Tuesday, September 17, 2013

Pertandingan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang?

Status kedudukan Ketua Bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur masih terus menjadi tanda-tanya.  Hari penamaan calon semakin mendekat, persoalan di atas terus bermain di kalangan ahli terutama yang terpilih sebagai perwakilan pada Oktober.

Sehingga hari ini, nama-nama yang telah disebut akan bertanding jawatan bermula dari Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Wanita, dan AJK Bahagian telah pun tersebar seantero Bahagian Bukit Bintang.
Ketua Pemuda Bahagian bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Sdr Muzafar, Sdr Khaizam dan Sdr Jefferyzain.  Semasa mesyuarat AJK Cawangan Raja Chulan, Pn Fadillah telah menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Wanita Bahagian.

Ketua Pemuda Jalan Eaton, Sdr Shahrul dikhabarkan telah pun mengambil borang untuk AJK Pemuda Bahagian, manakala Sdr Tengku Ieras; Ketua Pemuda Raja Chulan masih berteka-teki.
Dato Azim Zabidi

Tentu sekali apa yang menarik ialah jawatan Ketua Bahagian yang kini disandang oleh YBhg Dato Azim. YBhg Dato Rauf telah pun membuat pengumuman tidak akan bertanding untuk Bahagian Bukit Bintang semasa majlis rumah terbuka AidilFitri di kediamannya di Ukay Perdana.  Dato Azim sendiri tidak menyatakan pendirian samada mengekalkan jawatannya berikutan tiada pertandingan atau akan ada pertandingan.


Semua ahli menantikan berita tergempar ini yang bakal menyaksikan transformasi besar bakal berlaku dalam senario UMNO Bahagian Bukit Bintang, kurang lebih 3 hari. Dalam pada itu, menurut sumber-sumber dalaman; seorang tokoh, yang namanya tidak asing lagi di dalam Bahagian apatah lagi di peringkat nasional; YM Tunku Alizan RM Alias, yang banyak membantu Umno Bahagian dan cawangan dalam merencana, melaksana dan membantu program-program peringkat cawangan mahupun bahagian; berkemungkinan meletakkan pencalonan.  Ayahanda YM Tunku Alizan sendiri, YM Raja Muhammad Alias, adalah seorang yang tersohor dan dimartabatkan oleh UKM melalui penerbitan biografi beliau; The Architech of FELDA (Raja Muhammad Alias: The Architect of Felda.2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-897-1, http://www.ukm.my/penerbit/fx897-1.html)

Desas-desus di kalangan ahli berkesimpulan memberikan sokongan penuh dan padu bagi YM Tunku Alizan meneruskan hasrat bertanding jawatan Ketua Bahagian; dengan harapan dapat menyatukan semua cawangan khususnya dan komuniti Bukit Bintang amnya, melahirkan transformasi baru Umno Bahagian Bukit Bintang, dan menjayakan agenda nasional secara tidak langsung, semoga melalui perubahan ini; tidak mustahil Bukit Bintang bakal bernaung di bawah panji Barisan Nasional.


related to: http://umnorajachulan.blogspot.com/2013/09/tunfaisal-transformasi-umno-ditentukan.html

Update 23 Sept 2013:

Selepas hari penyerahan borang pencalonan pada Sabtu, berikut ialah senarai akhir pencalonan bagi jawatan-jawatan Bahagian Bukit Bintang:

Ketua Bahagian : Tunku Alizan vs Zainal Rafique

Timbalan Ketua Bahagian : Dato Azim vs Rosli Sulaiman

AJK Bahagian : antaranya Nazri Darus

Ketua Pemuda : Muzafa Alik Khan vs Jefferee Zain vs Khaizam



Naib Ketua Pemuda : Azuar Vs Feris

AJK Pemuda : antaranya Shahrul Razuan, Tengku Ieras


No comments:

Post a Comment