RUMAH dan hartanah di Malaysia berada pada tahap hampir tidak mampu dibeli, dengan mencatatkan markah 7.15 pada skala kemampuan membeli menerusi satu kajian dijalankan oleh iProperty.com.
Mengikut skala itu, markah 1 menunjukkan sangat mampu dibeli manakala markah 10 pula paling tidak mampu dibeli.
Laporan Sentimen Pasaran Hartanah iProperty.com Asia 2013 yang melibatkan 13,145 responden dari Malaysia itu turut menunjukkan 77 peratus responden bimbang dengan tahap kemampuan dan harga rumah yang semakin tinggi, berbanding 69 peratus dalam laporan sama sebelum ini.
Pembeli juga mahukan kerajaan menyediakan tiga dasar utama iaitu kadar faedah dan dasar pembiayaan rumah yang lebih baik, lebih perlindungan untuk pembeli rumah dan pelabur serta penalti lebih tinggi kepada pemaju yang melakukan kesalahan.
"Rakyat Malaysia terus melihat kemampuan membeli dan kenaikan harga rumah sebagai kebimbangan utama.
"Semakin sukar untuk generasi muda memiliki hartanah dengan harga yang terus meningkat. Responden juga berpendapat kenaikan ini akan berterusan termasuk bagi kediaman dan bangunan komersial di sebalik pengenalan
Skim Rumah Pertama dan PR1MA oleh kerajaan," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty, Shaun Di Gregorio dalam satu kenyataan, semalam.

Petikan : sinar harian
Kajian: Pembeli rumah kali pertama bimbang
KUALA LUMPUR - Harga rumah yang semakin meningkat membuat ramai kalangan pembeli rumah kali pertama bimbang mengenai sama ada mereka mampu memiliki hartanah, demikian menurut hasil kajian oleh iProperty.com.
Laporan Sentimen Pasaran Hartanah iProperty.com Asia 2013 menunjukkan 77 peratus daripada 30,000 responden bimbang terhadap tahap kemampuan mereka berikutan harga rumah yang semakin meningkat, melonjak daripada 69 peratus berbanding hasil kajian sebelumnya.
Hanya 10 peratus bimbang terhadap dasar dan kadar faedah semasa, kata kajian itu.
Kebanyakan responden berpendapat transaksi hartanah tidak akan meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang.
Namun, 41 peratus responden menjawab persekitaran ekonomi dan politik semasa sangat kondusif untuk pelaburan hartanah.
Ia berkata berikutan berakhirnya pilihan raya umum yang ditunggu-tunggu, lebih satu pertiga kini tidak pasti mengenai kedudukan pasaran dalam tempoh berbaki tahun ini.
Kajian itu dijalankan merentas rangkaian utama laman-laman web iProperty Group di Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
Kajian itu yang disertai 13,145 responden dari Malaysia, menunjukkan mengenai tahap motivasi, hasrat dan pilihan pengguna dalam memperoleh hartanah di Asia.
Kajian itu juga menunjukkan golongan muda di negara ini mengkaji pelbagai pilihan pelaburan, termasuk hartanah, dengan 29 peratus responden yang merupakan pembeli rumah kali pertama merancang membeli hartanah bernilai antara RM350,000 dan RM500,000.
Mengenai unjuran separuh kedua tahun ini, kajian itu mendapati pilihan raya umum pada Mei menyediakan ketentuan pasaran yang lebih besar, menjurus kepada peningkatan dalam pelaburan hartanah di Malaysia.
Bagi pasaran luar, Malaysia menjadi negara pilihan untuk pelabur hartanah asing terutama selepas Hong Kong dan Singapura,mengenakan levi 15 peratus bagi memperlahankan pelaburan asing yang merangsang pasaran hartanah masing-masing," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment