Monday, September 23, 2013

Suratan atau kebetulan?

Sekiranya perkara ini benar, selain daripada kejutan-kejutan  apabila tiba tempoh pemilihan, perlulah perkara ini disiasat oleh kepimpinan Bahagian Bukit Bintang.
Apa yang dikhuatiri ialah wujudnya cawangan-cawangan yang bersifat pasif-
Iaitu cawangan-cawangan yang semata-mata atas kepentingan individu yang inginkan platform untuk mudah melonjak (munkin ya mungkin tidak).
Apalah perlunya cawangan yang pasif yang tiada khidmat, tiada KPI, tiada program, tapi hanya muncul bila ada isu besar muncul seperti pemilihan UMNO bahagian dan nasional.
Benar, setiap ahli tidak boleh dinafikan tanggungjawab mereka hadir mesyuarat, begitu juga semua AJK cawangan dan Bahagian perlu bertanggungjawab memastikan semua ahli cawangan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.
Diharapkan juga ini bukanlah satu tindakan serangan tertentu ke atas calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi kepimpinan UMNO Bahagian BUkit Bintang.


No comments:

Post a Comment