Monday, September 30, 2013

Satira: Implikasi kenaikan harga rokok- Isteri jadi mangsa suami terpaksa berhenti rokok



SEREMBAN: Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan melaporkan ratusan kaum wanita dirawat penyakit payu dara akibat pengumuman kenaikkan harga rokok.

Pusat-pusat perubatan kerajaan dan hospital-hospital dibanjiri oleh ratusan wanita terpaksa mendapatkan rawatan pesakit luar dan rujukan kepada rawatan unit kecemasan akibat puting payu dara yang lebam dan kempis.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dato Wira Biro bin Haji Kasi dalam satu majlis melancarkan entah apa-apa di Hospita Besar Seremban petang tadi untuk saja nak suka ria menghabiskan bajet tahunan yang tidak dibelanjakan lagi.

Mengikut sebuah sumber NGO wanita, ini adalah reaksi kepada kenaikan cukai tembakau yang telah memaksa perokok dari golongan berpendepatan rendah dan sederhana berhenti merokok secara mendadak.

Ketagihan puting rokok telah ditukarkan tabiat kepada puting payu dara isteri. Para isteri jadi mangsa akibat ketagihan rokok suami terhenti secara tiba-tiba.

"Mula-mula makcik suka pakcik buat macam tu. Dah lama dah pak cik tak buat macam tu," kata Makcik Maria.

"Tapi ni dah kira melampau. Lepas makan je nak isap. Sampai anak kecik makcik pun komplen tak nak isap susu badan lagi  sebab bau jering".

"Sakit puting akak ni dik, ada ke lepas makan sambal belacan dia nak isap?? Paneh puting akak," keluh Makcik Maria lagi.

"Abis nak buat camana, harga rokok naik. Abang terpaksa leeee buat macam tu untuk lepas gian" kata Pak Amran.

NGO tersebut berkata bancian serta kaji selidik membuat jangkaan sektor kedai makan dan restoren akan menghadapi kerugian berbillion ringgit setahun kerana lelaki akan lebih condong untuk pulang makan tengahhari di rumah.

British Tobacco Malaysia mengumumkan hari ini, kenaikkan harga rokok sebanyak 14 peratus.

Dengan kenaikkan yang paling tinggi pernah dialami mutakhir ini, harga ssekotak 20 batang rokok naik RM1.50 ke RM12. - Agensi Husin Lempoyang

Senarai-calon-jawatan-utama-UMNO-pusat

PRESIDEN:
1. Datuk Seri Mohd Najib Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
6. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan
NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaakub
2. Datuk Azizah Mohd. Dun
3. Datuk Hamidah Osman
KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Penyandang
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali
5. Irwan Ambak
NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun
KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman
NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd. Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali




www.bharian.com.my/articles/KerjasayadalamPemudabelumselesai_/Article/





KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Penyandang
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi: www.thoughtsintangents.blogspot.com

3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd. Karim Ali

5. Irwan Ambak : http://irwanambak.blogspot.com/2013/07/pemuda-berkat-masyarakat-rahmat.html


Senarai calon Naib Presiden (turutan abjad) :
  1. Dato Seri Ali Rustam
  2. Dato Hishamuddin Hussein 
  3. Tan Sri Isa Samad
  4. Dato Mukhriz Mahathir
  5. Dato Shafie Apdal
  6. Dato Zahid Hamidi

Sunday, September 29, 2013

Kebalkan kuasa politik Pribumi

Sinar Harian
(K) TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Oleh: Tan Sri Abdullah Ahmad
Tarikh: September 29, 2013

Dalam politik, satu minggu pun lama maka meramalkan perkembangan politik, landskap siasah Melayu Islam jangka panjang, berpintal-pintal (tortuous), berbahaya; tidak bijak. Meski pun begitu saya cuba jadi seorang penilik Pakatan Baru dalam politik negara.

Lima puluh enam tahun semenjak merdeka, berbagai transformasi telah berlangsung. Ada yang baik seperti pendidikan tinggi bagi Melayu Islam dan Peribumi dan pembentukan Kelas Menengah dan Profesional Melayu Islam dan Peribumi. 

Keburukannya pula pembasmian tulisan jawi, politik pakatan yang merugikan Melayu Islam; keruntuhan akhlak dan moral serta rasuah.

Apa pun tiada boleh dinafikan tegas Speaking: “the Malays and Peribumi have changed beyond recognition. Their earnings shot up after the New Economic Policy (NEP) was implemented, both in absolute terms, and relative to the non-Malays.”

Satu hakikat Melayu Islam dan Peribumi telah mencapai kemajuan walaupun masih banyak lagi isu menanti penyelesaian bagi menjamin kuasa mereka berterusan tanpa diungkit dan dicabar lagi. Mampukah kepimpinan Melayu Islam pasca Najib Tun Razak mempertahan dan melambungkan terlebih tinggi lagi serta ‘mengentrenchkan’ kuasa ini yakni memperkukuhkannya lagi?

Zaman gelap rakyat kulit hitam Amerika Syarikat beransur hilang mulai perjuangan Martin Luther King dan dengan kehadiran Barack Obama sebagai Presiden AS tetapi perjalanan mereka mengejar dan mencapai ‘life, liberty and the pursuit of happiness’ sebenar masih jauh, bukan senang dan tidak akan tamat. Begitulah juga dengan perjuangan Melayu Islam dan Peribumi dalam negara mereka yang tunggal ini.

Saya yakin kemajuan Melayu Islam dan Peribumi lebih deras kalau mereka pintar memilih pemimpin yang berwibawa, bermoral, amanah, berpengetahuan, bervisi, mempunyai potensi serta credentials mereka sebagai Melayu Islam dan Peribumi  diperakui. Paling ramai mereka yang mempunyai tauliah ini berada dalam Umno, ada juga dalam Pas dan PKR.

Pas mahu hanya ulama memegang jawatan tinggi kerana selayang pandang Pas rugi dalam Pakatan. Ini boleh dipertikaikan, adakah ini fact atau fiction? Apa pun PKR dan DAP terutamanya, meraih lebih keuntungan dalam PRU13. Saya setuju dengan keputusan multaqa Pas. Mana bisa parti Islam ‘diko-pimpin’ oleh ulama dan ‘sekularis’.  ‘Sekularis Pas’ harus berhijrah ke PKR dan DAP!

Umno sibuk berkempen memilih bakal pengganti Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.  Sungguh seronok mereka, tiada bosan berpesta; kenyanglah mereka yang bernasib baik jadi perwakilan. Yang tidak dipilih perwakilan dapat kuah, majoriti menghidu bau masakan saja.

Enam pemimpin Umno berhasrat menjadi bakal perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan (kalau Umno menang PRU14) atau jika Najib merombak Kabinetnya awal tahun depan. Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal, Mohd Isa Samad, Mohd Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir.

Perwakilan yang bestari akan memilih kombinasi orang muda (Hishammuddin, Mukhriz) dengan orang tua, (Zahid, Shafie, Isa dan Ali); yang adil dan bervisi mengambil kira geografi dan negeri kubu Umno. Saya kenal semua calon naib presiden ini. Kalau saya wakil saya akan ambil kira umur, peluang dan potensi mereka pasca Najib dan Muhyiddin.

Keenam-enam pemimpin Umno sudah teruji tetapi terpenting siapa antara mereka yang biasa menjadi bakal pengganti Najib dan Muhyiddin, berwibawa menghadapi kepimpinan muda Pas dan PKR pasca Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim?

Siapa selain daripada enam orang ini yang Melayu Islam dan Peribumi boleh harap memperjuangkan tanpa takut, segan dan malu agenda Melayu Islam dan Peribumi? Yakni memperkasakan kuasa politik mereka tanpa luntur dan Melayu Islam dan Peribumi tidak akan lenyap di muka bumi tertunggal ini?

Bolehkah mereka (Melayu, Peribumi) bergantung kepada pemimpin pelapis Umno – Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Sharifuddin Abdullah, Dr Abdul Latiff Ahmad, Razali Ibrahim, Jazlan Mohamed antaranya? Adakah mereka ini mempunyai sifat ‘keperibadian jati Melayu Islam’ yang ahli Umno dan Melayu Islam boleh bergantung dalam Politik Baru yang akan mendominasi landskap politik negara antara sekarang dan PRU14 dan melewati PRU14?

Suasana politik dalaman Umno kini, suka-duka, tidak menggalakkan muda-mudi mendekatinya. Umno harus bina suasana baru; yang dapat memujuk atau menarik generasi baru Melayu Islam dan Peribumi yang mahu menyertainya. Belajarlah daripada Tun Razak yang mengundang muda-mudi Melayu Islam berbakat menyertai Umno dan memberi mereka pula kepercayaan.

Ramai antara mereka menjadi pemimpin yang berkaliber dan tahan diuji. Umno tetap berubah siapa pun memimpinnya. Persoalan terbesar adakah kepimpinan itu akan membawa Umno ke tahap yang lebih tinggi lagi atau salah hitung kecundang dalam PRU14.

Itu tidak harus berlaku (tewas PRU14) kerana jumlah bilangan pengundi Melayu Islam dan Peribumi makin meningkat. Dijangka populasi Melayu, Peribumi mencecah 75% dalam masa dua dekad lagi. Masa depan Umno bergantung pada Melayu Islam seperti semenjak parti itu ditubuh pada tahun 1946.

Kalau Umno terus menghargai dan berbudi pada mereka – Melayu Islam dan Peribumi sekurang-kurangnya tidak akan lari dari Umno up to PRU14. Dalam PRU13, Umno memenangi 88 kerusi Parlimen (bertambah) dari jumlah kerusi BN sebanyak 133 itu. Pas 21, DAP 38 dan PKR 30. Hanya 16% pengundi Cina menyokong BN. “Hear, hear, hear – dengar, dengar, dengar”.

Tak payahlah suluh lagi apa yang amat terang. Saya teka sokongan Cina akan terus merosot kecuali orang Melayu Islam dan Peribumi menyerah kuasa mereka kepada mereka (Cina).

Melayu Islam dan Peribumi hanya akan hilang kuasa kalau muda-mudi Melayu Islam dan Peribumi terus menjauhi dari Umno. Terpulanglah bagi Umno meyakini mereka bahawa integriti dan kredibiliti Umno dan pemimpinnya di semua peringkat sedang berubah. 

Tabie menyalah guna kuasa, sifat bongkak, sombong dan sukar dijumpai dan mempunyai gaya hidup yang gemar dan gembira menunjuk-nunjuk serta kemerosotan moral (decadence) juga makin berkurangan. Hanya Melayu Islam dan Peribumi boleh meruntuhkan kerajaan yang ada.

Thursday, September 26, 2013

Weakening UMNO: Tun Mahathir

Umno leaders who remain too long in their positions will leave behind members who are more stupid than them, said Tun Dr Mahathir Mohamad, in yet another call for the party to accept new blood.
The former Umno president said leaders at grassroots level only allowed members more stupid than them to join the party.

"They select such people in order to remain much longer as leaders," he said in reply to a question from a participant at a youth forum in Kuala Lumpur today.
Dr Mahathir warned that the party's leadership would become weak, leading to the people's rejection.
Umno will head to polls next month. Dr Mahathir's son, Datuk Mukhriz Mahathir, 48, is among six candidates vying for the three posts of vice-president.
He said the “culture of chopping off” young talents was prevalent at the branch level and existing leaders only recruited “stupider” members.
Dr Mahathir said the Malay party was now lacking talented leaders because many of its divisional and branch heads feared losing their positions to younger and capable leaders.
“The division and branch chiefs don’t like intelligent people to come into the party because they fear they might lose their positions.
“So what they do is recruit people who are more stupid than them. And when this leader dies, this someone who is more stupid than them, will take over. And when this one also dies?
"Now we have a party with three generations of such leaders. It is now a stupider party,” added the former prime minister.
Dr Mahathir pointed out that Umno will eventually become weak because the talented ones are not given the opportunity to serve and display their leadership.
"The people will finally reject the party because we have stupid leaders," he added.
Dr Mahathir said winning and losing in party election was normal but leaders must know when to make their exit.
"I always subscribe to the advice of my mother who once told me that one must not overstay their welcome," he said.
Dr Mahathir said he had expected more people to contest for the vice-presidents' posts.
"If there was no contest, people will ask where is the transformation," he said, adding that the six-cornered fight for the three vice-president slots was a healthy sign.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal and Datuk Seri Hishammuddin Hussein are the incumbent vice-presidents. The challengers are Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Ali Rustam and Mukhriz, who is also Kedah Menteri Besar.
Dr Mathathir said he fully supported that there be no contest for the top two party positions.
He said when he was challenged for the post in 1987 by Tengku Razaleigh Hamzah, a group of people went to court to seek remedy.
"Later a splinter party (Semangat 46) was formed," he said.
He urged the 150,000 delegates to use their votes wisely and pick leaders with character and who are capable. - September 25, 2013.

CCTV di PLKN

KLUANG: Lebih banyak langkah keselamatan akan dilaksanakan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berikutan kematian seorang pelatih di kem Rompin baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan memandang serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan penuh.
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui tidak sedarkan diri di atas lantai di bilik mandi di kem Pinggiran Pelangi pada Ahad lalu.
Dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala yang mungkin disebabkan dihentak berkali-kali oleh ia terbentur yang berkali-kali ke almari.
Tiga pelatih ditahan bagi membantu siasatan.
Hishammuddin berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan bahawa insiden seperti itu tidak berlaku lagi.
"Kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Kami akan meningkatkan keselamatan termasuk memasang kamera CCTV bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku pada masa depan," katanya.

Berkaitan:

2004[edit]

  • Awang Mohd Fazil Awang Borhan, 17, attached to Kem Simalajau, Bintulu, Sarawak. Died on 23 April in a drowning accident. He had been swimming with 36 other trainees at Sungai Cina, Matang, Kuching, Sarawak.
  • T. Saravana, 18, attached to Kem Ethnobotany, Gua Musang, Kelantan. The trainee from Taiping, Perak drowned while picnicking at Sungai Taman Wangi, Gua Musang, about 3 kilometres from his camp, with 250 trainees and 10 trainers.

2005[edit]

  • Nurul Ashikin Karino, 17, attached to Kem Shan Sui, Tawau, Sabah. Died on 14 May after being injured during training. Karino Jalani (father of the deceased) claimed that he was not allowed to meet his daughter who fell and was injured as part of a training accident.
  • S. Theresa Pauline, 17, attached to Kem Karisma, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Died on 11 June after being admitted to the hospital on 23 May due to having fits. Her death was attributed to viral meningoencephalitis. Her father, S. Sarimuthu was paid RM 32,000.[18]

2006[edit]

  • Haziq Jaafar, 17, attached to Kem Padang Hijau, Kluang, Johor. The trainee from Kota Tinggi, Johor, died after a fight with another trainee at Kem Padang Hijau.

2007[edit]

  • Teng Shian Shen, 18 attached to Kem Pasir Panjang, Port Dickson, Negri Sembilan. Died two weeks after being asked to return home from her training at the Pasir Panjang due to breathing difficulties.
  • Ili Ameera Azlan, 17, attached to Kem Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka. Died on 18 January at Malacca Hospital, after suffering breathing difficulties.[19] The parents were paid RM 35,000.
  • Prema Elenchelian, 18, attached to Kem Kisana Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan. The trainee from Kajang, Selangor, was found unconscious in a toilet at Jeram Linang (0230 hours) on 1 March. She was taken to the Tengku Anis Hospital where she was pronounced dead. Prema's death brought to 12 the number of trainees who have died since the programme began in 2004.[20]
  • Mohd Rafi Ameer, 18, attached to Cheneh Cemerlang Camp, Kemaman, Pahang. Died at 10.30pm on 3 September, after having fever for 1 week. Rafi had previously called his sister and told her that he had a fever, and that his leg had been swollen for nearly a week after he fell during training.[21]

2008[edit]

  • Too Hui Min, 18, attached to Kem Geo Kosmo, Behrang, Selangor. Died on 7 May at Slim River Hospital, Perak, three days after she started complaining of constipation. The cause of death was later determined as being toxic megacolon - her colon had been swollen and the lining had thinned due to septicemia. Her death was the 16th National Service death, and was followed by several DAP leaders calling for the suspension or even the scrapping of the National Service programme.[22][23]
  • Afiq Zuhairi Ahmat Rozali, 18, attached to Kem Sentosa, Chenderiang, Perak. Died on 16 April at Teluk Intan Hospital, Perak, after a brief febrile illness. He was treated by camp paramedics several times before finally being transferred to hospital where he died in less than 24 hours.[24]

2009[edit]

  • Abdul Malik Ishak, 18, attached to Kem Guar Chenderai, Padang Besar, Perlis. Found dead in his bed on June 29, at Kem Guar Chenderai. He had not reported any problems on his self-reported health declaration form.[25]

2011[edit]

  • 2 deaths 1 coma [26]
  • Sarawakian trainee collapsed and died in a hospital. [27]

2012[edit]

1 death [28]

2013[edit]

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, was bludgeoned to death by a blunt object by fellow trainees for allegedly cutting queue during breakfast at the National Service camp in Muadzam Shah, Pahang on 22 September, 2013. Police have arrested three other trainees aged 17 to 21. [29]

Calon-calon MT 2013-2016

Majlis Tertinggi
SHAHIDAN BIN KASSIM    - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH    - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR    - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB    - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN     – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA    - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN    - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN     – 8
MISRI BIN BARHAM    - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN    -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR   – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK   –  13
AB AZIZ BIN KAPRAWI   – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM    - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED    - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN    - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH    - 18
MAHDZIR BIN KHALID    - 19
RAZALI BIN IBRAHIM    - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI    - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE    - 22
YUSOFF BIN ISHAK     – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ    - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS    - 25
MOKTAR BIN RADIN     – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM   – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN    - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH    - 29
ROSNI BINTI ZAHARI    - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM    - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN    - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD    - 33
RAZALI BIN HUSAIN     – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD    - 35
AZALINA BINTI OTHMAN    - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN    - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD    - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH    - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN     – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN    - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID    - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN    - 43
HASAN BIN MALEK     – 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI     – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN    - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN    - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED    - 48
IDRIS BIN HARON    - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL    - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD    - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED     – 52
NASIR BIN SAFAR    - 53
AZLAN BIN MAN    - 54
ZUBIR BIN HARUN   – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN     – 56
MOHSIN BIN YUSOFF    - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH    - 58
ISHAK BIN ISMAIL     – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK    - 61
AHMAD BIN JAAFAR     – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN     – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO    -64



Calon no 60: Tun Faisal digugurkan daripada pencalonan kerana 'tidak cukup kelayakan' 
Umum tahu Tun Faisal ialah Exco Pemuda, dan Pengerusi UMB. Banyak jasa dan pengalaman beliau terutama sekali semasa PRU13, membantu jentera BN melalui media-media baru seperti blog  dan lain-lain.  Alasan penggugurannya sebagaimana dilaporkan ialah kerana tidak berkhidmat lebih spenggal di peringkat bahagian.


Terkini:




Wednesday, September 25, 2013

Perdana Leadership Foundation Open Day 28 September 2013 830-5pm




Sesi Pengenalan Calon

KUALA LUMPUR - Anggota parti yang bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco ketiga-tiga sayap dalam pemilihan Umno 2013 berpeluang memperkenalkan diri mereka dalam sesi pengenalan calon bermula awal bulan depan.
    
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata jadual sesi pengenalan calon lima hari itu telah diedarkan ke seluruh Badan Perhubungan Umno negeri bagi memudahkan calon bertanding jawatan Umno pusat mengetahui tarikh program itu akan dilaksanakan.     

"Bagi memudahkan gerak kerja calon-calon untuk mengenalkan diri... mereka boleh memperkenalkan diri di majlis yang dianjurkan oleh ibu pejabat dengan kerjasama Badan Perhubungan Umno negeri-negeri.
    
"Maka, inilah sesi yang dibenarkan Lembaga Disiplin untuk calon-calon memperkenalkan diri," katanya kepada pemberita pada sesi pengumuman senarai calon yang bertanding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
    
Sebanyak 260 calon bertanding jawatan Umno pusat selepas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman menarik diri daripada bertanding Naib Ketua Wanita. Pemilihan bagi Exco ketiga-tiga sayap diadakan pada 12 Oktober dan MT pada 19 Oktober.
    
Pada 1 Oktober, sesi pengenalan dimulakan di utara Semenanjung bermula dengan Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).
    
Seterusnya, pada 4 Oktober, sesi memperkenalkan diri diteruskan di Perak pada pukul 9.30 pagi, Selangor (3.30 petang) dan Wilayah Persekutuan (8.30 malam).
    
Sesi itu akan diadakan di Kelantan pada 6 Oktober pukul 9.30 pagi, Terengganu (3.30 petang), Pahang (9 malam) dan 8 Oktober di Negeri Sembilan (9.30 malam), Melaka (3.30 petang) dan Johor (8.30 malam).
    
Bagi Sabah, sesi pengenalan calon diadakan di Badan Perhubungan Umno Sabah pada pukul 3.30 petang, 9 Oktober. - Bernama

Tuesday, September 24, 2013

Reality Bites

Friends

Unemployed graduates.  Every year, China puts out millions of college graduates (thanks to establishments of thousands of private colleges) who can't find jobs. Without any possibility to have a house of their own, they go to live into huge compounds—often underground—where they share rooms and bunk beds. They call them the "ant tribes."


Easy to swipe.

Monday, September 23, 2013

Misi 70 Perkasa ekonomi Melayu

Artikel tulisan Tan Sri Muhamad Ali Hashim -ex JCorp, Iqra Foundation

Baca lagi: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/misi-70-perkasa-ekonomi-melayu-1.204513

Suratan atau kebetulan?

Sekiranya perkara ini benar, selain daripada kejutan-kejutan  apabila tiba tempoh pemilihan, perlulah perkara ini disiasat oleh kepimpinan Bahagian Bukit Bintang.
Apa yang dikhuatiri ialah wujudnya cawangan-cawangan yang bersifat pasif-
Iaitu cawangan-cawangan yang semata-mata atas kepentingan individu yang inginkan platform untuk mudah melonjak (munkin ya mungkin tidak).
Apalah perlunya cawangan yang pasif yang tiada khidmat, tiada KPI, tiada program, tapi hanya muncul bila ada isu besar muncul seperti pemilihan UMNO bahagian dan nasional.
Benar, setiap ahli tidak boleh dinafikan tanggungjawab mereka hadir mesyuarat, begitu juga semua AJK cawangan dan Bahagian perlu bertanggungjawab memastikan semua ahli cawangan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.
Diharapkan juga ini bukanlah satu tindakan serangan tertentu ke atas calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi kepimpinan UMNO Bahagian BUkit Bintang.


Thursday, September 19, 2013

Senarai Rasmi Calon Layak Bertanding Diumum Selasa Ini

KUALA LUMPUR: Senarai rasmi calon yang layak bertanding bagi pemilihan Umno Oktober ini akan diumumkan Selasa ini, setelah penamaan calon ditutup pada 5 petang Sabtu ini.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata tempoh bertenang selama tiga hari itu bertujuan memberi ruang kepada Jawatankuasa Pemilihan membuat saringan bagi menentukan kelayakan bakal calon untuk bertanding.
Bercakap kepada Bernama selepas sesi simulasi pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini, Abdul Rauf berkata tempoh itu juga bagi membolehkan mereka yang telah menghantar borang pencalonan untuk menarik diri daripada bertanding.
"Kita tidak ada tempoh bantahan seperti pilihan raya, tetapi penolakan mungkin ada kalau ada maklumat yang tidak betul.
"Bagi yang hendak tarik diri, (beliau) boleh maklumkan kepada jawatankuasa, atau jika kenyataan penarikan diri itu dibuat melalui media pun, (ia) akan dikira (sebagai tarik diri) asalkan ia dikeluarkan oleh bakal calon sendiri dan dibuat dalam tempoh bertenang," katanya. Abdul Rauf berkata selepas tempoh bertenang berakhir, senarai calon yang layak bertanding akan dimuktamadkan sebelum diumumkan.
Kemudian, ibu pejabat Umno akan mencetak kertas undi yang berkualiti tinggi dengan dilengkapi 18 ciri keselamatan termasuk nombor siri, katanya.
Beliau berkata kesemua kertas undi pula akan diedarkan kepada semua Bahagian Umno selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pemilihan dijalankan.
"Saya jamin ia akan sampai seminggu sebelum hari pengundian kalau keadaan logistiknya baik. Kalau tidak...sehari sebelum itu."Jawatankuasa pemilihan Umno akan meneliti setiap kertas undi yang diedarkan ke seluruh bahagian bagi memastikan ketelusannya dan ia dijamin selamat," katanya.
Tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian dan pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Oktober ini.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat Bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadualkan serentak pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember depan. -BERNAMA

Datuk Mukhriz Mahathir sahkan bertanding Naib Presiden UMNO


Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mengesahkan penyertaannya untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam sidang media di Alor Setar hari ini, memberi isyarat tiga penyandangnya bakal berdepan dengan tekanan untuk mempertahankan jawatan penting tersebut.
Pelbagai spekulasi menyelebungi mengenai Menteri Besar Kedah tersebut, malah khabar angin juga mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menasihati anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut supaya tidak bertanding dalam merebut jawatan naib presiden parti.
Sebaliknya, Mukhriz dikatakan hanya akan bertanding untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT).
Beberapa minggu lalu, blogger pro Dr Mahathir juga kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.
Mukhriz, 48, dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang. - 19 Sept, 2013.

Updated:
serahborang7

PETALING JAYA: Datuk Mukhriz Mahathir mempunyai misi peribadi untuk memulihkan imej Umno berikut serangan pelbagai pihak bagi melemahkan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu.
Ramai ahli parti itu mahu melihat imej Umno yang menjadi sasaran utama permainan persepsi dalam tempoh dua pilihan raya umum dikembalikan khususnya bagi menarik kembali keyakinan orang ramai.
"Oleh itu penting bagi kita untuk berubah, atau diubah," kata Mukhriz.
Mukhriz berkata langkahnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan depan adalah selaras dengan seruan untuk memberi nafas baru kepada parti.
"Saya meletakkan parti lebih daripada diri sendiri," katanya.
Mukhriz berkata Umno perlu diberikan nafas baru kerana parti itu akan berhadapan dengan pemimpin muda daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru katanya adalah penting agar semua tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap Umno dapat dibersihkan.
"Untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai, kita perlu mendapat kepercayaan rakyat," katanya.
Mukhriz kini berhadapan saingan enam penjuru dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno.
Tiga penyandang kerusi Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 60; Datuk Seri Shafie Apdal, 56; dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 52; akan mempertahankan kedudukan mereka.
Kedudukan itu kini dicabar tiga yang lain iaitu Mukhriz, 49; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 64; dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 64

Mstar.my

Tiada cadangan tubuh kumpulan sendiri - Isa

KUALA KRAU 22 Sept. - Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan sendiri bagi menghadapi pertandingan enam penjuru merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Oktober ini. 

Isa berkata, beliau melihat pertandingan itu secara terbuka dan lebih kepada pemilihan dalam sebuah keluarga.

"Biarlah pemilihan itu berjalan mengikut peraturan dan saya sedia menerima apa saja keputusan dibuat oleh perwakilan.

"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan" katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Transformasi Komuniti Felda di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Tanah Rancangan Felda Jengka 21, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tiga penyandang Naib Presiden ketika ini, Datuk Seri Dr. Mohd. Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang dikatakan menubuhkan regu mereka sendiri.

"kita gi sesama hantar borang ek"
serahborang5



Pertubuhan Belia Tidak Aktif Akan Dibatalkan Pendaftarannya - Khairy


PUTRAJAYA: Pertubuhan belia yang tidak aktif diberi tempoh sehingga akhir Oktober untuk memberi maklum balas segera kepada Pendaftar Belia (ROY), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata sekiranya gagal berbuat demikian, pendaftaran mereka akan dibatalkan.Khairy berkata pertubuhan belia yang tidak aktif telah menurun daripada 400 kepada 217 sejak Mei.
"Ada antara pertubuhan berkenaan aktif tetapi mereka tidak memberikan laporan tahunan, kertas kerja dan maklum balas kepada ROY, itu antara masalah yang dihadapi mereka," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Sistem Pendaftaran Pertubuhan Belia secara online (eRoy) di sini Khamis.
Khairy berkata setakat ini, ROY telah meluluskan 8,635 daripada 10,032 permohonan daripada pertubuhan belia.
Katanya ROY menolak permohonan yang tidak memenuhi syarat dan selebihnya masih dalam proses pendaftaran. - BERNAMA

"Amalkan prinsip 'SIS'-Sedar, Insaf, Syukur" : Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sentiasa mengamalkan prinsip 'SIS', singkatan bagi 'Sedar, Insaf dan Syukur' untuk membina kekuatan diri bagi menghadapi cabaran hidup.
SIS membantu beliau menikmati ketenangan jiwa dan kegembiraan, katanya pada majlis pelancaran edisi kedua buku bertajuk 'Self-empowerment: Live Life to the Full' karangan penceramah motivasi Datuk Bridget Menezes di sini Rabu.
Hasmah, antara segelintir wanita di negara ini yang menceburi bidang kedoktoran pada 1950-an serta isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tiga prinsip itu boleh memberi kesan positif kepada manusia dan menjadikan mereka bersifat reda.
Katanya prinsip itu akan membantu seseorang mengenali diri sendiri, menyedari kelemahan dan kekuatan masing-masing serta sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan menghargai peluang yang ada.
Hasmah berkata manusia perlu lebih banyak tersenyum kerana "senyuman boleh mengubati semua keadaan dan apabila kita senyum, perasaan yang wujud di sanubari kita akan terpancar ke wajah kita untuk menjadikannya berseri-seri."
Sementara itu, Menezes berkata buku berkenaan boleh membantu seseorang menikmati kedamaian jiwa dan menyebarkannya kepada orang lain serta seluruh masyarakat.
Buku ini juga boleh membantu meningkatkan harga diri, keyakinan jiwa dan kemampuan seseorang dalam menghadapi kesusahan dengan semangat lebih kental, kata perunding kemajuan diri dan pemikiran positif itu.
'Self-empowerment: Live life to the full', edisi baharu daripada edisi pertama terbitan 2004, merupakan himpunan catatan pengalaman, pemikiran dan kenang-kenangan yang mampu menyuburkan jiwa pembacanya.
Buku ini boleh didapati di kedai buku terkemuka pada harga RM45 senaskhah. - BERNAMA