Thursday, August 29, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56



"Why did we fight for Merdeka? So that the different races can be divided? That can't be the way, right? That can't be why all these great Malay and UMNO leaders for fought this...."

-Almarhum Tun Dr Ismail-

Tuesday, August 27, 2013

#PemilihanUMNO : Siapa calon Exco Pemuda yang berkesan?! (sumber: http://tunfaisal.blogspot.com/)



Istilah `calon parachute' atau `calon payung terjun' suatu masa dulu dikaitkan dengan calon yang diterjunkan oleh pemimpin tertinggi untuk diterima oleh rakyat. Hari ini, dalam pemilihan UMNO, akan ada ramai `calon payung terjun' yang kali ini bukan diterjunkan oleh pemimpin tertinggi, tetapi yang menerjunkan diri beramai-ramai, menawarkan diri sebagai calon berikutan pindaan Perlembagaan UMNO yang menjadikan parti ini semakin terbuka dan demokratik.

Khabarnya, sudah ada hampir 170 orang calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saya tidak tahu dari mana datangnya angka ini, tetapi saya dimaklumkan ada di kalangan calon-calon ini sudah mula menawarkan diri dan ada yang masih belum menyatakan hasrat kepada umum. 

Saya ada TIGA KERISAUAN UTAMA dalam pemilihan kali ini:-

Pertama - dalam kalangan 170 orang calon ini, ada yang belum tentu akan memenangi sebarang jawatan dalam bahagian, seperti Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Pemuda Bahagian atau AJK Pemuda Bahagian. Berbeza dengan pemilihan terdahulu, calon yang bertanding kebanyakannya membawa jawatan dan kekuatan mereka di Pemuda Bahagian. Misalnya, di Putrajaya, Dato Zaki Zahid membawa kekuatan sebagai Ketua Pemuda Bahagian dan Hisamuddin Yahya sebagai Naib Ketua Pemuda Bahagian. Saya sendiri mempunyai hampir separuh kekuatan Pemuda di bahagian walaupun tidak menjawat jawatan Ketua Pemuda Bahagian berikutan kalah hanya 3 undi kepada Dato Zaki. 

Kedua - calon-calon Exco ini bakal bertanding di peringkat nasional. Pengalaman, kefahaman dan `grooming' di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat amat penting supaya pemimpin di peringkat pusat tidak menjadi `calon payung terjun' yang ibarat kiambang yang akarnya tidak jejak ke tanah, tidak memahami heirarki organisasi, tidak terbimbing untuk memahami gerak kerja di peringkat cawangan, bahagian dan negeri; dan tidak memahami aspirasi dan kesulitan Pemuda di peringkat akar umbi. Berapa ramai di kalangan 170 orang calon ini pernah melalui proses kepimpinan cawangan, bahagian dan negeri sebelum mereka menawarkan diri?

Ketiga - Jika benar ada 170 orang calon, bagaimana agaknya perwakilan Pemuda di peringkat bahagian dan cawangan akan memilih? Sewaktu pemilihan yang lepas, hanya ada 60 orang calon Exco Pemuda yang perlu melalui proses berjumpa dengan lebih 800 orang perwakilan. Dalam proses ini adayang berjumpa dengan perwakilan lebih dari sekali. Ada yang sehingga lima kali. 

Itupun ramai perwakilan yang tidak benar-benar mengenali calon-calon yang bertanding. Inikan pula 170 orang calon yang sudah pasti tidak dapat bertemu dengan hampir 100,000 orang perwakilan. Kenalkah mereka calon-calon yang bakal bertanding ini, termasuk kemahiran dan pengalaman mereka. Jika tidak kenal, adakah perwakilan di peringkat cawangan ini akan memilih mengikut `papan', `rakit' atau `cai' yang akan dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda di peringkat bahagian?

Kata-kata Tan Sri Isa Samad ini boleh direnungi. Katanya, "Memilih pemimpin macam pilih buah durian; kita tak ambil sebakul, tetapi pilih satu-satu". Ada logiknya. Maka nak pilih calon Exco Pemuda, kena pilih satu-satu, JANGAN ambil yang `mangkor' atau terlalu muda, atauterlalu tua dan pastikan kita buang yang busuk dan berulat.

Berdasarkan pemerhatian sebagai seorang yang terlibat secara hampir dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak tahun 2001, pengalaman bertanding dalam pemilihan sidang yang lepas dan sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2008-2013, mungkin saya boleh memberi sedikit sebanyak tip untuk memilih EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berkesan. 

Di bawah ini disenaraikan sejumlah penilaian untuk dipertimbangkan oleh perwakilan :-

1. Jati diri dan pendirian dalam perjuangan dan isu Melayu dan Islam

Carilah pemimpin yang memahami perjuangan dan isu pendidikan, ekonomi dan sosial Melayu serta memahami prinsip-prinsip penting dalam Islam. Tolak pemimpin yang membawa fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme, kapitalisme dan sosialisme. Tanya mereka soalan yang mudah mengenai khalifah, imamah, siyasah, assobiyah, tentang keadilan berbanding kesama rataan, Islam sebagai Agama Persekutuan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ekonomi orang Melayu, sistem kuota dan merit dalam pendidikan anak Melayu. Selain menanyakan pendirian, tanyakan juga apa yang mereka boleh lakukan untuk memastikan orang Melayu tidak terpinggir dalam pendidikan, bidang profesional dan perniagaan. 

Jika mereka tidak faham perkara-perkara asas ini, tidak mungkin mereka dapat memperjuangkan perjuangan Agama dan Bangsa dengan berkesan.


2. Visi dan Misi

Visi dan misi Pergerakan Pemuda selalunya akan ditentukan oleh Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia. Namun kita mahu Exco Pemuda UMNO yang mempunyai pendirian dalam perjuangan Melayu dan Islam agar dapat memastikan Visi dan Misi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak jauh tersasar.

Selain Visi dan Misi Pergerakan Pemuda, calon-calon Exco Pemuda seharusnya boleh menawarkan kebolehan, kepakaran dan pengalaman mereka dalam biro-biro tradisi dalam Pergerakan Pemuda dan seharusnya boleh menawarkan kepakaran dalam bidang baru. Sdr Tengku Azman misalnya, menawarkan kepakaran untuk menggerakkan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) bagi membantu Pemuda menangani isu dan kebajikan orang muda di dalam bandar. 

Pastikan anda tanya kepada calon, apa yang mereka boleh lakukan jika terpilih; biro apa yang boleh dan ingin mereka kendalikan.

3. Kemahiran dan pengalaman

Tawaran oleh calon perlu dinilai berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Misalnya sdr Lokman Nor Adam, menawarkan diri untuk mengendalikan Unit Pidato berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini. Dr Fathul Bari tentulah berkebolehan untuk menawarkan diri untuk mengetuai Biro Agama berdasarkan kepakarannya dalam bidang itu. Tidak logik untuk sesorang calon menawarkan diri misalnya dalam Biro Pengajian Tinggi, jika sebelum ini beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti dan gerak kerja melibatkan IPTA dan IPTS di peringkat nasional. 

Minta biodata calon dan semak biodata mereka secara teliti untuk mengelakkan penipuan.

4. Kemahiran berpidato dan berhujah

Minta calon anda berpidato dan berhujah. Pernah ada ketika, sejumlah besar Exco Pemuda Malaysia tidak mempunyai kebolehan pengucapan awam dan tidak mampu memberi ucapan yang baik. Puncanya apabila calon Exco tidak diuji untuk berucap dan berpidato semasa tempoh berkempen. Perwakilan memilih mereka mungkin kerana mempunyai PR yang baik,hemoi dan mesra rakyat, bagaimanapun mereka diminta berpidato dan berucap di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang, mereka tidak mampu melakukannya sama sekali. Jika calon Exco tidak boleh berhujah dengan baik melalui ucapan, minta mereka berhujah melalui tulisan yang baik.

Minta calon anda berpidato dan berhujah. Tanyakan pelbagai soalan dan berdebatlah dengan mereka.


5. Kekuatan di bahagian

Oleh kerana pemilihan peringkat bahagian berlaku serentak dengan peringkat pusat, ada di kalangan calon-calon exco ini yang berkemungkinan kalah dalam pertandingan di peringkat bahagian. Tanpa jawatan di bahagian, misalnya sebagai Ketua Pemuda Bahagian atau Naib Ketua Pemuda Bahagian, SELALUNYA Exco Pemuda tidak berkemampuan untuk membawa kekuatan bahagian bagi menyokong program-program mereka di peringkat negeri dan pusat. 

Akhirnya anda akan melihat Exco Pemuda yang berjalan dan bergerak bersendirian tanpa kekuatan pengikut dalam Pilihan Raya Kecil atau dalam pelbagai program di peringkat pusat dan negeri. Bagaimanapun ada pengecualian dalam kes pertandingan sengit di bahagian. Calon yang kalah tipis pertandingan ketua pemuda bahagian, biasanya masih mampu membawa separuh kekuatan pemuda bahagiannya.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia boleh tempang sekiranya MAJORITI Exco Pemuda tidak mempunyai jawatan sebagai Ketua atau Naib Ketua Pemuda di bahagian.

6. Pengalaman di bahagian, negeri dan pusat

Bagi calon-calon parachute, sama ada diturunkan oleh pemimpin atau yang menawarkan diri tanpa pengalaman di peringkat cawangan, bahagian dan negeri, mereka mungkin tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang keperluan pemuda di peringkat akar umbi. Misalnya, mereka tidak dapat menjadi rujukan yang baik ketika Pilihan Raya Kecil kerana mereka tidak ada pengalaman mengendalikan Pilihan Raya di cawangan, bahagian dan negeri sendiri. Exco Pemuda Pusat seharusnya menjadi sumber rujukan atas kehebatan pengalaman mereka mentadbir dan menguruskan parti di pelbagai peringkat.

Base politik pemimpin UMNO adalah bahagian. Setinggi mana jawatan mereka pegang di peringkat pusat, akhirnya mereka perlu kembali ke bahagian. Hanya bahagian yang diuruskan dengan baik dan berkesan akan menentukan kemenangan kerusi Parlimen dan DUN. 

7. Media / Communication savvy

Sebagai pemimpin politik, mahu tidak mahu mereka perlu tampil dan berhadapan dengan media, baik media tradisi mahupun media siber. Mereka perlu mempunyai perhubungan yang rapat dengan pengendali media tradisi, mempunyai ketrampilan media dan berkebolehan memanfaatkan media sosial. Mahu tidak mahu, calon Exco Pemuda hari ini, perlu mempunyai akaun twitter dan facebook mereka sendiri. Selain daripada itu, Exco Pemuda juga perlu berkemampuan untuk menjawab isu-isu di media dan tampil dalam forum-forum di media elektronik dan internet baik secara rakaman mahupun secara langsung.

8. Kemampuan material, calon korporat

Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Keupayaan kewangan calon penting bagi memastikan beliau dapat menggerakkan biro tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Tidak ada masalah memilih calon di kalangan ahli perniagaan dan di kalangan mereka yang kaya, asal sahaja mereka menggunakan kekayaan mereka untuk memastikan biro dan tugas mereka dapat dilaksanakan dengan efektif. Yang menjadi masalah adalah Exco yang menggunakan kedudukan mereka untuk mencari lebih banyak kekayaan tanpa menyumbang kembali kepada gerak kerja pemuda dan membela rakyat.

Bagaimanapun keupayaan kewangan bukan ukuran mutlak keberkesanan seseorang Exco. Sepanjang pengalaman sejak 2001, ada juga di kalangan Exco Pemuda yang kaya tetapi tidak efektif kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja. Ada juga yang kaya tetapi tidak efektif kerana mereka hanya berminat untuk mencari kekayaan tambahan berbanding melaksanakan program.

Sebaliknya, kekurangan dari segi wang ringgit pula bukan faktor mutlak kegagalan sesorang exco. Ada exco yang bekerja makan gaji yang boleh menjadi efektif. Cuma bukan mudah. Saya suka mengingatkan bagi mereka yang makan gaji, anda mungkin terpaksa bekerja lima kali ganda lebih keras berbanding mereka yang mempunyai kekayaan bagi mendapatkan dana untuk menggerakkan biro anda. Janganlah diharap sangat kepada projek-projek kerajaan, kerana lebih banyak kehampaan dari cerita kejayaan. Menyakitkan hati saja bercakap tentang Menteri-menteri yang tidak boleh membantu ni...  

9. Calon di kalangan SUPOL dan Pegawai Khas Menteri
sCalon di kalangan SUPOL dan Pegawai Khas Menteri mempunyai kelebihan kerana mereka dilihat boleh membantu ramai orang dengan kedudukan mereka. Bagaimanapun keupayaan mereka untuk turun ke bawah, terlibat dalam pelbagai program di peringkat bahagian, negeri dan pusat adalah terhad kerana mereka mempunyai tanggung jawab rutin, iaitu untuk mentadbir pejabat Menteri. Selalunya calon di kalangan SUPOL dan Pegawai Khas akan berada di pejabat, terlibat dengan mesyuarat dan pelbagai program Menteri. SUPOL dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri tidak payahlah mencalonkan diri sebagai Exco atau apa-apa jawatan sekali pun. Jagalah PM baik-baik dan keduanya, jangan menyalah gunakan kedudukan sebagai pegawai di pejabat PM bagi memenangi undi dan politik peribadi.


10. Calon di kalangan Ahli Yang Berhormat

Sejak 2001, berdasarkan pemerhatian saya, Exco di kalangan Ahli Yang Berhormat Parlimen ataupun ADUN akan terlalu sibuk menguruskan rakyat di kawasan masing-masing. Mereka juga diperlukan untuk menghadiri sidang DUN atau Parlimen. Komitmen yang di tinggi di kawasan dan dewan akan menghalang Exco di kalangan Ahli Yang Berhormat berperanan secara efektif. Atas sebab ini saya berharap tidak ada mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Pemuda Pusat, melainkan untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sememangnya bagus untuk memilih calon yang hemoi atau mudah mesra. Tolaklah pemimpin elitis. Bagaimanapun jangan mencari pemimpin yang hanya pandai berhemoi dan bersosial, tetapi tidak pandai melaksanakan kerja dan tidak mampu berhadapan dengan pembangkang secara berkesan. Hemoi itu, tentang hubungan calon dengan kita, tetapi kemampuan bekerja dan berdepan dengan pembangkang adalah tentang parti dan perjuangan.

Carilah calon yang ada fikrah perjuangan, bijak berhujah dan mengartikulasi pendirian, pandai bekerja dan rajin bekerja. Jangan cari calon yang hanya pandai bercakap sahaja, akhirnya kerja tak jalan, hanya bijak untuk positioning dirinya semata-mata.

Siapakah 170 orang calon Exco Pemuda ini? Di manakah biodata mereka. Perwakilan Pemuda seramai hampir 100,000 orang mesti bijak menilai dan memilih Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berkesan kerana ini bukan tentang kepentingan diri dan material diri perwakilan itu sendiri, tetapi tentang perjuangan Agama, Bangsa dan Negara; dan kesiap siagaan Pemuda UMNO berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14.

Monday, August 26, 2013

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 30 Ogos 2013 1130-4 ptg Dewan Merdekan PWTC


Sekitar Majlis Rumah Terbuka AidilFitri :

Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin

Bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia; YB Dato Razali Ibrahim
Bersama rakan yang turu hadir terpaksa capture self-photo sendiri.

Recent:
Rumah terbuka Umno, 10,000 tetamu dirai
KUALA LUMPUR - Kemeriahan sambutan majlis hari raya tiga sayap parti Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini tambah berseri dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Presiden dan Timbalan Presiden Umno itu tiba kira-kira 2 petang disambut kepimpinan sayap parti termasuk Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizad Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri timbalan perdana menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Turut serta barisan kepimpinan parti termasuk Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib-naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.

Mewakili ketiga-tiga sayap parti, Shahrizat dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang memeriahkan majlis itu.

Majlis rumah terbuka Merdeka Raya itu turut mengambil peluang untuk memperingati jasa pejuang negara yang telah memungkinkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

Kira-kira 10,000 tetamu membanjiri sambutan itu sejak majlis bermula kira-kira 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehadiran tetamu disambut mesra kepimpinan sayap Shahrizat, Khairy dan Rosnah dan exco-exco.

Pelbagai juadah hari raya termasuk sate, lemang, rendang, mi rebus, kambing panggang, roti jala, mi goreng dan pelbagai manisan serta buah-buahan menanti pengunjung.

Seorang pengunjung Nurhidayah Kamal, 26, dari Setapak, mengakui teruja hadir buat pertama kali ke majlis rumah terbuka sayap parti itu.

Ditemani keluarga dan jiran, Nurhidayah gembira kerana acara itu memberi peluang kepadanya untuk mendekati kepimpinan Umno.

"Tadi saya berkesempatan melihat wajah beberapa menteri secara dekat, dan saya berharap dapat jumpa perdana menteri," katanya.

Ketua Puteri Wilayah Parti Progresif Penduduk Malaysia C. Parameswari, 33, yang sudah tiga kali menghadiri rumah terbuka berkenaan, menyifatkan sambutan tahun ini sangat meriah dengan kehadiran pelbagai kaum. - Bernama

RM 12 Juta untuk naiktaraf Jalan Alor, Bukit Bintang KL sebagai hab makanan cina bertaraf Antarabangsa?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Siapa untung?
AWANG hairan dengan keputusan untuk menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.
Dengan mudah sahaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan projek bernilai RM12 juta itu, yang hanya untuk kepentingan satu kaum.
Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja.
Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep seperti itu di ibu negara.
Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya.
Maka memang wajar jika projek berkenaan menerima banyak bantahan terutama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahu ia dibatalkan.
Setakat ini, banyak pihak tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar, Ahmad Phesal Talib berhubung isu tersebut. Alasan bahawa projek itu hanya sekadar menaikkan taraf dan memajukan Jalan Alor sebagai tarikan pelancongan, kurang meyakinkan.
Apa pun, DBKL perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah tebal untuk apa lagi diwarnai kawasan itu seolah-oleh mahu dijadikan seperti bandar Hong Kong.
Bukit Bintang juga sudah sangat pesat ciri metropolitannya. Seimbangkanlah pula kemajuan dengan kawasan lain di Kuala Lumpur terutama yang agak terabai.
Lagi pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan menghargainya.
Seperti biasa, faktor pelancongan dijadikan justifikasi yang kita semua diminta untuk percaya tetapi siapa sebenarnya yang lebih bijak dan terus raih untung?

Dari Awang Selamat, Utusan Malaysia, 
25/08/2013

Sunday, August 25, 2013

Perdana Menteri Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Dan Idea Bajet 2014


KUALA LUMPUR, 23 Ogos -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat berkongsi pandangan serta idea dalam Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan pada 25 Oktober ini.
Najib membuat pelawaan tersebut melalui blog www.1malaysia.com dan melalui laman twitternya.
“Saya mengalu-alukan pandangan anda untuk #Bajet2014. Sila ikuti laman blog saya untuk keterangan lanjut http://bit.ly/Bajet2014, “katanya dalam satu tweet.
Dalam entri blognya yang bertajuk “#Bajet2014: Idea Anda Berharga”, Najib berkata satu platform untuk rakyat mengemukakan pandangan tentang Bajet 2014 akan disediakan.
“Pada 26 Ogos, kami akan menyediakan satu platform untuk rakyat supaya dapat bersama dan berkongsi pandangan mereka tentang Bajet 2014.
“Perbincangan ini akan tertumpu pada beberapa topik, termasuk kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan beberapa isu lain yang dekat di hati rakyat.
“Kami akan terus mengumpul saranan dan maklum balas anda sehingga 8 September, dan setelah itu ia akan dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan,” katanya.
Najib seterusnya berkata sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, beliau percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan hala tuju kemajuan negara pada tahun hadapan.
“Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun.
“Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima lebih 2,500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media sosial. Katanya dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, bermakna lebih penting untuk mengemukakan belanjawan yang berwawasan tetapi pada masa yang sama munasabah, yang akan dapat menentukan hala tuju dan kepesatan pembangunan negara.
“Ini merupakan satu cabaran tetapi saya percaya dengan bekerjasama sebagai sebuah negara, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik. “Untuk mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi, kami memerlukan peranan setiap masyarakat. Saya akan menunggu idea-idea anda dengan penuh minat,” katanya.
Sumber: umno online.

Thursday, August 22, 2013

Isu harga rumah

RUMAH dan hartanah di Malaysia berada pada tahap hampir tidak mampu dibeli, dengan mencatatkan markah 7.15 pada skala kemampuan membeli menerusi satu kajian dijalankan oleh iProperty.com.
Mengikut skala itu, markah 1 menunjukkan sangat mampu dibeli manakala markah 10 pula paling tidak mampu dibeli.

Laporan Sentimen Pasaran Hartanah iProperty.com Asia 2013 yang melibatkan 13,145 responden dari Malaysia itu turut menunjukkan 77 peratus responden bimbang dengan tahap kemampuan dan harga rumah yang semakin tinggi, berbanding 69 peratus dalam laporan sama sebelum ini.

Pembeli juga mahukan kerajaan menyediakan tiga dasar utama iaitu kadar faedah dan dasar pembiayaan rumah yang lebih baik, lebih perlindungan untuk pembeli rumah dan pelabur serta penalti lebih tinggi kepada pemaju yang melakukan kesalahan.

"Rakyat Malaysia terus melihat kemampuan membeli dan kenaikan harga rumah sebagai kebimbangan utama.

"Semakin sukar untuk generasi muda memiliki hartanah dengan harga yang terus meningkat. Responden juga berpendapat kenaikan ini akan berterusan termasuk bagi kediaman dan bangunan komersial di sebalik pengenalan
Skim Rumah Pertama dan PR1MA oleh kerajaan," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty, Shaun Di Gregorio dalam satu kenyataan, semalam.
Petikan : sinar harian

Kajian: Pembeli rumah kali pertama bimbang

KUALA LUMPUR - Harga rumah yang semakin meningkat membuat ramai kalangan pembeli rumah kali pertama bimbang mengenai sama ada mereka mampu memiliki hartanah, demikian menurut hasil kajian oleh iProperty.com.
   
Laporan Sentimen Pasaran Hartanah iProperty.com Asia 2013 menunjukkan 77 peratus daripada 30,000 responden bimbang terhadap tahap kemampuan mereka berikutan harga rumah yang semakin meningkat, melonjak daripada 69 peratus berbanding hasil kajian sebelumnya.
   
Hanya 10 peratus bimbang terhadap dasar dan kadar faedah semasa, kata kajian itu.
   
Kebanyakan responden berpendapat transaksi hartanah tidak akan meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang.
   
Namun, 41 peratus responden menjawab persekitaran ekonomi dan politik semasa sangat kondusif untuk pelaburan hartanah.
   
Ia berkata berikutan berakhirnya pilihan raya umum yang ditunggu-tunggu, lebih satu pertiga kini tidak pasti mengenai kedudukan pasaran dalam tempoh berbaki tahun ini.
   
Kajian itu dijalankan merentas rangkaian utama laman-laman web iProperty Group di Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
   
Kajian itu yang disertai 13,145 responden dari Malaysia, menunjukkan mengenai tahap motivasi, hasrat dan pilihan pengguna dalam memperoleh hartanah di Asia.
   
Kajian itu juga menunjukkan golongan muda di negara ini mengkaji pelbagai pilihan pelaburan, termasuk hartanah, dengan 29 peratus responden yang merupakan pembeli rumah kali pertama merancang membeli hartanah bernilai antara RM350,000 dan RM500,000.
   
Mengenai unjuran separuh kedua tahun ini, kajian itu mendapati pilihan raya umum pada Mei menyediakan ketentuan pasaran yang lebih besar, menjurus kepada peningkatan dalam pelaburan hartanah di Malaysia.
   
Bagi pasaran luar, Malaysia menjadi negara pilihan untuk pelabur hartanah asing terutama selepas Hong Kong dan Singapura,mengenakan levi 15 peratus bagi memperlahankan pelaburan asing yang merangsang pasaran hartanah masing-masing," katanya. - Bernama

Wednesday, August 21, 2013

Kalimah Allah: Mahkamah Tolak Permohonan Gereja
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald.
Keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.
updated: 4.00pm.
mstar.com




Part of the crowd of Muslim NGO members outside the court building in Putrajaya today. The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, August 22, 2013.
Part of the crowd of Muslim NGO members outside the court building in Putrajaya today. The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, August 22, 2013.
Members of various Muslim non-governmental organisations gathered in Putrajaya as the Court of Appeal began hearing the Catholic Church’s application to dismiss the government’s appeal against the landmark decision to allow non-Muslims to use the word “Allah”.
Some had arrived as early as 8am to get a place in the court’s public gallery but many were not allowed in.
Court of Appeal judge Datuk Abu Samah Nordin is leading the three-member panel hearing the application with Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim and Datuk Rohana Yusof.
Also spotted before proceedings began were former PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa and Perkasa vice-president Datuk Zulkifli Noordin.
Archbishop Murphy Packiam is applying to set aside the government’s appeal against the High Court decision in 2009, which allowed the use of "Allah" in Bahasa Malaysia bibles, called Al-Kitab.
On Tuesday, Perkasa said it would rally outside the court to protest the church’s attempt to use the word “Allah”, which it has maintained should be used exclusively by Muslims.
The Catholic Church called for calm, saying the matter should be left in the court’s hands.
The row about using the word “Allah” by the Catholics first emerged in 2008 when the Home Ministry threatened to revoke the Catholic paper Herald’s permit, prompting the Church to take the matter to court.
The High Court's ruling in 2009 that the Catholic Church had the constitutional right to use the word “Allah” had shocked Muslims who considered the word to only refer to the Muslim God. - August 22, 2013.

Lagi Tanda Putra

Following http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2013/08/where-were-you-and-what-were-you-doing.html

Where were you and what were you doing when Tun Razak's body was brought back from London?



The American have a favourite question for social conversation:Where were you and what were you doing when Kennedy got shot?

It shows the Americans great sense of their history and how much they endeared the Kennedy in the past. For us Malaysians, we should be asking that same question but instead on the return of Tun Razak's body from London in mind.

At that moment, the whole country was glued to the television upon the announcement of his death on January 14, 1976 by then Deputy Tun Hussein Onn.

Attention was on the return on the return of the body by on MAS, miles of people queuing to pay their last respect at the Parliament, and burial of the body at the Makam Pahlawan next to the grave of his earlier Deputy, Tun Dr Ismail Abd Rahman.

He died about two years five months earlier on August 2, 1973 [read here].

Khairy claimed he remembered his family was in grief and waited at Kuwait airport for the plane bringing back the body of Tun Razak when it stopped over in Kuwait?

He must be really gifted person to be aware of his family's grief in January 1976 when he was just born days before. [Read Wikipediahere].

No issue for us that anyone wish to express their appreciation for Tun Razak in whatever form. It is only an issue when his memory was manipulated to propel a mediocre leader. [Read our past posting in 2007 here , here and here]

We were at ...  


At the time, we were in a MRSM boarding school in Seremban and just completed our LCE as they called it for English medium SRP.

Prep hours start at around 8:00 PM and no TV was allowed so we may have not witness Tun Hussein crying on television when making the announcement was made. Or perhaps news program was allowed to be seen but we missed it.

By the time prep was on-going, words were spreading of his death. We didn't get much studying done that night and everyone and the teachers were spending time talking about Tun Razak and how much has he done.

In 1976, May 13 1969 was still fresh in the mind of many of the boys from Kuala Lumpur, especially those residing in Kg Baru and Kampong Pandan.


Even at 16, we were very much aware of Tun Razak and his commitment to developed the country and help out the economically trailing Bumiputera community.

The very existense of MRSM and MARA had the mind and heart of Tun Razak. Young MCOBA and Director in Mara, Encik Wahab Alwi was assigned to develop MRSM, IKM, Giat Mara, and many other educational and training institutions under MARA

MARA had so much relevant to our life. Our family used to live in a small rumah murah pasang siap kayu MARA that only cost RM2,000 then. MARA gave us RM15 a month pocket money at MRSM.


Father's half brother joined another Tun Razak social engineering work at Felda in Air Hitam, Johor.

It is still fresh in our mind of their conversation in front of a pelitaat my uncle's Felda home. There was no electricity yet. We were there to pay respect and seek his blessing before enrolling into MRSM.

Father and his half brother talked on the benefit of joining the Felda scheme and what his younger brother did. He was satisfied that his brother had finally made a life for himself. That uncle today drives in Mercedes albeit an older model.

At one time, father saved his three half brothers out of the clutches of their stepfather and personally raised them till grandmother accepted the sons of her madu into her home.


There was opportunities and assistance opening up for our smallholder farmer-families back in kampongCikgu-Cikgu uncles and aunties, and many others.

Efforts after efforts by Government reported in the media could be heard launching and implementing projects as part of Tun Razak's drive for rural development, eradication of poverty, social justice and nation building.

It made us take development for granted and as a must without realising that almost any other program and effort in this country has Tun Razak's touch.

Body arrived ...


After prep and about time for sleep, one of our friend was busy packing up to get ready ready for his parents. They are coming from nearby Lake Garden Seremban home to fetch him to go to Kuala Lumpur that night itself.

He was a close relative of Tun Razak from his Pahang mother side. The father's side is related to Dato Harun and many other Selangorian leaders. But his father was not rich and merely a government officer.

By the time the body arrived, the whole school was glued to the television. The body by the good ole MAS. The airline is another Tun Razak's work for the social reason to bridge East and West Malaysia.

We are fighting hard to defend it's continual existence and strategic role in nation building.

There was that the huge crowd of people from all walks of life and races awaiting and crying as the body was lowered out of the plane. Toh Puan Rahah and the family walked out from the plane.

At the burial, we could see our hostel friend on television at Makam Pahlawan together with the rest of Tun Razak's family and friends together with nation's leader of the time. All of us were excited to see our classmate came out on television.

There was no tears flowing from us because we didn't know how much it meant. But we were just stunt by the loss of this great man and leader. If it happened today, we would have shed our tears  openly.

Sacrifice of great leaders


Tun Razak made a great sacrifice by any man for his people and nation.

The more reason now that is known that he preferred to keep his terminal cancer disease a secret to enable himself to accomplish more work than continue to languish in bed.

Read about this selfless leader in Bigdog's article published on the NSThere in KL Chronicles.

We had known of the story of Tun Razak's secret illness that led to his death from Tengku Razaleigh and his boys. There was no conspiracy as some opposition blogger wrote.

It was the movie Tanda Putera that made us realised and appreciated it more. It was made more significance by another sad and touching fact.

Before Tun Razak was to go for the CHOGM conference in Ottawa Canada, Tun Dr Ismail needed to inform him of his ailing heart condition and that he needed immediate surgery. At the same time, his wife Toh Puan Norashikin was also due to undergo an operation.


It turned out that Tun Razak was first to confide and inform Tun Dr Ismail of his own leukemia condition.

He said he does not have much time and need to clear out his work as much as possible and seek Tun Dr Ismail to help him and keep his disease a secret from everyone.

Toh Puan "Neno" went through her surgery while Tun Razak was away. It was also during that same time that Tun Dr Ismail had a heart attack at home and died immediately. He left at a time Tun Razak needed him most.

Our University mate and Tun Dr Ismail's son, Tarmizi was the one witnessing his father's last moment.

Tanda Putera

These moments was well displayed in the movie Tanda Putera that finally will find some breathing space for public viewing after ridiculous political insecurity of Tan Sri Koh Tsu Koon and the vindictive nature of Dato Dr Rais Yatim.


By cancelling the dates twice and losing the promotional momentum twice despite it being fit for viewing, it still didn't save Barisan Nasional from the near absolute Chinese political boycott.

For that matter, Koh Tsu Koon himself could have voted for DAP.

After working and spending so much for the viewing meant for September 2012 and again for Novermber 15, Tanda Putera release was postphoned for political expediancy.

That does not auger well for program already put in place by FINAS to develop and promote the local movie industry with such indiscriminate interventions.

It made a mockery of the Prime Minister's commitment to develop the creative industry under the purview of the Ministry of Information, Multimedia and Communications and policy of self censorship by Home Ministry..


Tanda Putera was finally launched yesterday evening at GSC, Garden next to Megamall. After the viewing and during the PC compered FOC by Dato Mahadzir Lokman, Datin Paduka Shuhaimi Baba lashed out her frustration.

If only some member of the entertainment press had been more intelligent in their questions, the message of Tanda Putera is not about racism or Malay supremacy or stereotyping the Chinese but about the greatness of two leaders that we had and worthy to be emulated by other leaders.

That is the message that need to be expanded and promoted instead of asking questions with intentions to probe and make into an issue on the film re-editing to fulfill the political masters.

From someone, through various channels of opportunities, who saw the movie thrice, believe us that there was hardly much re-editing but merely retouching that made it better.


The racial slurs actually happened during May 13 incidents was still there.

The pissing at Menteri Besar's residence flagpole was there but there was no Lim Kit Siang. There was never in the first place

And there was incidents of Chinese killing Malays, Malay killing Chinese, Malay helping Chinese and Chinese helping Malays. There were humans behaving like animals and human still with some sense of humanity.

The message the entertainment media should understand is that the 15 minutes backdrop on May 13 was to to tell the public that it was a really bad moment in our history.

The excuse of raising the spectre of May 13 for political gain should never be used whenever May 13 is mentioned. It was a bad and defining moment in our history that should seriously not repeat again.

By the development of current event, it could recur if senses does not prevail and power craze is making everybody lose any sense of rationality.

Feisty 


Shumi must have put her foot down to insist that "No way Jose" will anyone interfere in a work which bears her name. Finas and Rais can say and threaten whatever but it is the director with the name on is the one having IP ownership.

Must be one fiesty women to stand up against the manipulative Rais.

The media should help the gallant effort of Shumi and her team to ensure as much Malaysian, supporters and critics, come to see before talking and commenting about the movie and made a mess of her work.

More corporation must come forward to contribute and encourage school children to come and see the movie and learn what great effort and sacrifice our past leader had been. It is their sacrifice that made the nation what it is today.

It help to encourage production of historical and intellectual content film. Too much silly love stories and action movies can be stunting on the public mind.

And today's leaders, including Tun Razak's son, Dato Najib, could learn from the significance of this momentous event.

Cast


Special tribute must be given to the cast because the characters played are not easy to emulate.


Rusdi Ramli was Tun Abdul Razak.

He made it known of the burden in acting the Tun Razak character as he realised the Prime Minister will be watching this movie about his father. He was only convinced that he could do it after balding his hair and realised he could emulate Tun Razak.

The lovely Faezah Elai was young Toh Puan Rahah, who was only made known of her husband's terminal disease in London at his death bed.

It was not easy to play out the character of a supportive wife of a leader and someone who was put in position to remain strong for the children so that Tun Razak was not be distracted by the family for his illness from continuing his work..


Zizan Nin looked twenty years more than his age to play Tun Dr Ismail, whose parent's home was near one of our Johor Baru.

There was not much past clipping of Tun Dr Ismail for Zizan to work on.


Linda Hashim was awesome in her depiction of the mother of six Toh Puan Norashikin. She is awesomely beautiful in person too.

There is also the friendly Kavita Sidhu as University Malaya's English tutor Kara. She kept appearing in the background at every defining moment of event but the lovely Kavita is no Forest Gump.

From 29th onward, take all your family member to the theater near you and watch Tanda Putera. Make the movie a success so that more will know the truth about May 13 then be deceived by imposters referring to foreign sources claiming to be an expert on May 13 event.

The international media and foreign embassy personnel were then kept at bay and cooped inside observing curfew like everyone else. Dr Kua Kia Soong was an absolute liar but Pak Lah administration's spinmaster Dato Kalimullah allowed the lies to prevail, 

By making the success of the movie and promote it's message, it can subtlely tell all our leaders, ruling or opposition, that to be leaders, one must be responsible in one's actions, dedicated and commited in their work, and finally, willing to sacrifice for sake of people and nation.

Updates:

Filem Tanda Putera Wajar Jadi Bahan Kajian Ilmiah Di IPT- Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mencadangkan filem “Tanda Putera” dijadikan bahan kajian ilmiah oleh pelajar dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi (IPT).
razali-ibrahim-pembangkang-anwar-peralat-emosi-persepsi-rakyat
Beliau berkata filem itu boleh dikaji dari sudut latar, karya dan jalan ceritanya bagi memberi kefahaman lebih jelas bagaimana pemimpin politik terdahulu menyelesaikan masalah perpaduan dan berusaha membangunkan negara.
“Elok ia dijadikan bahan kajian terutama oleh pelajar IPT supaya mereka boleh menilai dan mengkritik dari sudut perspektif serta maksud sebenar cerita itu,” katanya kepada pemberita media ketika ditemui selepas menonton filem itu di pawagam Golden Screen Cinema, Midvalley di sini, hari ini.
Razali yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno menonton filem itu bersama keluarganya serta 50 pelajar IPT dan anggota beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Cina dan India.
Razali yang juga Pengerusi Biro IPT Pemuda UMNO berkata beliau akan meminta biro itu mengkaji kandungan filem berkenaan, yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan Finas.
Beliau berkata filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba itu juga wajar dijadikan pengajaran buat generasi masa kini khususnya dalam memahami peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara ini.
“Saya lihat, jalan cerita filem ini tidak seharusnya dipertikaikan walaupun ada babak tertentu yang sedikit menyentuh perasaan…filem tersebut adalah berdasarkan sejarah, tetapi yang penting pengajarannya (daripada sejarah itu),” katanya.
Mengulas mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan cuba menghalang penayangan “Tanda Putera” di negeri itu sebelum ini, beliau berkata ia tidak wajar berlaku.
Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan yang turut menonton filem itu berkata kandungan sejarah yang dipaparkan dalam setiap babak wajar dijadikan iktibar dan tidak seharusnya dipolitikkan.
Tayangan filem ‘Tanda Putera’ yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi mengatakan ia berunsur negatif dan fitnah.

Tuesday, August 20, 2013

Umno Youth objects to listing PTPTN loan defaulters in credit bureau database (UPDATED)

Cabinet rejects proposal to blacklist student loan defaulters

t's a "no go" for the proposal to link the National Higher Education Fund (PTPTN) loans to Bank Negara’s credit bureau database.
Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin in a tweet said the Cabinet had rejected the proposal during its meeting this morning.
“Just completed Cabinet meeting. PTPTN would not go ahead with the proposal to list its student loan defaulters under CCRIS.
"Thank you prime minister and education minister for listening to the youth,” he said on Twitter
The proposal by PTPTN to link its defaulters to the Central Credit Reference Information System (CCRIS), which was announced by Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh two days ago, was met by an uproar by lawmakers, non-governmental organisations, student activists and even from Khairy himself.
Khairy had said youths are required to take student loans because the government does not provide free education at higher learning institutions.
He said such loans were also different from other credit card or higher purchase loans, where those were by choice, but this was a necessary loan for them to obtain qualifications for their career development.
PKR strategy director Rafizi Ramli had also hit out at the move, saying that such action was a form of threat and punishment to the students as they would have problems getting hire purchase loans later on while Perkasa’s secretary-general Syed Hassan Syed Ali said it was a persecution of Bumiputera youths as most of these loan holders are Bumiputeras.
Student activist Adam Adli Abdul Halim told The Malaysian Insider yesterday that university students were contemplating holding a protest if the proposal went through.
PTPTN has approved education loans to 2.2 million students since July 1, 1997, which amounted to RM49.9 billion. – August 21, 2013.

Umno Youth objects to listing PTPTN loan defaulters in credit bureau database
Umno Youth has hit out at the government’s move to blacklist National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loan defaulters by listing them in the Bank Negara’s credit bureau database.
Its chief Khairy Jamaluddinn said this was because PTPTN loans were different from other loans such as credit card or higher purchase loans.
“PTPTN loan is a personal choice which is necessary because the government does not provide free education at higher learning institutions and the need to obtain a diploma or a degree is important for the youths’ career and intellectual development,” said Khairy in a statement today.
“The government should use the available mechanism to collect payments from defaulters who refuse to repay their loans. They should instead focus on repayment incentives and impose interests on the loan holders based on their current situation.”
At the same time, he said these loan defaulters consists of a small group and such act to blacklist them would give a negative impression to PTPTN’s policy to ensure the younger generations receive the education they deserve.
Khairy said this in response to Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh’s announcement on PTPTN’s move to list loan defaulters in the Central Credit Reference Information System (CCRIS), a computerised database system used by banks to access prospective borrower’s financial profile.
The move has also received a backlash from opposition lawmakers and non-governmental organisations.
PKR said such a move was a form of threat and punishment to the students as they would have problems getting hire purchase, while Perkasa’s secretary-general Syed Hassan Syed Ali said it was a persecution of Bumiputera youths as most of these loan holders are Bumiputeras.
Following the criticism, Idris told The Malaysian Insider that the ministry would still need to work out the implementation and would heed views from all parties to ensure no students would be “victimised” or let down by the programme.
PTPTN has  approved loan education to 2.2 million students since July 1, 1997 until June 30 this year, which amounted to a total of RM49.9 billion. – August 20, 2013.

Source: Malaysian Insider

Isu PTPTN: Cadangan tidak praktikal

SHAH ALAM - Kerajaan perlu membuat kajian dan pertimbangan secara menyeluruh sebelum melaksanakan cadangan menyenaraikan peminjam  PTPTN yang ingkar di bawah CCRIS.
Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, cadangan itu tidak praktikal tetapi mungkin sesuai kepada peminjam tegar yang degil dan tidak mahu membayar pinjaman walaupun mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap.

"Tindakan itu mungkin tidak adil terhadap pemimpin yang mempunyai masalah seperti tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap kerana mereka berhadapan kesukaran membayar balik pinjaman berkenaan.

"Sudah tentu akan mewujudkan masalah baru kepada golongan ini.  Sudahlah tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap, nama pula disenarai hitam. Mereka akhirnya akan memusuhi kerajaan pula," kata beliau, semalam.

Sohaimi turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu agensi seperti mana Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit kepada mana-mana peminjam PTPTN yang bermasalah.

"Peminjam juga mempunyai pilihan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka tertakluk syarat yang ditetapkan PTPTN," katanya.

Beliau berkata, PTPTN juga boleh bekerjasama dengan majikan peminjam terbabit untuk membuat potongan gaji secara bulanan atau arahan tetap (SI) bank dengan jumlah yang termampu oleh peminjam.

"Dengan cara ini, sudah tentu tidak akan membebankan kerana barangkali ada segelintir peminjam itu yang menghadapi masalah kewangan yang teruk," katanya

Katanya, isu pinjaman pendidikan merupakan satu keperluan dan ketika ini pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meminjam dengan PTPTN.

"Oleh demikian, kerajaan disarankan mewujudkan skim pinjaman pendidikan lain bagi memudahkan mereka membuat pinjaman dan membayar semula selepas tamat pengajian kelak," katanya.

Sohaimi berkata, isu pinjaman PTPTN ini menjadi duri dalam daging kepada kerajaan kerana pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum yang lepas berjanji untuk memansuhkan pinjaman ini.

"Sudah tentu akan menjejaskan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak ditangani dengan baik. Kerajaan tidak boleh membuat pendekatan menghukum dan perlu lebih bijaksana dalam menghadapi isu ini agar tidak dimanipulasi oleh pembangkang," katanya.

Sumber : Sinar Harian