Monday, September 16, 2013

Borang Pendaftaran Calon Pemilihan UMNO Mula Diedar


KUALA LUMPUR, 14 Sept – Borang pendaftaran calon pemilihan UMNO boleh diambil secara percuma bermula hari ini (14 Sept) hingga 20 Sept bermula jam 8 pagi – 5 ptg.
Bagi jawatan di peringkat pusat diambil di Ibu Pejabat UMNO, KL manakala jawatan di peringkat bahagian diambil di pejabat UMNO bahagian masing-masing.
dr-aziz-hasnah-azura-borang-calon-pemilihan-umno-pusat
Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling kepada semua UMNO Bahagian berkaitan makluman pengambilan borang pendaftaran calon yang dikeluarkan bermula 14 September dan tarikh pendaftaran calon adalah pada 21 September 2013 (Sabtu).
Dimaklumkan, kepada mana-mana calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Jawatan Kuasa Bahagian dan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian maka borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian masing-masing sementara bagi mana-mana individu yang ingin bertanding peringkat majlis tertinggi dan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia maka borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO.
Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. – MediaUMNO
dokumen-syarat-calon-slip-borang-pendaftaran-calon-pemilihan-umno-2013

No comments:

Post a Comment