Sekitar Majlis Rumah Terbuka AidilFitri :
Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin |
Bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia; YB Dato Razali Ibrahim |
Bersama rakan yang turu hadir terpaksa capture self-photo sendiri. |
Recent:
Rumah terbuka Umno, 10,000 tetamu dirai
KUALA LUMPUR - Kemeriahan sambutan majlis hari raya tiga sayap parti Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini tambah berseri dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden dan Timbalan Presiden Umno itu tiba kira-kira 2 petang disambut kepimpinan sayap parti termasuk Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizad Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri timbalan perdana menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.
Turut serta barisan kepimpinan parti termasuk Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib-naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.
Mewakili ketiga-tiga sayap parti, Shahrizat dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang memeriahkan majlis itu.
Majlis rumah terbuka Merdeka Raya itu turut mengambil peluang untuk memperingati jasa pejuang negara yang telah memungkinkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Kira-kira 10,000 tetamu membanjiri sambutan itu sejak majlis bermula kira-kira 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kehadiran tetamu disambut mesra kepimpinan sayap Shahrizat, Khairy dan Rosnah dan exco-exco.
Pelbagai juadah hari raya termasuk sate, lemang, rendang, mi rebus, kambing panggang, roti jala, mi goreng dan pelbagai manisan serta buah-buahan menanti pengunjung.
Seorang pengunjung Nurhidayah Kamal, 26, dari Setapak, mengakui teruja hadir buat pertama kali ke majlis rumah terbuka sayap parti itu.
Ditemani keluarga dan jiran, Nurhidayah gembira kerana acara itu memberi peluang kepadanya untuk mendekati kepimpinan Umno.
"Tadi saya berkesempatan melihat wajah beberapa menteri secara dekat, dan saya berharap dapat jumpa perdana menteri," katanya.
Ketua Puteri Wilayah Parti Progresif Penduduk Malaysia C. Parameswari, 33, yang sudah tiga kali menghadiri rumah terbuka berkenaan, menyifatkan sambutan tahun ini sangat meriah dengan kehadiran pelbagai kaum. - Bernama

No comments:
Post a Comment