Monday, August 12, 2013
Pemansuhan Akta: Kesannya.
MUNGKIN saya ketinggalan zaman. Mungkin saya haiwan purba (dinosaur) yang tidak pupus. Mungkin kerana itu dari awal-awal lagi saya mementang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Negeri.
Saya berpegang kepada falsafah bahawa undang-undang tahanan perlindungan terbukti berguna. Ia bukan sahaja melindungi 99% rakyat jelata yang mematuhi undang-undang dan hidup aman damai malah ia juga melindungi penjenayah, ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis daripada membunuh satu sama lain.
Cuba tanya, berapa banyakkah ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis yang mati atau cedera kerana saling tembak menembak ketika dalam tahanan perlindungan?
Bandingkan pula dengan bilangan mereka yang dibunuh dan membunuh selepas Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak dan Parlimen dengan begitu gembira sekali memansuhkan undang-undang perlindungan di atas pada tahun 2011.
Saya rasa Mohd Najib, ahli Kabinet beliau dan Ahli Parlimen yang menyokong pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri wajib bertanggungjawab ke atas rakyat jelata yang menjadi mangsa tindakan mereka.
Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka yang ikhlas, peduli dan berani telah menyedari “folly” mereka dan, secara tersurat atau tersirat, mula mengakui bahawa pemansuhan undang-undang berkenaan telah membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata yang cintakan keamanan.
Ahmad Zahid Bersuara
Cuma saya hendak tahu, apakah yang Ahmad Zahid buat waktu cadangan pemansuhan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet?
Beliau dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata pemansuhan EO berpotensi menghasilkan 260,000 penjenayah. Mengikut unjuran beliau, tiap seorang daripada 2,600 tahanan EO yang dibebaskan mempunyai purata 10 pengikut yang apabila dicampurkan menjadi 26,000 dan mereka ini pula mencari 10 pengikut setiap seorang bagi menjadikan jumlahnya 260,000. Masuk akal.
[Mingguan Malaysia dibaca oleh ahli dan penyokong Umno, oleh anggota polis dan tentera dan oleh orang Melayu yang banyak jadi polis dan tentera.]
Laporan akhbar The Star 12 Ogos pula mengatakan kongsi gelap, kumpulan samseng dan geng jenayah mencari ahli baru ketika mereka di bangku sekolah lagi. (Baca di sini).
Seorang pemandu India yang pernah bekerja dengan saya berkata “perang kawasan” sangat sengit di kalangan bekas tahanan EO keturunan India. Katanya, yang keluar tahanan cuba mendapatkan balik kawasan operasi mereka dan yang diambil alih oleh lawan mereka. Maka berlakulah serang menyerang, bunuh membunuh.(Baca di sini).
Pembangkang Turut Bersekongkol
Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyangkal unjuran Ahmad Zahid.
Saya langsung tidak hairan. Pembangkang terpaksa menyembunyikan peranan mereka dalam pemansuhan ISA dan EO serta sikap negatif mereka terhadap pasukan polis.
Merekalah yang mendesak, mengasak, menekan dan mengenjut Mohd Najib sehingga beliau naik takut (takut hilang undi) hingga tergesa-gesa menghapuskan akta-akta itu.
Sekarang Guan Eng sudah gelabah sebab negeri perintah beliau sendiri, Pulau Pinang, adalah antara yang paling teruk dilanda jenayah. Dari dulu lagi Pulau Pinang adalah kawasan panas kongsi gelap tetapi telah berjaya dikurangkan. Kini, tanpa EO dan tangan polis pula terikat, jenayah nyawa dan harta benda meningkat semula.
Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari PKR (dan bekas tahanan ISA) yang mengunjungi saya untuk beraya, berkata mereka pun terkejut dengan kepantasan Mohd Najib memansuhkan ISA, EO dan Akta Buang Negeri.
Soalannya, di manakah Ahmad Zahid dan anggota Kabinet lain ketika cadangan pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri itu dibincangkan?
Jangan lepas tangan mengatakan Kabinet tidak bincang dan bahas hal itu. Habis apa tugas dan peranan Kabinet? Jangan juga beritahu bahawa itu semua kerja budak-budak liberal dan budak-budak lautan biru Tingkat Empat. Habis, masakan Kabinet “yes sir” saja? Tidak masuk akal. Mustahil.
Kesimpulannya kalau Mohd Najib, ahli Kabinet dan Ahli Parlimen - tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – telah terlanjur, silalah mengaku kesilapan dan berpatah balik.
Kalau mereka masih peduli kepada 99% rakyat jelata yang cintakan keamanan dan perlukan perlindungan, mereka WAJIB segera membuat undang-undang baru yang lebih tegas bagi menggantikan akta-akta yang mereka mansuhkan.
Tidak perlulah saling salah menyalahkan, sanggah menyanggah dan mencari “milage” politik murah atas linangan air mata rakyat. Cukuplah buat kerja naif dan main politik.
Negara kita sudah sama teruk dengan negara-negara jiran yang dulu kita cemuh dan kita hina kerana kononnya dipenuhi jenayah.
Wallahualam.
Dari: http://kadirjasin.blogspot.com/
Tuesday, August 6, 2013
satira aidilfitri
Kueh mueh untuk puasa dan raya
Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
![]() |
| Kuih Zin Badak Kena Rendam |
Kuih dalam zoo = Badak Berendam (bukan Zin badak)
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling ganas = kuih BoooM..!!!
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = Kueh Abuk-abuk
Kuih yang banyak buat dosa = Kuih Talam (Dua Muka)
Kuih yang ayu = Kuih Putri Ayu
Kuih ada lampu = Kuih Tepung Pelita
Kuih bukan kuih = Kuey Teow
Kuih mekap tebal = Tepung Gomak
![]() |
| Kuih Jennifer Lopis |
Kuih ala hispanis = Kuih Lopis
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling banyak = Kuih muih
Kuih confuse = Quaker Oat (Kuih ke Oat?)
Dipinjam dari http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com
Monday, August 5, 2013
Friday, August 2, 2013
Muhyiddin: Masalah dalaman BN perlu perhatian segera
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) masih relevan dan wajar namun pada masa sama menarik perhatian parti-parti komponennya supaya perlu
menyelesaikan segala masalah dalaman dengan segera dan berkesan.
Beliau berkata masalah dalaman seperti soal kepimpinan, organisasi, keberkesanan program dan usaha menarik minat masyarakat menjadi ahli parti perlu diberi perhatian segera.
"Saya menghadiri makmal politik sejak beberapa bulan lalu dan mereka berpendapat BN masih wajar dan relevan, cuma isu dan permasalahan dalam setiap parti komponen mesti ditangani dengan seberapa segera dan berkesan.
"Kita yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, jika kita mengambil usaha bersungguh-sungguh dalam isu tertentu yang memerlukan perhatian dan tindakan baik kerajaan negeri mahupun pusat, saya yakin sokongan rakyat kepada BN akan meningkat pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa kerajaan negeri dan Umno Johor di Pusat Konvensyen Persada, di Johor Baharu semalam.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
Muhyiddin berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, harapan rakyat terhadap kerajaan amat tinggi dan rakyat mahu melihat apakah pembaharuan yang dibawa oleh kepimpinan BN, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri yang dipimpin oleh parti itu.
"Mereka mahu melihat apakah inisiatif baharu yang dijalankan oleh kerajaan selain program sedia ada yang menyentuh tentang kepentingan masyarakat pelbagai kaum.
"Mereka mahu melihat apakah usaha yang telah dilakukan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara kaum akan dapat terus dijalin dan ini menjadi antara cabaran yang besar yang dihadapi oleh kerajaan BN pada masa kini bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara," katanya.
Katanya isu perkauman dengan polarisasi kaum yang mencetuskan perasaan tidak puas hati dan kebimbangan di kalangan masyarakat menjadi cabaran utama yang harus dipikul oleh kerajaan untuk diatasi bagi memulihkan semula persefahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan keyakinan Johor akan terus kekal sebagai benteng kuat Umno dan BN biarpun dalam pilihan raya umum lepas beberapa kawasan yang disifatkan sebagai kubu kuat BN telah dibolosi pembangkang .
"Oleh sebab itu untuk menentukan Johor kekal menjadi negeri biru maka gandingan yang mantap dari segi kepimpinan baik politik dan kerajaan itu adalah satu perkara utama," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohamed Khaled atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baru menggantikan Datuk Abd Ghani Othman.
Katanya kerajaan pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan dibantu oleh beliau sebagai timbalan bersedia memberikan apa jua sokongan diperlukan untuk memastikan Johor kekal sebagai kubu kuat BN.
- Bernama

Jakim finds dog trainer’s YouTube clip insulting to Muslims
BY RITA JONG
AUGUST 02, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 02, 2013 03:35 PM
AUGUST 02, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 02, 2013 03:35 PM
Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom said he directed Jakim to relay their findings to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) for further action.
This follows the release of Maznah, better known as Chetz, at 1pm today by police after being remanded by the Segamat police for two days.
Her lawyer Latheefa Koya told The Malaysian Insider that Maznah was released "unconditionally" today at 1pm.
“I was told that the police had taken her to the court and placed her under a bond which requires her to come to court to give evidence,” she said.
“This is a wrong application as she is not a complainant, nor a witness. She was a suspect.”
Latheefa said she was not sure of other conditions or when Maznah was required to report to the police.
Maznah is being investigated under Section 298A of the Penal Code for causing disharmony among religions and the Sedition Act.
The Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek had yesterday said he had directed the MCMC to consult with Jakim to determine if the video is an insult to Islam, before proceeding to investigate.
“The issue raised here could be very sensitive to a majority of our citizens... we must see the background and get views of religious experts because I understand there are several differing views,” Shabery told reporters yesterday. - August 2, 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)

Remembering Tun Dr. Ismail the nationalist