramah disampaikan.
36. Di Kedah juga agak susah bagi Tun Dr. Mahathir dan saya untuk
dijemput bagi menyampaikan ucapan. Dewan Perhimpunan Melayu Kedah di
bawah pimpinan Tan Sri Khalid Abdullah telah menjemput Tun Dr. Mahathir
ke Star City Hotel di Alor Setar. Turut hadir dalam majlis itu ialah
Dato' Shafie Afdal selaku Ketua Perhubungan UMNO Kedah, di waktu
itu, dan pegawai-pegawai Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Di meja makan,
bersama Tun Dr. Mahathir, saya telah menawarkan supaya Tun Dr. Mahathir
dan juga saya, yang sudah pencen, dan tidak ada apa-apa urusan
perniagaan, diberi peluang untuk berkongsi pengalaman kami masing-masing
untuk membantu UMNO di Kedah. Shafie Afdal dan para hadirin semeja
lainnya menyambut baik tawaran saya itu. Tetapi pelaksanaannya tidak
ada.
BOLEH DAN TIDAK BOLEH BERUCAP
37. Tun Dr. Mahathir lebih banyak dipanggil oleh Perkasa dan UMNO di
negeri-negeri lain. Di Kedah hanya satu bahagian sahaja yang menjemput
beliau sebelum Mukhriz menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri.
JASA telah menjemput saya untuk satu majlis di Kedah tetapi telah
ditangguhkan oleh Ibu Pejabat UMNO Kedah kerana ahli-ahli UMNO terlalu
sibuk dengan urusan Mesyuarat Agung. Di Langkawi, Persatuan Teksi telah
merancang untuk menjemput saya, begitu juga pemuda, tetapi akhirnya saya
tidak pernah berpeluang berkongsi pengalaman politik dan pentadbiran di
Kedah sepanjang 5 tahun yang lalu, sehinggalah PRU ke 13 apabila saya
telah berucap di Telok Kemang, Seremban, di Majlis anjuran MCA di
Langkawi, UMNO di Ayer Hitam, PAKIDA dan INSAN DIRANTO di Jerlun dan
KEMAS, dan 4 kali berceramah di Lembah Pantai di mana Raja Nong Chik,
walaupun menang dengan pengundi Melayu tetapi telah dikalahkan oleh
Tsunami China. Saya juga telah ditemubual oleh Mingguan Malaysia, Berita
Harian dan bersama Tan Sri Nafsiah Omar diwawancara di Bernama TV untuk
membantu secara kecil-kecilan bagi memenangi pilihanraya.
KEPUTUSAN LEBIH TERUK
38. Hasil PRU ke 13 ini hampir sama dengan hasil PRU ke 12, malahan
lebih teruk lagi oleh kerana dalam PRU ke 12 kerusi Parlimen yang
dimenangi berjumlah 140 kerusi sedangkan dalam PRU ke 13 jumlah kerusi
Parlimen yang dimenangi ialah 133 kerusi iaitu kurang 7 kerusi
berbanding PRU ke 12.
KEBANGGAAN MELAYU DAN BUMIPUTERA
39. Walau bagaimana pun UMNO dan Bumiputera dapat berbangga kerana terus
menjadi komponen yang besar dalam Barisan Nasional dengan menyumbang 88
kerusi daripada 133 kerusi Parlimen yang diperolehi. Ini lebih baik
jika dibandingkan dengan pencapaian 79 kerusi oleh UMNO pada PRU ke 12.
Bagi Dewan Undangan Negeri pula, UMNO memenangi 242 kerusi berbanding
239 kerusi pada PRU ke 12. Oleh itu tak salah kiranya kalau budi
pengundi UMNO ini dan budi pengundi-pengundi Bumiputera di Sarawak dan
Sabah yang telah memberi 33 kerusi bagi BN melalui parti-parti PBB, PRS,
SPDP, SUPP, PBS, PBRS dan UPKO tidak dilupakan oleh kerajaan.
40. Pada 9hb April, 2011 saya telah dijemput oleh Jabatan Perdana
Menteri untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis di London anjuran
UKEC. Setelah berucap dalam majlis itu saya telah dibawa ke Birmingham
untuk bertemu dengan tokoh-tokoh Kelab UMNO UK dan Eire yang sedang
mengadakan mesyuarat agongnya di sana. Saya telah diberi satu senarai
soalan yang telah disediakan oleh Kelab UMNO kerana soalan-soalan itu
telah ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang komponen
Pakatan Rakyat dalam lawatan mereka ke United Kingdom.
41. Apabila mereka memberitahu kepada saya bahawa senarai soalan itu
sudah mereka sediakan begitu lama saya pun telah bertanya sebabnya
mereka tidak kemukakan soalan-soalan itu kepada pemimpin-pemimpin
kerajaan, khususnya UMNO, apabila mereka bertemu dengan pelajar-pelajar
di London. Saya diberitahu, entah betul atau tidak, bahawa ada Menteri
UMNO telah meminta supaya mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Saya agak hairan atas keengganan mereka menjawab soalan yang
dikemukakan. Apakah kerana mereka tidak mengetahui sejarah UMNO dan BN?
Tidak mungkin. Apakah mereka tidak tahu sejarah penubuhan Kelab UMNO,
seperti sekarang, yang ditubuhkan ke seluruh dunia sejak saya bergiat
bersama BTN dan kemudiannya menjadi Setiausaha Agong UMNO? Mungkin.
Pokoknya, apabila tohmahan pembangkang tidak dijawab oleh penyokong
UMNO, kepada ahli-ahli Kelab UMNO, apatahlagi bagi yang tidak berparti,
atau yang memang terus menyokong pembangkang, sudah pasti racun
pembangkang akan menular.
42.
Saya curiga dengan kemampuan dan pengalaman penasihat-penasihat
Dato' Najib yang belum pernah mengator strategi dan program parti dan
kerajaan sehingga memenangkan UMNO dan BN dalam PRU dengan mendapat 2/3
majoriti.
43.
Saya tidak yakin dengan penasihat-penasihat yang berasaskan teori
akademik dari dalam dan luar negeri, samaada rakyat atau orang asing,
yang mencadang dan melaksanakan berbagai program termasuk rapat raksaksa
secara besar-besaran yang berorkestrated dan boros belanjanya jika
dibanding dengan kesan yang didapati. Terlalu ramai penyokong-penyokong
parti yang sama telah hadir di merata tempat diadakan rapat raksaksa
itu.
44. Saya juga tidak puas hati terhadap penasihat-penasihat yang tidak
dapat menegurnya tentang cara berpidato yang semestinya berbeza antara
statusnya sebagai pemimpin kerajaan dan pemimpin UMNO, antara pidato
kepada pemuda dan orang-orang dewasa apatahlagi orang-orang tua dan yang
bukan Melayu, Bumiputra atau bukan Islam..
45.
Beribu juta ringgit yang telah dibelanjakan untuk konsultan, samada
konsultan politik atau pembangunan, jelas hanya mampu mendapatkan
keputusan pilihanraya yang mengecewakan.
SUMBANGAN KERAJAAN DITERTAWAKAN
46. Saya gagal menyampaikan hasrat beberapa orang hartawan China yang
saya kenali dan penyokong kuat BN yang meminta saya menyampaikan kepada
kerajaan supaya berhenti memberi peruntukan wang kepada sekolah-sekolah
China kerana mereka sering mentertawakan kerajaan setelah menerima
peruntukan itu tanpa berhasrat untuk menyokong kerajaan. Mereka
menyatakan bahawa mereka tahu bahawa pihak kerajaan boleh digertak untuk
mendapat sesuatu.
BANTUAN YANG TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH
47. Seorang tokoh India, selepas kempen pilihanraya kecil di Ulu
Selangor di mana Kamalanathan menjadi calon telah memberitahu kepada
saya bahawa peruntukan RM5 juta untuk sekolah Tamil akan membantu
pemborong MIC dan pekerja-pekerja asing Bangladesh dan Indonesia
sementara anak-anak lepasan sekolah itu tidak akan boleh mendapat
pekerjaan dengan kelulusan di sekolah itu dan tidak akan mengundi
sehingga mereka dewasa. Keluarga mereka juga belum tentu akan menyokong
BN. Tokoh India ini memohon supaya saya mencadangkan kepada
kerajaan untuk memberi pinjaman kepada sebuah koperasi dan membekalkan
koperasi itu dengan RM5 juta untuk dipinjamkan kepada 5,000 orang India
yang terhutang kepada Ah Long sebanyak RM1,000-00 setiap seorang.
(Perkara ini telah saya sebut dalam masukan blog ini atas tajuk
_________________'.
48. Apabila saya sampaikan perkara itu kepada dua orang ahli cabinet
UMNO berkenaan seorang menyatakan perlunya melayan kehendak MIC untuk
membina sekolah dan seorang lagi berkata dia akan bertemu dengan tokoh
India itu. Apabila saya berjumpa tokoh India itu dia berkata akan
menolong tokoh India dengan apa yang dikehendakinya tanpa menyebut soal
program pinjaman untuk 5,000 India yang pinjam dari Ah Long. Kata tokoh
India itu tokoh UMNO itu menawarkan projek untuknya dan bukan mencari
penyelesaian kepada masalah orang-orang India.
TINDAKAN YANG DIADU TERHADAP YANG MEMBUAT ADUAN
49. Saya telah berjumpa dengan seorang penternak babi di Bangsar
Shopping Center. Kerana beliau mengenali saya, sebagai mantan Menteri
Pertanian, maka beliau menyatakan kelohannya kerana pihak Kementerian
Pertanian membenarkan babi diimpot dari China. Entah betul atau tidak,
saya tidak mempunyai sebab untuk mencurigainya. Saya telah memberitahu
kepada Menteri berkenaan yang memberitahu saya bahawa urusan babi dia
serahkan kepada timbalannya. Bila saya beritahu kepada penternak babi
berkenaan dia terus menjawab 'that is where the problem is.'
50. Kejadian ini hampir sama dengan kelohan yang disampaikan kepada
Perdana Menteri ke 5 mengenai kelohan orang-orang India mengenai
Presiden MIC di waktu itu. Surat itu telah diserah kepada Presiden MIC
dan saya diberitahu tangan penulis surat itu telah dipatahkan oleh
penyokong tokoh yang dilaporkan itu. Sepucuk surat lagi telah ditulis
dan ditanda-tangani oleh ramai orang yang mengeloh. Saya diberitahu
kesemua yang menanda-tangani surat itu telah dipukul. Sepatutnya surat
itu tidak diserahkan kepada yang diadukan itu. Di sinilah bermulanya
gerakan Hindraf. Alhamdulillah Dato' Seri Najib telah Berjaya memujuk
tokoh-tokoh Hindraf dalam PRU ke 13 ini.
CARA PENYAMPAIAN BANTUAN BRIM
51. Saya sungguh kesal mendengar sindiran dan cemohan dari kawan-kawan
anak saya yang anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan cucu-cucu
saya di Bukit Damansara. Sebagai seorang yang pernah susah saya
menyokong program sumbangan di bawah BRIM; tetapi satu cara perlu
difikirkan bagaimana bantuan itu terbuka kepada semua yang
menghendakinya dan tidak termasuk yang menyindirnya.
52. Sebagai contoh, apabila seorang wanita yang menentang kerajaan
menghadirkan diri di pejabat di Sungai Petani untuk mendapatkan wang
bantuan BRIM, dia telah memberi kupon bernilai RM500-00 sambil
melafazkan 'Buat mai sini duit haram RM500-00'. Pegawai yang menerima
kupon itu telah tersentak dan mengoyak dan mengembalikan kupon itu
sambil menjawab 'Kalau dah tahu haram saya tak akan bagi kerana tidak
mahu bersubahat memberi wang haram.' Perempuan itu terkejut dan
kelihatan sedih dengan sikapnya. Kita hanya patut memberi kepada yang
mahu berterima kasih apabila menerima, walau pun mungkin seseorang itu
tidak menyokong kita.
BERKORBAN DIRI UNTUK MENYERIKAN PEMIMPIN
53. Sesetengah pemimpin dan ahli UMNO hendaklah sanggup mengorbankan
diri masing-masing dan menjauhkan diri dari Perdana Menteri, tidak terus
nampak di kaca TV dan di surat-surat khabar wajah mereka di samping
Perdana Menteri jika nama mereka sudah tercemar samaada secara terbukti
atau pun masih dalam pertuduhan di mahkamah atau sedang diselidiki atas
apa jua jenayah atau kesalahan yang telah berlaku seperti curang akhlak
atau rasuah.
54. Orang-orang yang hemoi memang susah untuk diatur oleh Perdana
Menteri kerana mereka akan terus mendekatinya dan berharap akan terampun
kerana menjadi pembantu pemimpin yang karib dan setia walaupun
sebenarnya mereka boleh merendahkan pandangan orang-ramai terhadap
pemimpin UMNO.
KETUA BAHAGIAN
55. Biasanya dalam setiap pilihanraya, sebelum PRU ke 12, calon yang
digugurkan dari kalangan Ketua Bahagian tidak sebanyak yang digugurkan
pada PRU ke 12. Ada yang menyatakan lebih 50 (?) Ketua
Bahagian kesemuanya. Tindakan mengejut begini, walau pun niatnya untuk
membawa perubahan, tetapi kerana cara pemilihannya disangsikan telah
membawa kepada padah yang cukup buruk.
56. Sudah tentu untuk PRU ke 13 saya jangkakan tindakan kita akan lebih berhati-hati.
57. Ternyata pada PRU ke 13 sekitar lebih dari 55 (?) calon bebas yang bertanding dikatakan terdiri dari ahli-ahli UMNO sendiri.
58. Memanglah ada dari kalangan Ketua Bahagian yang mungkin tidak
'winnable' tetapi cara mengenepikan mereka hendaklah berseni. Apatah
lagi yang mengambil tempat yang mereka idam-idamkan itu lebih teruk
wataknya dari beliau.
DAFTAR MENJADI AHLI UMNO
59. Masalah dengan mereka mulai timbul apabila berlaku perubahan, atas
kehendak mereka, sehingga cerdik-pandai yang dulunya boleh mendaftar
untuk menjadi ahli UMNO di Ibu Pejabat UMNO untuk diterima dan
disampaikan untuk pendaftaran di peringkat UMNO Bahagian telah tidak
dibolehkan lagi. Ini bererti tanda-tanda untuk menghalang cerdik-pandai
menjadi saingan telah disekat terlebih dahulu.
60. Pihak UMNO Bahagian rata-rata nampak lembab dari menjalankan program
politik dalam kawasan. Mereka lebih suka menggerakkan penyokong
meramaikan majlis-majlis yang dihadiri oleh Dato' Seri Najib supaya
mereka kelihatan 'winnable'. Apabila pilihanraya sudah dekat pula mereka
akan menunggu siapa calonnya. Kerja belum juga bermula.
61. Seperti dalam PRU ke 12 rata-rata BN kalah dan begitu juga dalam PRU
ke 13 ditambah lagi dengan sengketa dalam bahagian-bahagian UMNO dan
MCA itu sendiri.
'WINNABLE CANDIDATE'
62. Saya menjadi bimbang apabila perkataan 'Winnable Candidate'
diketengahkan. kerana 'Winnable Candidate' atau 'Calon Yang Boleh
Menang' memerlukan definasi yang jelas. Saya menjadi lebih bimbang
apabila definasi yang diketengahkan oleh berbagai pihak hampir sama
dengan calon yang 'winnable' yang dipilih untuk PRU ke 12 dahulu.
63. Saya menjadi bertambah yakin dengan cara pemilihan calon apabila
saya mendengar semua pihak yang berkenaan, yang berpengalaman
menganalisa calon dan kawasan akan dibantu oleh ramai orang-orang
terpelajar dan konsultan yang akan membantu Dato' Seri Najib.
64. Saya menjadi bimbang kembali apabila keyakinan akan menang besar
telah nampak pada 'body-language' ramai pemimpin. Dalam suasana inilah
saya mentafsirkan kenyataan Dato' Seri Najib di atas pentas apabila
beliau secara bergurau senda menyatakan, dengan maksud 'yang jadi
masalah ialah tiada seorang pun dari barisan Menteri yang telah secara
sukarela menyatakan mereka akan menarik diri.'
65. Walau pun pada mulanya, setelah banyak kalah dalam PRU ke 12,
keghairahan untuk menjadi calon tidak begitu ketara, tetapi apabila
keyakinan menang besar telah mula meresapi parti maka selera yang
tadinya tidak yakin akan menang telah tampil kemuka untuk menyatakan
dirinya sebagaia 'calon yang boleh menang' atau 'winnable'.
66. Sudah pasti yang dapat mengesan 'Winnable Candidate' dalam sesebuah
kawasan pilihanraya, bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, adalah
pegawai dan penasihat Dato' Seri Najib sendiri. Apabila kawasan
pilihanraya itu dianggap boleh menang sudah tentu calon yang dipilih
juga boleh membawa kemenangan. Tidak mungkin seseorang yang bertanding
dari kalangan staf Jabatan Perdana Menteri akan memilih kawasan yang
boleh kalah jika beliau sendiri menganggap dirinya sebagai 'winnable'
apabila diletak sebagai calon dalam kawasan itu.
67. Ternyata yang turut memilih dirinya sebagai 'winnable candidate' telah kalah seperti berikut:
5 PEGAWAI PERDANA MENTERI DAN 1 SETIAUSAHA PERHUBUNGAN UMNO YANG KALAH
67 i. Datuk Mohd Shafei Abdullah - Setiausaha Politik di Kementerian
Kewangan - kalah di Wilayah Persekutuan; beliau dikalahkan oleh calon
PKR Datuk Dr. Tan Kee Kwong dengan majority 5,511 undi
67 ii. Datuk Mohd Fatmi Che Salleh - Pegawai Khas Perdana Menteri -
kalah di kawasan Parlimen Kota Bharu, Kelantan. Beliau dikalahkan oleh
calon PAS Takiyuddin Hassan dengan majority 15,822 undi
67 iii. Datuk Mohamed Suffian Awang - Pegawai Khas di Jabatan Perdana
Menteri - kalah untuk kerusi Parlimen Kuantan, Pahang kepada calon PKR
Fuziah Salleh dengan majaoriti 4,515 undi.
67 iv. Dato' Latt Shariman Abdullah - Pegawai Khas Perdana Menteri-
kalah di kawasan Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan dalam kawasan
Parlimen Kuala Kedah kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majority
209 undi
67 v. Dato' Sahlan (Nasution) Ismail - Setiausaha Politik di Jabatan
Perdana Menteri - kalah di kawasan Parlimen Pokok Sena kepada calon PAS
Mahfuz Omar dengan majority 3,935 undi. Adik Dato' Sahlan bernama
Saifuddin Nasution Ismail sebagai calon PKR juga kalah kepada calon
Barisan Nasioal Abdul Aziz Sheikh Fadzir di kawasan Parlimen Kulim
Bandar Bahaaru dengan majoriti 1,871 undi.
67 vi. Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed, bekas Menteri Kerja Raya dan
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor telah kalah di kawasan
Perlimen Sepang kepada calon PAS Mohamed Hanipa bin Maidin dengan
majoriti 1,104 undi.
THE TIP OF THE ICE-BERG
68. Adalah menjadi satu tanda-tanya atas pengaruh pegawai-pegawai
Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Badan Perhubungan UMNO
Negeri di atas, yang kalah, dalam menentukan calon dan strategi
pilihanraya kerana mereka sendiri pun tidak mampu untuk mencapai
kemenangan. Adalah menjadi buah mulut di Kuala Kedah bahawa Ketua
Bahagian hanya mengadakan mesyuarat jawatankuasa hanya untuk membuat
persiapan mengadakan mesyuarat agong perwakilan UMNO Bahagiannya sahaja.
Di Selangor pula umum mengetahui bahawa Setiausaha Perhubungan UMNO
Negeri dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, tidak sebulu, walau
pun Perhubungan UMNO Selangor di bawah pimpinan Presiden UMNO.
69. Ketidakmampuan mereka yang di atas ini merupakan 'the tip of the
ice-berg' kerana mereka ini datangnya dari Kelantan dan Selangor (di dua
negeri yang kita kalah) dan negeri Kedah (di mana BN menang kembali)
dan Pahang (yang bernasib baik kerana Presiden UMNO dari negeri Pahang).
Akibat dari terlalu yakin dan sombong
maka padahnya terdapat dalam -
KEPUTUSAN PRU 13
70. Keputusan bagi kawasan Parlimen ialah:
Barisan Nasional - 140 kerusi (PRU 12) - 8 kerusi menang tanpa bertanding
-
133 kerusi (PRU 13)
Kurang - 7 kerusi
========
PAS - 23 kerusi (PRU 12)
-
21 kerusi (PRU 13)
Kurang - 2 kerusi
=======
PKR - 31 kerusi (PRU 12)
-
30 kerusi (PRU 13)
Kurang - 1 kerusi
=======
DAP - 28 kerusi (PRU 12)
-
38 kerusi (PRU 13)
Lebih - 10 kerusi
=======
71. Berertilah kelebihan 10 kerusi DAP adalah dari kekalahan 7 kerusi BN, 2 kerusi PAS dan 1 kerusi PKR.
FAKTOR PERKAUMAN MENGATASI
AGENDA PEMBANGUNAN
72. Mengikut analisa yang dibuat oleh pakar-pakar, keputusan pilihanraya
di atas adalah bergantung kepada sentimen perkauman yang berasaskan
kepentingan DAP semata-mata. Siapa yang paling kuat mencaci dan menghina
pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO mereka inilah yang disokong oleh
penyokong-penyokong China yang berpihak kepada DAP.
73. Jika seorang calon PR itu seorang China dia tidak akan disokong oleh
China penyokong DAP jika dia bertuankan kepada ketua Melayu Islam dari
parti PAS walau pun PAS anggota PR. Contohnya di kawasan Parlimen Ayer
Hitam di calon PAS Hu Pang Chaw telah dikalahkan oleh calon Barisan
Nasional Wee Ka Siong dengan 7,310 undi.
74. Seseorang calon Barisan Nasional dari parti MCA tidak akan
disokong oleh kelompok pengundi China walaupun dia seorang Menteri
Kabinet. Seorang Menteri Chor Chee Heung calon Barisan Nasional bagi
kawasan Parlimen Alor Setar telah dikalahkan oleh calon PKR Gooi Hsiao
Leung dengan majoriti 1,873 undi. Walau pun keduanya China tetapi Gooi
bertuankan penasihat PKR yang memaki hamun pemimpin Melayu di dalam
UMNO.
Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz - DAP
75. Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz adalah bekas Ketua Penerangan UMNO
Bahagian Pekan dari tahun 2000 ke 2004. Beliau menjadi calon DAP dan
mengalahkan calon Barisan Nasional Hoh Khai Mun di dalam kawasan
Parlimen Raub dengan majoriti 2,814 undi. Beliau disokong oleh pengundi
Melayu kerana Melayunya dan disokong oleh China kerana bosnya dalam DAP
anti pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO. Tidak timbul soal pembangunan
kerana ramai peneroka Felda dalam kawasan ini masih mengenang budi Tun
Abdul Razak.
76. Zairil Khir Johari seorang yang bapanya (ada yang katakan bapa
tirinya) Melayu telah menjadi calon DAP dalam kawasan Parlimen Bukit
Bendera dan mengalahkah Teh Leong Meng dari Barisan Nasional dengan
majoriti 32,778 undi. Walau pun Teh seorang keturunan China tetapi
kerana beliau berketuakan Melayu di dalam UMNO maka beliau tidak
mendapat sokongan majoriti kaumnya sendiri.
Tan Sri Abdul Ghani Othman - BN
77. Kekalahan Tan Sri Abd. Ghani Othman sebagai calon Barisan Nasional
di Kawasan Parlimen Gelang Patah kepada Lim Kit Siang dari DAP dengan
majoriti 14,762 undi menunjukkan budi Tan Sri Abd. Ghani tidak langsung
dikenang oleh pengundi China yang banyak mendapat munafaat di Johor,
khususnya di Gelang Patah, selama beliau menjadi Menteri Besar Johor
selama 4 penggal dari 6 Mei, 1995 hingga 22 Mac, 2013 sepanjang 18
tahun. Walau pun Lim Kit Siang seorang pemimpin DAP tetapi beliau adalah
dari luar Johor dan Johor adalah kubu UMNO dan Barisan Nasional.
Kekalahan ini menyayatkan hati.
Datuk Wira Mohd Ali Rustam - BN
78. Satu lagi kekalahan yang menyayatkan hati berlaku di kawasan
Parlimen Bukit Katil, Melaka di mana Datuk Wira Mohd Ali Rustam
dikalahkan oleh calon PKR Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.
Tidak syak lagi semangat perkaum telah dimainkan dalam pertandingan ini
sehinggi budi dan jasa Datuk Ali Rustam yang pembangunan warisan yang
menarik pelancongan yang dilakukannya di Melayu tidak langsung dikenang
oleh yang menikmatinya.
Kong Cho Ha - BN
79. Dato' Seri Kong Cho Ha Setiausaha Agung MCA yang berkawan dengan
UMNO telah dikalahkan oleh Jen (B) Mohamad Imran bin Abd. Hamid dari
PKR dengan majoriti 8,168 undi. Pembangunan pengkalan angkatan laut di
Lumut oleh kerajaan Barisan Nasional, dan pembangunan projek pelancongan
di Pulau Pangkor tidak menjadi bahan pemikiran kepada pengundi China
yang termakan hasutan DAP di kawasan ini.
Ternyata semua rancangan
pembangunan tidak langsung menjadi perhitungan oleh masyarakat China
yang hebat menikmatinya apabila dihasut dengan api perkauman.
MELAYU DAN BUMIPUTERA DALAM PARLIMEN
80. Dari jumlah kerusi yang di menangi oleh Barisan Nasional, PAS dan
PKR terdapat jumlah kerusi berikut yang dimenangi oleh calon-calon
Melayu dan Bumiputera:
UMNO (dan BN) 117
PAS 21
PKR 16
DAP 1
Jumlah Melayu/Bumiputera 155
Dalam Parlimen ====
81. Dalam Parlimen yang jumlah kerusinya ialah 222 hanya 67 yang
diduduki oleh bukan Melayu/Bumiputera. 155 kerusi atau 69.82 % diduduki
oleh Melayu/Bumiputera dan 30.18 % diduduki oleh bukan
Melayu/Bumiputera. Untuk mencapai 2/3 majority jumlah kerusi yang
diperlukan ialah 148 kerusi. Berertilah Melayu/Bumiputera menduduki
lebih dari 2/3 majoriti dengan 7 kerusi.
82. Angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa dilema politik bangsa
Melayu/Bumiputera berlaku hanya kerana kita berpecah belah. Bak kata
peribahasa Melayu 'BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.'