Thursday, September 19, 2013

Pertubuhan Belia Tidak Aktif Akan Dibatalkan Pendaftarannya - Khairy


PUTRAJAYA: Pertubuhan belia yang tidak aktif diberi tempoh sehingga akhir Oktober untuk memberi maklum balas segera kepada Pendaftar Belia (ROY), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata sekiranya gagal berbuat demikian, pendaftaran mereka akan dibatalkan.Khairy berkata pertubuhan belia yang tidak aktif telah menurun daripada 400 kepada 217 sejak Mei.
"Ada antara pertubuhan berkenaan aktif tetapi mereka tidak memberikan laporan tahunan, kertas kerja dan maklum balas kepada ROY, itu antara masalah yang dihadapi mereka," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Sistem Pendaftaran Pertubuhan Belia secara online (eRoy) di sini Khamis.
Khairy berkata setakat ini, ROY telah meluluskan 8,635 daripada 10,032 permohonan daripada pertubuhan belia.
Katanya ROY menolak permohonan yang tidak memenuhi syarat dan selebihnya masih dalam proses pendaftaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment