Monday, August 26, 2013

RM 12 Juta untuk naiktaraf Jalan Alor, Bukit Bintang KL sebagai hab makanan cina bertaraf Antarabangsa?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Siapa untung?
AWANG hairan dengan keputusan untuk menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.
Dengan mudah sahaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan projek bernilai RM12 juta itu, yang hanya untuk kepentingan satu kaum.
Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja.
Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep seperti itu di ibu negara.
Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya.
Maka memang wajar jika projek berkenaan menerima banyak bantahan terutama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahu ia dibatalkan.
Setakat ini, banyak pihak tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar, Ahmad Phesal Talib berhubung isu tersebut. Alasan bahawa projek itu hanya sekadar menaikkan taraf dan memajukan Jalan Alor sebagai tarikan pelancongan, kurang meyakinkan.
Apa pun, DBKL perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah tebal untuk apa lagi diwarnai kawasan itu seolah-oleh mahu dijadikan seperti bandar Hong Kong.
Bukit Bintang juga sudah sangat pesat ciri metropolitannya. Seimbangkanlah pula kemajuan dengan kawasan lain di Kuala Lumpur terutama yang agak terabai.
Lagi pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan menghargainya.
Seperti biasa, faktor pelancongan dijadikan justifikasi yang kita semua diminta untuk percaya tetapi siapa sebenarnya yang lebih bijak dan terus raih untung?

Dari Awang Selamat, Utusan Malaysia, 
25/08/2013

No comments:

Post a Comment