Thursday, September 19, 2013

Datuk Mukhriz Mahathir sahkan bertanding Naib Presiden UMNO


Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mengesahkan penyertaannya untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam sidang media di Alor Setar hari ini, memberi isyarat tiga penyandangnya bakal berdepan dengan tekanan untuk mempertahankan jawatan penting tersebut.
Pelbagai spekulasi menyelebungi mengenai Menteri Besar Kedah tersebut, malah khabar angin juga mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menasihati anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut supaya tidak bertanding dalam merebut jawatan naib presiden parti.
Sebaliknya, Mukhriz dikatakan hanya akan bertanding untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT).
Beberapa minggu lalu, blogger pro Dr Mahathir juga kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.
Mukhriz, 48, dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang. - 19 Sept, 2013.

Updated:
serahborang7

PETALING JAYA: Datuk Mukhriz Mahathir mempunyai misi peribadi untuk memulihkan imej Umno berikut serangan pelbagai pihak bagi melemahkan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu.
Ramai ahli parti itu mahu melihat imej Umno yang menjadi sasaran utama permainan persepsi dalam tempoh dua pilihan raya umum dikembalikan khususnya bagi menarik kembali keyakinan orang ramai.
"Oleh itu penting bagi kita untuk berubah, atau diubah," kata Mukhriz.
Mukhriz berkata langkahnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan depan adalah selaras dengan seruan untuk memberi nafas baru kepada parti.
"Saya meletakkan parti lebih daripada diri sendiri," katanya.
Mukhriz berkata Umno perlu diberikan nafas baru kerana parti itu akan berhadapan dengan pemimpin muda daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru katanya adalah penting agar semua tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap Umno dapat dibersihkan.
"Untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai, kita perlu mendapat kepercayaan rakyat," katanya.
Mukhriz kini berhadapan saingan enam penjuru dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno.
Tiga penyandang kerusi Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 60; Datuk Seri Shafie Apdal, 56; dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 52; akan mempertahankan kedudukan mereka.
Kedudukan itu kini dicabar tiga yang lain iaitu Mukhriz, 49; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 64; dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 64

Mstar.my

Tiada cadangan tubuh kumpulan sendiri - Isa

KUALA KRAU 22 Sept. - Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan sendiri bagi menghadapi pertandingan enam penjuru merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Oktober ini. 

Isa berkata, beliau melihat pertandingan itu secara terbuka dan lebih kepada pemilihan dalam sebuah keluarga.

"Biarlah pemilihan itu berjalan mengikut peraturan dan saya sedia menerima apa saja keputusan dibuat oleh perwakilan.

"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan" katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Transformasi Komuniti Felda di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Tanah Rancangan Felda Jengka 21, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tiga penyandang Naib Presiden ketika ini, Datuk Seri Dr. Mohd. Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang dikatakan menubuhkan regu mereka sendiri.

"kita gi sesama hantar borang ek"
serahborang5



No comments:

Post a Comment