Wednesday, July 31, 2013

PPPM tetap dilaksana walau Dong Zong tentang, kata Muhyiddin - Bernama


Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara.
"Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini hendak menghapuskan bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita hendak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.
"Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.
"Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.
Beliau berkata demkian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan zakat kepada golongan asnaf di Surau Saadiah, Batu Satu Bakri di Muar, semalam.
Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Uda Holding, Ahmad Abu Bakar.
Muhyiddin berkata, pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.
Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan itu akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikit pun.
Katanya, kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini.
Beliau berkata, jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara maju yang lain di dunia.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menerima zakat perniagaan bernilai RM150,000 untuk golongan asnaf daripada Uda Holdings Berhad yang disampaikan oleh Ahmad. - Bernama, 1 Ogos, 2013.

Muhyiddin: Bukan Islam perlekeh agama kita




 
Tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain, kata Tan Sri
Muhyiddin Yassin.

Perbuatan itu, kata timbalan perdana menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram.

"Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.

"Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya semalam.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam. 

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang," kata Muhyiddin.

Terdahulu, pada majlis berbuka puasa anjuran Eden Inc.Berhad itu, timbalan perdana menteri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 70 anak yatim.

Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beliau berharap sumbangan itu akan menceriakan lagi sambutan Hari Raya anak-anak yang kurang bernasib baik.
-Petikan dari Malaysiakini

Monday, July 29, 2013

Masa Untuk UMNO Berubah

Istilah melayu kini sudah tidak percayakan PAS tapi masih belum sayangkan UMNO saya rasa agak sesuai menggambarkan situasi keadaan politik orang melayu kini, ini kerana dalam keadaan PAS kelihatan lebih bergantung kepada sokongan bukan melayu kini dan UMNO masih mampu memenangi hati majoriti melayu, walau dalam keadaan dikritik hebat dalam soal kepimpinanya. Melayu hanya mengundi UMNO kerana mereka tiada pilihan yang wajar untuk meneruskan kelangsungan kuasa, kerana jika dilihat PAS hanya menumpang dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri. Lihat sahaja tindak tanduk PAS dalam pelbagai isu semuanya dibawah bimbingan parti PKR atau DAP.
Tetapi UMNO dilihat gagal mengambil kesempatan dari kelemahan yang jelas nyata dalam Pakatan Rakyat ini dalam menarik sokongan rakyat hanya disebabkan terlalu banyak berlembut dan tunduk kepada desakan Pakatan Rakyat yang menaungi pelbagai NGO, sebagai contoh dalam pemansuhan ISA dan segala akta yang banyak membantu negara sampai ketahap sekarang. Kerana ingin dilihat fleksibel dan mesra rakyat, UMNO menganggap segala desakan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ini adalah desakan rakyat dan rakyat akan berpuas hati jika mereka menurutinya lalu pihak pembangkang menjadi tiada isu untuk dicanang kepada umum. UMNO lupa bahawa Pembangkang tidak akan berpuas hati walau apa yang Kerajaan lakukan dan mencari segala macam idea untuk mengambil tampuk pemerintahan negara atas nama rakyat.
Kegagalan ini, secara peribadi saya melihat adalah berpunca dari ramai mereka yang menjawat jawatan dalam UMNO ini tiada kompetensi untuk bergerak sebagai pentadbir dalam kerajaan. Sebab mereka tiada kompetensi adalah juga kerana mereka datang dari corak pemilihan kepimpinan di akar umbi yang lebih mementingkan kepada pemilihan ketua yang pandai ‘menjaga’ ahlinya sahaja, bukan dilihat kepada kemampuan mereka bekerja, berhujah atau segala macam yang diperlukan sebagai seorang yang boleh membawa suara rakyat. Banyak Pemimpin yang dipilih ini dilihat bijak merencana sokongan ‘artificial’supaya dilihat hebat, maka tinggalah mereka yang benar benar berbakat dan mempunyai segala ciri kepimpinan yang boleh mempengaruhi rakyat secara keseluruhan ini, tenggelam begitu sahaja hanya kerana disebabkan mereka ini tidak pandai mengampu dan tiada dana yang untuk dihamburkan kepada ahli untuk mendapatkan sokongan.
Bila ini terjadi maka yang diangkat menjadi calon untuk berdepan dengan peperangan sebenar ini hanya pandai menunjukkan diri dimedia membantu rakyat untuk menarik sokongan, yakni amat bagus sebagai seorang pemimpin tetapi tidak cukup kompeten sebagai ahli politik yang boleh menarik sokongan massa, sedangkan dalam fitrah manusia, manusia lebih suka kepada sesuatu perkara sensasi yang boleh mencetuskan semangat mereka untuk turut bersama sama pemimpin berjuang. Rakyat juga lebih suka kepada pemimpin yang boleh berada sama taraf dengan mereka, bukan pemimpin yang bermegah dengan sambutan VIP oleh pengikut2 mereka supaya dilihat hebat. Inilah yang tiada pada ramai pemimpin UMNO dan ini diambil kesempatan secukupnya oleh pihak pembangkang untuk dilihat dekat dengan rakyat.
Akibat politik dalaman sebegini sayap sayap UMNO juga dilihat lesu dalam merencana gerakan untuk kelompok sasaran masing masing, hanya tertumpu kepada program program yang terikat dengan protokol kerajaan seperti karnival, dan segala macam yang sepatutnya digerakkan oleh jentera kerajaan. Mereka tidak kreatif dalam mengadakan sesuatu gerakan yang bersifat agresif mempertahankan dasar dasar kerajaan untuk rakyat jadikan alasan untuk terus memilih UMNO. Semua gerakan sebegini dilepaskan pada bahu NGO dan menunggu melihat apa hasilnya, sekiranya gagal, maka mereka akan mengkambinghitamkan NGO tersebut sebagai punca kegagalan bagi menutup sikap pasif mereka dalam menjana sokongan rakyat.
Disebabkan tiada pilihan maka muncul ramai menteri yang kurang kompeten memimpin kementerian masing masing bila berdepan dengan isu, mereka menjadi kaku dalam bertindak bilamana berdepan isu yang melibatkan rakyat, di Parlimen, contohnya hanya beberapa Ahli Parlimen sahaja yang mampu menjawab dengan tuntas persoalan yang diutarakan oleh Pembangkang, tapi ramai juga dilihat hanya pandai membaca sahaja jawapan yang disediakan oleh pegawai masing masing menyebabkan rakyat melihat tiada keyakinan dalam diri ahli parlimen atau menteri untuk rakyat sandarkan walau jawapan yang dikeluarkan itu benar dan berfakta. Ada juga yang tidak bijak bila berdepan dengan wartawan dengan mengeluarkan kenyataan ‘bergurau’ yang akan dipetik akhbar sebagai tajuk utama untuk disensasikan, akhirnya menaikkan kemarahan rakyat dan terkial kial si penyokong pula mencari jawapan untuk membela mereka.
Jadi sempena pemilihan UMNO yang bakal berlangsung ini dengan format baharu ini, rejuvansikanlah UMNO, transformasikanlah UMNO atau apa sahaja istilah agar UMNO berubah untuk terus relevan kepada orang melayu sandarkan harapan demi kelangsungan generasi akan datang.

“Kalau Pemimpin Bersin Pun Ahli UMNO Akan Tepuk Tangan”- Mahathir




Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet semalam (26/7/2013) di pejabat nya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti” tambah nya.

“Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi,apa tidak nya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk kedalam UMNO” kata nya.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misal nya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagian nya, jika orang itu guru biasa baru lah di luluskan, begitu seterus nya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk , lama lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan”

“Orang orang  yang dihalang masuk ini akan kemudian nya masuk kedalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebab nya retired general, pensyarah semua masuk kedalam parti lawan” ujar nya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden  MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi , isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa” 

“Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.
“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.



“Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

“DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

“Pemuda UMNO sekarang  tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. 

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam” kata nya lagi.

 “Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya” jelas Tun Mahathir.

“Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantara nya  mencadang kan DS Najib di langgar”.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasa kan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka , tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan melayu, sedang itu sahaja yang melayu ada.

“Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

Tun juga memberi contoh antara institiusi milik bukan orang melayu dan apa yang dibuka oleh orang melayu untuk bukan melayu sebagai contoh.

“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” kata Tun lagi.

“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya” kata Tun lagi.

“Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi” kata Tun.

“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina  ujar nya.
Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

Dalam sesi dailog ini nama nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitive maka tidak perlu di perjelas kan di sini.



Sunday, July 28, 2013

Siri Jelajah Taklimat Pemilihan UMNO Pastikan Kaedah Pemilihan Baru Dapat Dilaksanakan Sempurna

BAYAN LEPAS, 16 Jun – Siri jelajah Taklimat Pemilihan UMNO berhubung kaedah perlaksanaan  dan tatacara pemilihan UMNO berdasarkan pindaan perlembagaan  yang telah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 2009, akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan bahawa kaedah pemilihan baru ini dapat dilaksanakan dengan sempurna di peringkat cawangan dan bahagian di setiap negeri.
Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab. Rauf  Yusoh, siri taklimat ini diadakan bagi menerangkan secara terperinci dan mendalam berhubung tatacara perlaksanaan pemilihan mengikut  kaedah pindaan perlembagaan UMNO yang baru.
“Ia merujuk kepada banyak perkara berhubung pindaan perlembagaan UMNO yang akan diperincikan di dalam siri-siri taklimat ini. Terutamanya berhubung tiada lagi pencalonan kelayakan bagi mereka yang ingin bertanding, berkenaan hari pencalonan dan persediaan untuk hari pencalonan.
“Sebagai contoh, bagi  mereka yang merasa layak untuk bertanding dalam peringkat pemilihan bahagian dan pusat, mereka kini hanya perlu mengisi borang saja.
“Bagaimanapun  ada juga syarat-syarat tertentu untuk bertanding sebagai contoh, mereka yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka mestilah pernah memegang jawatan sekurang-kurangnya selama satu penggal di peringkat bahagian,” jelas beliau kepada pemberita setelah selesai sesi taklimat UMNO negeri Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di sini Sabtu.
Begitu juga bagi mana-mana ahli UMNO yang ingin bertanding jawatan AJK di peringkat bahagian juga mestilah pernah memegang jawatan AJK Cawangan selama sepenggal.
Manakala berkenaan tarikh pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, menurut Rauf ia masih belum diputuskan diperingkat majlis tertinggi UMNO.
“Setakat ini, hanya tarikh pemilihan cawangan saja yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO iaitu bermula pada 15 Julai ini sehingga 31 Ogos akan datang.
“Manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pusat pula hanya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi sebaik saja selesai siri taklimat penerangan tatacara pemilihan ini di seluruh negara,” ujarnya.

Strategi baru rampas kerusi Parlimen WP : Ku Nan

Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan merangka strategi baharu dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, berkata pihaknya akan merangka gerak kerja yang lebih jitu bagi memastikan kerusi Lembah Pantai, Batu, Segambut, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju yang dimenangi parti pembangkang pada pilihan raya umum 2008, kembali ke tangan BN.
Pada pilihan raya umum Mei lepas, BN hanya memenangi empat daripada 11 kerusi Parlimen WP iaitu Putrajaya, Labuan, Titiwangsa dan Setiawangsa manakala Kepong, Segambut dan Bukit Bintang merupakan kawasan tegar DAP.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau akan berjumpa pemimpin parti komponen BN WP bagi merancang gerak kerja baharu dalam usaha mencapai hasrat itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Kepong di ibu negara, Sabtu.
Tengku Adnan berkata pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP ibarat sirih pulang ke gagang kerana pernah memegang jawatan sama pada 2001.
Menyentuh pemilihan jawatan tertinggi UMNO pada 5 Okt depan, Tengku Adnan berkata beliau tidak berniat untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti dan menyerahkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada mahu mengekalkan jawatan Setiausaha Agung parti itu yang disandangnya.

SENARAI PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI-NEGERI

Perlis:
Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan - Wan Azlan Man
Kedah:
Pengerusi - Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Hanipah
Kelantan:
Pengerusi - Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan - Datuk Dr. Awang Adek Hussain
Terengganu:
Pengerusi - Datuk Ahmad Said
Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh
Pulau Pinang:
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Othman
Timbalan - Datuk Dr. Hilmi Yahaya
Perak:
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Pahang:
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan - Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Selangor:
Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar
Timbalan - Datuk Abdul Shukor Idrus
Wilayah Persekutuan:
Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hassan
Timbalan - Datuk Seri Shaziman Mansor
Melaka:
Pengerusi - Datuk Idris Haron
Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah
Johor:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin
Timbalan - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
Sabah:
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan - Datuk Salleh Tun Said Keruak

Pandangan A Kadir Jasin tentang Pemilihan UMNO 2013

MELAYU mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri. Oleh sebab Melayu mudah lupa, termasuklah Melayu dalam Umno, eloklah saya nyatakan yang Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia antara 1981 dan 2003.

Bukan saja Melayu mudah malah banyak yang kurang berminat menerokai ilmu. Justeru itu, saya tidak hairan kalau banyak Melayu dalam Umno sudah lupa kepada Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad.

Saya masih ingat kepada mereka. Ini membuatkan saya ingin bertanya, adakah lagi pejuang dan idealis seperti Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad dalam Umno?

Kalau masih ada (yang saya curiga), adakah mereka akan muncul dalam pemilihan kepemimpinan Umno kali ini yang diuar-uarkan sebagai demokratik dan terbuka?

Kita tidak perlu tunggu lama. Pada 7 September ini, semua yang berminat menawarkan diri bertanding jawatan dalam MajlisTertinggi Umno wajib mendaftarkan diri dengan ibu pejabat Umno negeri masing-masing.

Pada saat itu, kita akan tahu sama ada wujud atau tidak pewaris kepada Sulaiman Pelestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad.

Kepada yang sudah lupa atau tidak tahu, Sulaiman Palestin membuat kejutan besar dengan bertanding melawan Pemangku Presiden Umno Tun Hussein Onn dalam pemilihan tahun 1978. Walaupun beliau dianggap sebagai calon “outsider” namun berliau berjaya mendapat 250 undi berbanding 898 yang dimenangi oleh Hussein.

Dua tahun kemudian, pada tahun 1980, giliran Datuk Harun pula membuat kejutan apabila beliau bertanding dari Penjara Pudu bagi menentang anak saudaranya, Ketua Pemuda Umno ketika itu, Suhaimi Kamaruddin. Turut bertanding adalah ahli perniagaan Hang Tuah Arshad yang lulus dari Universiti Nanyang, Singapura dan fasih Mandarin.

Walaupun beliau tidak dapat berkempen, Harun memperoleh 153 undi berbanding 198 yang dimenangi oleh Suhaimi. Hang Tuah Arshad mendapat tujuh undi.

Bertanding dari penjara untuk jawatan Ketua Pemuda
Bagi Hang Tuah Arshad, moto beliau adalah lawan tetap lawan. Pada tahun 1982, dalam perlawanan hebat antara Suhaimi dan Anwar Ibrahim, beliau menjadi calon ketiga. Anwar mendapat 183 undi, mengalahkan Suhaimi dengan 10 undi, manakala Hang Tuah Arshad mendapat tiga undi.

Antara Status Quo Dan Cabaran

Oleh sebab tidak ada lagi watak-watak seperti Sulaiman Pelestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad dalam Umno, maka kita bolehlah membuat andaian yang menjelang 7 September ini, Mohd Najib Abdul Razak akan “disahkan” sekali lagi sebagai Presiden Umno dan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
Pada tarikh itu, ahli dan pemilih Umno akan mengetahui siapa menawarkan diri untuk bertanding jawatan apa dalam MT.

Kalau Ahmad Zahid Hamidi boleh diterima sebagai jurucakap Naib Presiden, makan kita sudah pun tahu yang ketiga-tiga Naib Presiden – Ahmad Zahid, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal – akan mempertahankan jawatan - tetapi mungkin dicabar oleh beberapa yang lain.

Saya menjangka Khairy Jamaluddin akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda (yang berupa jawatan Naib Presiden ex-officio) dan berkemungkinan menang tanpa bertanding.

Kalaupun ada cabaran terhadap Khairy, saya tidak menjangka ia akan datang daripada Mukhriz Mahathir yang beliau tewaskan dalam pemilihan lalu. Sebaliknya, Menteri Besar baru Kedah itu berpotensi menjadi calon Naib Presiden, tetapi saya tidak menjangka beliau akan mencubanya. Beliau mungkin berpuas hati bertanding kerusi biasa MT dengan harapan mendapat undi yang banyak. Pelantikan beliau sebagai Ketua Perhubungan Kedah baru-baru ini memperkukuhkan harapan beliau dipilih menduduki MT.

Seorang ahli MT yang layak bertanding jawatan Naib Presiden dan berpotensi menang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustafa Mohamad, seorang teknokrat yang telus dan bersih. Beliau adalah satu-satunya pemimpin Umno Kelantan yang berpotensi merampas balik negeri itu daripada PAS. Tetapi Mustafa terlalu merendahkan diri untuk “mencalonkan” diri.

Pemimpin akar umbi yang boleh mencabar Naib-Naib Presiden yang ada sekarang adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam. Malah ada yang meramalkan bahawa beliau berkemungkinan mencabar jawatan Timbalan Presiden. Mohd Ali mempunyai rangkaian akar umbi yang kuat hasil pembabitan beliau yang panjang dan dedikasi dalam pergerakan belia.

Shahrizat Lwn Azalina

Buat masa ini, hanya Pergerakan Wanita yang akan menyaksikan perebutan jawatan teratas. Bekas Ketua Puteri, Azalina Othman Said, telah pun menyatakan hasratnya bertanding jawatan itu yang kini dipegang oleh bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil.

Azalina tidak akan rugi apa-apa kerana beliau bukanlah “inner circle” kepada kelompok yang berkuasa dalam Umno dan kerajaan sekarang. Malah beliau dianggap sebagai orang luar dan “maverick” (pengingkar). Shahrizat pula amat akrab dengan Mohd Najib dan isi rumahnya.

Azalina boleh mengharapkan sokongan bekas pemimpin dan ahli Puteri yang kini menganggotai Pergerakan Wanita.

Puteri Umno juga perlu memilih ketua baru kerana penyandang, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sudah melepasi usia sebagai ahli Pergerakan Puteri. Gerakan itu akan dipimpin oleh muka-muka baru kerana calon-calon pemilihan lalu sudah melepasi usia Puteri.

Gerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan mengundi pada 28 September. Pengundian untuk jawatan Majlis Tertinggi adalah pada 5 Oktober. Perhimpunan agung akan berlangsung antara 2 dan 7 Disember.

Kekangan Aspirasi dan Realiti

Mungkin berlaku kekangan antara aspirasi dan realiti dalam pemilihan kali ini. Aspirasi dalam dan luar Umno adalah agar sistem pemilihan baru ini mencetuskan perlumbaan yang hangat dan demokratik. Tetapi realitinya status quo yang lebih mencengkam mungkin berlaku.

Oleh sebab kaedah baru itu memerlukan calon menawarkan diri, mungkin banyak yang berasa malu, segan dan teragak-agak untuk mendaftar diri untuk bertanding – takut dituduh hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Di bawah sistem lama, calon tidak perlu membuat deklarasi kerana mereka dicalonkan oleh cawangan dan selepas itu bahagian. Selepas pencalonan ditutup, barulah mereka wajib menyatakan pendirian sama ada akan tertanding atau menarik diri. Sekarang hatta Mohd Najib terpaksa mendaftar diri di pejabat Umno negeri untuk mempertahankan jawatan Presiden.

Kalau ahli dan pemimpin Umno betul-betul ikhlas mahu memperluaskan demokrasi melalui kaedah pemilihan baru ini, elok sekiranya semua kerusi dipertandingkan supaya sesiapa saja yang ingin bertanding, sama ada penyandang atau calon baru, boleh mengambil peluang manakala pemilih pula mempunyai pilihan yang lebih luas dan pelbagai. Wallahualam.


Dipinjam dari akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com

Lagi filem kontroversi selepas Tanda Putra

Pemuda Umno kritik filem didakwa agungkan komunis


 
Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengkritik sebuah filem bertajuk ‘The New Village’ yang bakal ditayangkan bulan depan, yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

NONEBeliau ingin tahu bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

"Hanya kerana "Tanda Putera" menayangkan secebis babak 
sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti-sejukkan.

"Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan," katanya.

The New VillageBeliau turut menuntut penjelasan kabinet di sebalik kelulusan 
tayangan filem itu dan sebab sebuah "buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela".

"Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa," katanya.

Beliau turut menggesa agar 'Tanda Putera' disegerakan tayangannya di pawagam.

The New Village‘The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis, ditetapkan untuk tayangan umum pada 22 Ogos.

Sedutan filem itu memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka.

'Tanda Putera' pula dijadualkan untuk tayangan pada 29 Ogos, seminggu selepas filem itu ditayangkan.
Sementara itu, Bernama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem 'The New Village' yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.
    
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.
    
"GPMS menganggap ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat Malaysia untuk mendekati ideologi komunis," katanya dalam kenyataan hari ini.
    
GPMS turut meminta Kementerian Dalam Negeri melihat kandungan filem itu dengan teliti kerana ia membabitkan keselamatan negara.
    
Manakala di Kemaman, Bernama melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang pada Ogos ini.
    
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
    
"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," katanya selepas meraikan 120 anak yatim dan miskin dalam Parlimen Kemaman, yang dibelikan baju raya di sebuah pasar raya.
    
Anggota Parlimen Kemaman itu berkata Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube.
    
Ahmad Shabery berkata jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam  bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif.
    
"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia  tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online.
    
"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya.

-Sumber:Malaysiakini

Thursday, July 25, 2013

Kestabilan negara bergantung pada kekuatan UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu terus diperkukuhkan kerana perjuangan bagi memperkasa parti itu tidak akan pernah selesai.
    
Perdana menteri berkata masih banyak cabaran yang perlu dilalui Umno sebagai parti sandaran dan harapan kepada orang Melayu.
    
"Cabaran besar menanti kita. Perjuangan kita tiada kesudahan. Kita perlu perkukuhkan Umno sebab Umno parti sandaran, harapan kepada orang Melayu. Kestabilan negara kita bergantung pada kekuatan Umno," katanya.
    
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana  malam tadi.
    
Beliau juga berharap pemilihan Umno yang bakal berlangsung kelak akan berjalan lancar.
    
Di majlis yang sama Perdana Menteri turut menyambut ulang tahun ke-60 beliau dengan memotong pulut kuning bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota keluarga.
    
Perdana Menteri turut menerima pelbagai jenis kek yang disumbangkan pelbagai pihak.
    
"Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada rangkaian sahabat zaman saya jadi ketua pemuda Umno. Kini sama-sama sudah berumur dan bertemu sekurang-kurangnya setahun sekali sebagai satu perjumpaan sempena sambutan ulang tahun saya semalam.
    
"Umur saya tidak dirahsiakan dan sudah diketahui umum. Apa yang lebih bermakna persahabatan kita tidak pernah luntur dan masih kekal sehingga hari ini," kata beliau.
    
Di majlis itu kira-kira 2,000 tetamu hadir termasuk kumpulan anak yatim yang menerima sumbangan daripada Perdana Menteri.
    
Beliau kemudiannya menunaikan solat tarawih bersama para tetamu.

- Bernama

BN kekal 17:15 di Kuala Besut

Tahniah diucapkan kepada BN selepas berjaya mengekalkan DUN Kuala Besut malam semalam melalui kemenangan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ke atas Calon Pas, Azlan Yusof, atau Che Long.  Lebih menarik lagi, Tengku Zaihan berjaya menambah majority kemengan kepada 2065, iaitu kurang lebih 2% daripada PRU13.

Tengku Zaihan, seorang jurutera terlatih, berkata akan menumpukan kepada isu pendidikan dan kemajuan bandar di sekitar Kuala Besut.

Tahniah Tengku Zaihan dan Tahniah BN!!

Wednesday, July 24, 2013

Senarai Ahli Jawatankuasa baru Cawangan 2013

Pengerusi Tetap            : Sdr Abdul Aziz Abdul Wahab
Ketua Cawangan          : Tunku Alizan RM Alias
Timbalan Ketua Cawangan : Sdr Khairuzaman Muhammad
Setiausaha                     : Tengku Ieras
Bendahari                      : Tengku Ieras

Sayap-Sayap:
Pemuda:
Pengerus Tetap           : Sdr Mohd Danial
Timbalan Pengerusi      : Sdr Suratmin
Ketua Pemuda               : Tengku Ieras 
Timbalan Ketua Pemuda : Fairuz Mazlan
Penolong Setiausaha
AJK-AJK:
Sdr Nazri Darus
Sdr Nasrul Haq
Sdr Rezwan
Sdr Syah
Sdr Hafiz Ismail

Wanita
Ketua Wanita                : Pn Fadhilah
Timbalan Ketua
Penolong Setiausaha
AJK-AJK

Puteri
Ketua Puteri
Timbalan ketua
Penolong Setiausaha
AJK-AJK

Mesyuarat Agung Cawangan 2013

Satu Mesyuarat Agung Cawangan telah diadakan pada 21hb Julai 2013 di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang yang baru di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sekurang-kurangnya 69 orang ahli telah menunaikan tanggungjawab menghadiri mesyuarat.

Antara agenda penting semasa mesyuarat ialah, perlantikan baru AJK Cawangan, Pemuda, dan Puteri.  Tiada pencalonan-pencalonan baru bagi jawatan ketua cawangan dan ketua wanita.


Majlis Buka Puasa Bersama Asrama Darul Falah





Selepas beberapa sesi perbincangan, Ketua Cawangan telah berbesar hati menganjurkan satu Program Kasih Ramadhan, iaitu majlis berbuka puasa bersama anak yatim dari Asrama Darul Falah Kuala Lumpur pada 27 Julai 2013.  Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama, Kompleks MACA, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Seramai 62 orang anak yatim dan 10 orang kakitangan ASDAF menghadiri majlis tersebut.  Kelainan dalam majlis iftar kali ini ialah ketua cawangan meminta supaya dianjurkan juga solat maghrib, isya, dan tarawih berjemaah. Urusetia telah memohon jasa baik Pihak Darul Quran, Kuala Kubu, selangor, bagi meminjamkan khidmat seorang imam,iaitu Ustaz Muhamad Adam, yang juga merupakan Pensyarah di Darul Quran; sebuah penjaian tahfiz dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.


Ketua Pemuda-Tengku Ieras, Naib Ketua Pemuda-Saudara Fairuz Mazlan dan Penasihat-En Abu Hassan sedang berbincang.


Ketua Wanita Cawangan, Pn Fadzillah beramah mesra dennga anak-anak ASDAF 

Pengerusi Majlis merangkap Ketua Pemuda, Sdr Tengku Ieras

YBhg Ustaz Muhamad Adam Abd Rashid sedang menyampaikan tazkirah sebelum masuk waktu berbuka.

YBhg Timb Ketua Cawangan, En Khairuzaman Muhamad menyampaikan ucapan.

Pengetua ASDAF, Ustaz Zul menyampaikan ucapan.

Anak-anak ASDAF sedang berbuka

Majlis penyampaian sumbangan. 



Ustaz Adam menerima sumbangan daripada En Khairuzaman.

Uztaz Zul menerima sumbangan daripada Timbalan Ketua Cawangan dan Ketua Wanita.

Kegembiraan terselah dikalangan anak-anak ASDAF.