Wednesday, September 4, 2013

'K'jaan perlu kurang belanja selepas kenaikan bahan api'

Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya berikutan kenaikan harga bahan api semalam untuk menunjukkan bahawa ia serius dalam mengurangkan defisit fiskal, kata Pemuda Umno.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain meminta rakyat menanggung pengurangan subsidi, kerajaan perlu membuktikan melalui penjimatan dan langkah-langkah untuk mengelak ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat Umno hari ini selepas mesyuarat jawatankuasa kerja sayap tersebut hari ini.
Katanya, kerajaan perlu melihat untuk menyediakan bantuan yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti pemberian wang tunai BR1M dan potongan cukai, di samping mengkaji subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar.

Di samping itu, beliau menggesa kementerian perdagangan dalam negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga yang tidak berpatutan ekoran kenaikan harga petrol.
-sumber-

No comments:

Post a Comment