BERNAMA: Bagaimana kemenangan pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 memberi impak kepada corak kepimpinan dan transformasi
UMNO?
NAJIB: UMNO sebagai parti yang
berkuasa setelah sekian lama perlu melihat masa depan, kerana kejayaan walaupun
begitu hebat sekalipun tidak merupakan jaminan untuk kejayaan masa akan datang,
lebih-lebih lagi dalam perubahan landskap politik tanah air. Dari segi
perubahan demografik, perubahan teknologi dan juga tahap pendidikan yang
semakin tinggi. Bererti untuk kekal sebagai sebuah parti yang relevan, UMNO mesti sanggup melakukan
transformasi yang mencerminkan parti untuk masa depan orang Melayu dan
negara secara keseluruhannya.
Selepas Datuk Seri mendapat mandat
baharu menerusi PRU-13 dan pemilihan parti baru-baru ini, timbul pelbagai tuduhan
bahawa hala tuju dan gaya kepimpinan Datuk Seri seolah-olah ada perubahan
terutama dengan pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Tidak...mesti faham, saya juga
Presiden parti UMNO. Tiang seri perjuangan UMNO ialah memperjuangkan kedudukan
orang Melayu dan Islam. Walaupun
perjuangan Melayu Islam, tidak bererti kita pinggirkan kaum lain(parti kaum lain
MCA, MIC, dan lain2 memperjuangkan apa pulak?), yang tak pernah kita
lakukan. Dasar memperkasakan ekonomi bumiputera adalah konsisten dengan apa
yang dilakukan UMNO sejak penubuhannya. Yang berbeza adalah cara atau kaedah.
Saya selalu tekankan market
friendly. Mesti berdasarkan merit bukan handout (pemberian). Bukan kepada
rent-seeker, bukan sistem kuota tapi lebih kepada membangunkan orang Melayu dan
bumiputera berdasarkan apa yang perlu dan patut diberi demi menegakkan keadilan
sosial. Kita cuba beri lebih peluang tapi tak boleh jamin outcome (hasilnya).
Kalau mereka yang telah terpinggir
dari arus perdana selama ini kesan zaman penjajahan yang begitu lama, maka kita
tak boleh tidak, perlu lakukan untuk betulkan keadaan ini yang tempang, supaya we equalise opportunities" dalam
negara tanpa nafikan hak kepada kaum-kaum lain.
Banyak program transformasi dalam
UMNO, sejauh mana ahli-ahli dapat menerima idea-idea yang Datuk Seri
perkenalkan?
Saya ingat sebahagian hasrat saya
tercapai bila kita lakukan pemilihan berdasarkan perlembagaan baru. Rata-rata
akui UMNO telah ambil satu tindakan berani dan futuristik dengan membesarkan
constituency yang memilih pemimpin-pemimpin UMNO termasuk di peringkat tertinggi.
Kebolehan UMNO menguruskan pemilihan
ini dari Arau (Perlis) sampai ke Semporna (Sabah) dengan penambahan lebih
150,000 (perwakilan) adalah satu kejayaan yang setakat ini tak boleh ditandingi
parti-parti lain dalam negara.
Saya berbangga dengan kejayaan ini,
bermakna UMNO telah menyahut apa yang kita kehendaki untuk kita menjadi lebih
demokratik, lebih agresif.
Seterusnya perlu diperkukuhkan lagi
nilai-nilai perjuangan UMNO, supaya apa yang kita fikir tidak sihat, mesti kita
kikiskan.
UMNO
mesti muncul sebagai parti yang memperjuangkan, mendahulukan rakyat dan
mengelak daripada mencari kuasa semata-mata hendakkan kuasa tapi mesti
merupakan parti yang sentiasa sanggup meletak kepentingan rakyat lebih daripada
kepentingan lain.
Selepas pemilihan parti Oktober
lepas, adakah Datuk Seri berpuas hati dengan keputusan pemilihan? Adakah ia
menepati jangkaan?
Saya kena terima...sebagai seorang
yang menjunjung prinsip demokrasi, proses telah dilalui, perwakilan telah
membuat keputusan, saya perlu terima apa-apa keputusan yang dibuat perwakilan.
Bukan soal pilihan saya secara
peribadi dan presiden parti tapi kehendak ahli parti. Itu yang mesti saya
terima, saya hormati.
Keputusan itu jadikan saya pilihan
ahli UMNO yang mewakili 3.4 juta ahli UMNO melalui 150,000 orang (yang
mengundi) dan saya akan bersama dengan mereka yang dipilih.
Tetapi hasil pemilihan dilihat lebih
kepada melambangkan aspirasi parti dan bukannya aspirasi rakyat?
Kita lihat itu adalah pilihan orang
UMNO. Kita cuba align (selaras) kehendak ahli UMNO dengan kehendak rakyat. Kita
tak boleh tahu sama ada perkara ini sudah dapat di-align sepenuhnya melainkan
waktu pilihan raya diadakan.
Sebab itu saya sentiasa tekankan
soal winnable candidate (calon
yang boleh menang), bukan saja dipilih parti tapi disenangi rakyat, boleh
menang di satu-satu kawasan. (gary lim pandan zulkifly nordin shah alam; winnable candidate?)
Yang sukar adalah definisi winnable
candidate kerana tanggapan semua yang minat jadi calon fikir dia adalah
winnable candidate. Ini kesukaran bagi kita.
Tapi hakikatnya kalau kita nak parti
kita berjaya, kita mesti dapat mentafsirkan konsepwinnable secara jujur dan
ikhlas.
Untuk masa depan, bagaimana hendak
membina UMNO yang mencerminkan nilai positif dan mencari lebih ramai winnable
candidate?
Kita mesti perbanyakkan lagi proses
melatih pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat. Kita tak boleh terima ahli
UMNO tanpa kita tarbiah mereka, didik mereka melalui kursus-kursus tertentu.
Bentuk minda mereka untuk berfikir, cara terbaik langsungkan perjalanan baru
dalam konteks environment baharu, new politics (politik baharu).saifuddin Abdullah cakap pasal new
politics
teruk kena hentam, how? Bukan lagi old politics(liberalisme?). Siapa yang tak
faham new politics bakal ditolak rakyat (atau ditolak kepimpinan tertinggi?). Sebab itu
UMNO kena sesuaikan dirinya, sediakan pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang menghayati the new politics.(harap presiden
tolong terjemah makna new politics)
BARISAN NASIONAL
Langkah transformasi UMNO dianggap
radikal dan berani dan kesannya dilihat telah memperkukuh sokongan ahli UMNO
kepada parti. Adakah parti-parti komponen patut meniru langkah-langkah ini?
Setiap parti komponen perlu melalui
proses yang sama tapi setengah dari mereka kena selesaikan kemelut dalam parti
sebelum boleh embark atau melancarkan satu proses transformasi dalaman yang
perlu mereka lakukan. Saya percaya mereka pun sedar bahawa untung nasib parti
mereka bergantung kepada sejauh mana dapat dilakukan proses transformasi dengan
mempunyai political will, iltizam politik, untuk hasilkan parti yang boleh
diterima oleh rakyat.
Tahap kekuatan parti-parti komponen
tidak seperti dulu dan UMNO sekarang nampaknya kena bekerja lebih kuat.
Bagaimana UMNO menghadapi cabaran ini?
Kita akan membantu memberi kekuatan
UMNO kepada rakan-rakan kita. Tapi rakan-rakan kita yang menghadapi masalah
dalaman perlu betulkan rumah tangga mereka supaya akan dapat lebih diterima
oleh masyarakat yang diwakili mereka.
Dan kalau mereka dapat sokongan yang
kian meningkat, ini akan menjamin kemenangan BN di masa akan datang dan tidak
terlalu bergantung kepada sokongan daripada UMNO semata-mata.
Ada yang berpendapat kalau UMNO
terlalu kuat, parti-parti komponen akan menjadi lemah, seterusnya menganggap
seolah-olah kerajaan hanya mementingkan bumiputera/Melayu. Adakah ini benar?
Tidak...kita sentiasa bagi skop
kepada mereka dan saya bersikap terbuka sebab dalam keputusan-keputusan yang
dibuat sama ada dalam parti atau kerajaan kita tak paksa mereka. Kita lakukan
pendekatan/kaedah konsensus.
Sesuatu dasar dibuat atas cara
rundingan terbuka. Bila keputusan dibuat, itu bersandarkan sokongan dari semua
pihak.
Pembangkang dilihat sering
berpolemik, bercanggah dan berselisih pendapat secara terbuka dalam akhbar
manakala BN pula dilihat seolah-olah dikawal media perdana, malah tidak berlaku
perbahasan dalam kalangan komponen parti secara terbuka. Bagaimana Datuk Seri
melihat perbandingan ini?
Kita adalah parti yang memerintah.
Kesan perpecahan adalah lebih buruk daripada kalau kita ini sebaliknya.
Pembangkang tak buat dasar, tetapi BN buat dasar. Kalau ada percanggahan secara
terbuka, akan merosakkan kredibiliti kita sebagai kerajaan.
Kita menggalakkan percambahan pendapat
secara tertutup. Bila tertutup, orang luar tak berapa nampak. Jadi seolah-olah
mereka (parti komponen) tak suarakan sesuatu dengan lantang. Tapi hakikatnya
pendapat dan kehendak semua kaum dibahas dalam keadaan tertutup sebelum kita
buat sesuatu keputusan.
Jadi, tak semestinya mereka lebih
demokratik daripada BN?
Tidak. Lagipun mereka (pembangkang)
ini tidak merupakan satu coalition (gabungan) sebenarnya sebab mereka
bertanding atas tiga simbol berasingan, tidak daftar sebagai satu coalition.
Mereka sering bercanggah pendirian antara satu sama lain, malah sehingga hari
ni tak ada shadow cabinet (kabinet bayangan). Banyak lagi perkara yang tak
mencerminkan two party system.
Hakikatnya BN bukan berdepan dengan
two party tapi multiparty system (sistem pelbagai parti) dengan pelbagai
manifesto.
Jadi BN sebenarnya berdepan tiga
parti bukan satu parti. Walaupun cuba gelar sebagai Pakatan Rakyat, sebenarnya
mereka pakatan pembangkang yang begitu longgar. loose coalition.
Pembangkang sering bercakap mengenai
nilai-nilai yang dilihat hebat, tetapi secara praktikalnya mereka tidak
mengamalkan what was being preached (apa yang diucapkan). Malangnya orang BN
nampaknya termakan serangan-serangan nilai sehingga rasa rendah diri kononnya
pembangkang lebih (mulia) noble ideanya. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara
ini?
Pembangkang pandai memberi gambaran
bahawa mereka memperjuangkan sesuatu yang lebih indah daripada BN. Mereka cuba
occupy the high level ground tapi dari segi action, tindakan mereka banyak yang
inconsistent and contradiction (tidak konsisten dan bercanggah), yang perlu
kita highligh-kan. Dalam ucapan saya akan sebut juga satu dua perkara.
Bukan mudah hendak jadi Presiden
UMNO dan Perdana Menteri yang inklusif. Melihat kepada perkara-perkara yang
terjadi semasa pilihan raya umum lepas, bagaimana Datuk Seri melihat tentang
healing action (tindakan penyembuhan) dalam konteks pengukuhan negara?
Sebab itu saya lancarkan Gagasan
1Malaysia, dengan pengertian dan nilai-nilai yang berkaitan 1Malaysia. Saya
tidak melihat 1Malaysia sebagai satu prakarsa atau usaha cyclical hanya untuk
PRU-13, tetapi ia adalah suatu keperluan dalam konteks nation building
(pembinaan negara). Jadi kalau kita berpegang kepada Gagasan 1Malaysia berserta
Perlembagaan dan Rukun Negara, saya percaya kita akan dapat mengukuhkan
national unity dan national harmony.
Datuk Seri, dalam PRU-13 lepas, UMNO
mendapat sokongan majoriti Melayu tetapi kurang mendapat sokongan orang bukan
Melayu. Melihat perkara ini, adakah Gagasan 1Malaysia akan diteruskan atau akan
ada perubahan-perubahan tertentu?
Tidak ada masalah apa yang kita
lakukan sekarang ini. Pemerkasaan ekonomi bumiputera (termasuk bukan Islam di
Sabah dan Sarawak), bagi kelompok minoriti, kita perlu beri perhatian. Macam
orang India, kita ada program khas untuk mereka dan kita tidak mengambil
tindakan yang boleh menyakitkan hati kaum Cina. Waima apa keputusan yang telah
dibuat, sebab itu adalah pilihan yang dibuat dalam proses demokrasi.
Tapi kita harap bahawa masa depan
negara kita ini adalah lebih terjamin dengan dasar-dasar yang sederhana,
progresif, inklusif dan lebih adil yang diperjuangkan oleh UMNO.
Adakah Datuk Seri yakin menjelang
PRU-14, kerajaan BN ada masa untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa BN pilihan
yang terbaik buat mereka?
Kita harus berusaha ke arah itu. Ini
bukan sahaja soal PRU tetapi dalam konteks nation building (sejak era Tun M, nation building ni dah disemarakkan dan dah wujud, tak perlu nak refurbish)kita tidak mahu
kerenggangan antara orang Melayu dan orang Cina ini akan menjadi sesuatu yang
boleh divide us ( tapi bila PRU13 merosot kenapa kata Chinese Tsunami?)(memecahbelahkan kita). Tapi kita mesti cari kaedah dan cara di
mana kita boleh merapatkan hubungatan antara kaum di negara kita kerana masa
depan negara kita ini terlalu besar nilainya.
Pelbagai usaha telah dibuat untuk
meyakinkan bahawa UMNO turut menjuarai kaum-kaum lain, tetapi seolah-olah tidak
nampak di mata rakyat. Jadi bagaimana langkah UMNO untuk menonjolkan imej itu
secara lebih jelas?
Kita
kena banyakkan lagi aktiviti bersifat (bertemakan) BN. BN di akar umbi
kadang-kadang tak aktif, jarang adakan mesyuarat. Jadi kalau boleh kita
gerakkan BN (peringkat) bahagian ini, (they are) more or less dormant (tidak
aktif), dekat pilihan raya baru bergerak. Jadi kita hendak tampilkan
program-program yang bersifat BN di samping program yang dibuat oleh UMNO(OK).
Perhimpunan Agung UMNO kali ini
diadakan selepas pilihan raya umum dan mendapat mandat daripada parti. Apakah
mesej utama yang Datuk Seri hendak sampaikan kepada perwakilan?
Soal cabaran masa depan, parti,
Melayu, Islam dan negara pada keseluruhannya. Saya hendak bawa ahli UMNO
melihat ke hadapan. Ucapan saya akan bertumpu kepada cabaran masa depan, bukan
hanya kejayaan yang diketahui umum malah apresiasi atas kejayaan itu perlu kita
sebutkan juga.
Maknanya ia seiring dengan sifat
orang muda yang suka melihat ke depan daripada mendengar cerita yang sudah
menjadi sejarah?
Hakikatnya bukan saja orang muda.
Orang pelbagai umur pun suka lihat kepada masa depan. Mereka hendak tahu apakah
hala tuju, ke arah mana UMNO akan bawa negara dan sama ada visi kita ke arah
masa depan itu meyakinkan mereka atau sebaliknya. Ini yang mesti kita
bentangkan, paparkan.
Pelbagai langkah diambil oleh
kerajaan untuk memperkasa kedudukan ekonomi bumiputera. Adakah perkara itu
masih akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden?
Ya, saya akan sebut sebab masalah
ini dua. Satu, masalah structural change (perubahan struktur) yang ini diwarisi
sejak zaman penjajah dahulu, melalui dasar pecah dan perintah yang menyebabkan
kelemahan struktur yang memakan masa untuk dibetulkan.
Yang kedua soal untuk membangunkan
atau memperkukuhkan budaya kita dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin
kompetitif, memakan masa untuk dibangunkan.
Apa yang Datuk Seri harap dapat
dicapai pada akhir perhimpunan ini?
Saya berharap bahawa ahli UMNO akan
kembali dengan keyakinan bahawa kita berada atas landasan yang betul dan perlu
memberi sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan UMNO untuk membawa negara
kita ke arah pengisian wawasan dan matlamat yang kita sama-sama inginkan.
Keduanya, saya mengharapkan ahli
UMNO merasakan bahawa proses transformasi ini perlu berlaku pada diri mereka
juga. Ia tidak boleh hanya pada peringkat dasar atau organisasi, tetapi
akhirnya kepada ahli-ahli UMNO sendiri, mesti merasakan bahawa mereka juga
perlu mencerminkan transformasi yang kita kehendaki barulah transformasi UMNO
akan sampai ke penghujungnya.
Satu wadah terbaik untuk UMNO
mendapat sokongan bukan Melayu ialah semasa perhimpunan agung itu sendiri.
Tetapi malangnya perwakilan bila
berucap seolah-olah hanya menjuarai kaum Melayu dan melupakan rakan-rakan kaum
lain(dah
nama pun perhimpuan agung pertubuhan kebangsaan MELAYU BERSATU, buat pe nak
cakap pasal kaum lain/) Adakah kali ini kita akan melihat perbezaan dari
aspek itu?
Kita menghadapi keadaan di mana
wakil yang berucap mewakili (badan) perhubungan masing-masing dan lebih fokus
kepada isu yang dekat di hati mereka.
Tetapi kita akan memberi nasihat
supaya jangan bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati bukan Melayu dan tidak
menjadikan forum ini medan menyerang yang lain.
Kita hendak menggambarkan UMNO ini
bersikap inklusif. Walaupun kita ini parti bumiputera tetapi kita mesti anggap
bahawa UMNO ini juga membawa kaum-kaum lain ke arah masa depan yang lebih
terjamin lagi.
Di akhir Perhimpunan Agung, apakah
isyarat utama yang perlu dihantar oleh perwakilan kepada orang Melayu dan
rakyat Malaysia?
Bahawa parti UMNO adalah parti
harapan untuk negara kita bukan sahaja untuk Melayu dan untuk orang Islam
tetapi untuk negara pada keseluruhan. Dan kita mesti menggambarkan bahawa kita
ini parti yang sentiasa
mendahulukan rakyat dalam semua hal(ye, rakyat didahulukan dalam menanggung
kos TNB, kos Petronas, Kos perbelanjaan kerajaan, kos itu kos ini). Yang
pentingnya ialah kita conscious
(peka) dengan kehendak rakyat( kehendak rakyat ialah ekonomi yang stabil, harga
barang yang rendah, mampu beli, harga minyak rendah, utility rendah; peka
dengan itu?), we must be the peoples party(pintu kepada dasar lebih liberal?)
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20131203/re_01/Berjuang-sebagai-parti-rakyat#ixzz2mOdgintd
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment