Thursday, October 17, 2013

Pemilihan Naib Presiden UMNO 19 Oktober









Hari pemilihan semakin menghampiri, iaitu pada Sabtu 19 Oktober.  Selain daripada 5 yang di atas, Datuk Paduk Mukriz ada kerja tambahan dan tanggungjawab lebih iaitu pilihanraya kecil Sungai Limau.  
Sejak dari awal kempen pemilihan bermula, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia amnya, telah didendangkan dengan slogan berubah, trnasformasi, berani berubah, peremajaan UMNO dan sebagaianya.  Pun begitu, Pemilihan sayap yang baru berlangsung pada 12Oktober menyaksikan tiada perubahan iaitu KJ kekal Ketua Pemuda, tanpa saingan sengit langsung, diikuti dengan Ketua Wanita kekal milik Shahrizat.  Ketua Puteri sahaja berubah kempimpinan.
Semasa penamaan calon pada 21 Sept, Hisham dilihat datang bersama dengan Zahid dan Shafiee. Berjalan bersama. Masuk dewan dan mengisi borang bersama maka dilihatlanh mereka menjalinkan satu 'pact' atau pakatan. Samada itu signal dari atasan atau signal mereka sendiri tiada siapa dapat mentelah. Mukriz, Isa dan Ali masing-masing bersikap gentlemen, datang sendiri dengan penyokong-penyokong.  
Berbetulan juga dengan Hari Raya Aidiladha sinonim dengan panggilan Har raya Qurban, siapakah 3 yang akan menjadi qurban?  Mukhriz yang dibebani PRK Sg Limau, Hisham yang dilabel 'lembik' dan 'menteri amaran', atau shafiee yang terpalit dengan sokongan merosot dari akar umbi Sabah? Isa mungkin dapat menguasai khemah FELDA, Datuk Ali baru sahaja mendapat Senator, dan PEngerusi PUNB ( berita hari ini Dato Ali sedang disiasat berikutan ceramahnya yang bersifat perkauman di Kuala LUmpur baru baru ini).  Isa dan Ali kedua-duanya, pernah disabitkan kesalahan oleh Jawatankuasa Displin UMNO akibat politik wang dan digantung keahlian. Ali dan Isa juga, dilihat sebagai personaliti yang terlalu senior dalam UMNO jika persepi 'rejuvenation' di ambil dengan serius.
Zahid dalam keadaan paling selesa. Tiada moral issue, tiada konflik dalaman, malah dilihat sebagai jagoan terutamanya dalam isu gangsterism, dan pembabitan cepat membantu Hisham semasa konflik Lahad Datu. Sangat jelas melainkan ada orang yang masih rabun dan kabur tak dapat melihat Zahid bakal menang mudah.
Hisham kelihatannya agak 'desperate' untuk kekal.  Sebagai 'Najib's cousin', malulah sekiranya beliau kalah.  Sehinggakan Majlis Wanita di Johor yang dipenuhi oleh wanita umno terutamanya UMNO Kluang baru baru ini, terpaksa menyelit kempen bersama-sama wanita dan Shahrizat sebelum pemilihan Ketua Wanita pada 12 Okt.  Hisham juga sering turun ke Johor untuk memastikan kepercayaan orang Johor tetap disisinya.

Apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya lekas mengumumkan keputusan Mahkamah bahawa kalimah ALLAH tetap tidak boleh digunakan oleh laindaripada yang beragama Islam, dalam konteks The Herald, Hisham cepat-cepat mengeluarkan kenyataan agar isu itu selesai dan tidak dipolitikkan lagi.  Akhbar NST semalam terus mengulang siar gambar Hisham dengan kenyataan yang sama.  
NST versi 16 Okt juga menemubual 'veteran UMNO' Datuk Rahmah yang mengatakan bahawa Mukriz agak terlalu awal untuk menjejakkan kaki sebagai Naib Presiden dengan alasan Mukriz belum lagi mendapat jawatan Ketua Bahagian dan tidak pernah menang Ketua Pemuda UMNO.  Agak ironi, kerana Mukhriz telah pun lebih kehadapan dengan menjawat jawatan Menteri Besar Kedah, dan sebelum itu sebagai Timbalan Menteri di MITI. 
Benar, di antara 6 yang bertanding, Muriz paling muda.  Kelebihannya (atau kekurangan) MUkriz ialah anak Tun Mahathir.  Sejak dari awal juga, Tun terus menulis tentang peri pentingnya UMNO berubah, membawa masuk generasi muda ke dalam kempimpinan tertinggi bagi memastikan UMNO terus relevan dan bergerak lebih proaktif menghadapi PRU14.  Tun kata UMNO sedang dilanda sakit tua kerana dikelilingi oleh pemimpin yang berusia, maka nafas baru perlu.  
Sesi dialog dengan TV3, kedua-dua Mukhriz dan Isa saling menyetujui bahawa UMNO perlu gandingan orang lama dan orang baru, tua dan muda, penting bagi memastikan UMNO dilihat mendengar rintihan akar umbi. 


Mukriz membawa visi dan misi yang bersifat menagih perubahan dan meminta semua dalam UMNO untuk berani berubah. Dalam apa segi.  Mukriz dilihat DAP sbagai ultra-malay sepertimana bapanya.  Tidak menjadi salah untuk Mukriz ultra malay, kerana MUkriz sendiri dalam parti yang memperjuangkan Aliff Baa Taa....Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair.  Begitu juga Ali.  Sehinggakan sekarang disiasat berikutan ucapannnya yang mengatakan semua 4D, toto, pusat judi dimiliki oleh cina dan cina telah menguasai banyak sektor ekonomi.  Pun dikatakan salah juga oleh pembangkang.  Zahid semakin berani dalam isu jenayah.  Hisham masih terkapai-kapai mencari isu dan sokongan.  Isa pula, buat 'steady'.  Orang lama.

Jadi persoalan mutlaknya ialah siapa yang patut menang. siapa yang patut terpilih menerajui 3 kerusi Naib Presiden?  Yang senior?yang memperjuangkan Aliff BAa Taa?  Yang sedia berkudukan sebagai senator/ pengerusi GLC? yang muda bertenaga berwibawa berwawasan? Semua ini akan terjawab bilamana pemilih membuang undi pada 19 Okt.  Semua ini akan terlaksana bilamana 19 Okt tiada lagi dalam kalendar, bila 20 Oktober pula muncul.  Semua penat lelah akan samada terbalas atau sebaliknya.  Zahid barangkali sudah mula 'sit back and relax', Hisham terus kesana sini, Shafiee tak keruan selepas Pegawai Khasnya tidak lepas NKP.  Sokongan Sabah semakin jelas merosot.  Isu Kementerian WIlayahnya dahulu terbawa-bawa.  Shahrizat mungkin merasa selamat dan senyum lebar sekarang walaupun terpalit isu NFC dan 1Azam, selepas kekal menang Ketua Wanita.  KJ barangkali terus berusaha dengan cara liberal dan progresif nya untuk memastikan 'line-up' di atasnya betul dan ikut selera Pemuda(?).   
Bagaimana dengan MUkriz? Bebanan PRK Sg LImau tidak boleh diambil mudah. Kalah Sg LImau, akan membawa masalah padanya, sama seperti sekiranya kalah Naib Presiden.  Laluannya untuk mendaki kempimpinan peringkat tertinggi akan menjadi lebih sukar, apatah lagi selepas cubaannya dalam pemilihan Ketua Pemuda 5 tahun lepas gagal. Pun begitu,  gambaran kasarnya, Mukriz kurang dilihat aktif berkempen seperti mana lain-lain calon, put aside Ali and Isa.  Selain daripada video-vide yang diupload di Youtube, jarang sekali mendengar Mukriz direkod wartawan semasa kempennnya, malahan amat kurang 'appearance'nya di kaca TV dan dada akhbar, selain daripada Sinar Harian. (pada 2008, sebuah akhbar Singapura membuat liputan mengenai beliau selepas berjaya menawan Kedah dengan tajuk "Najib's future running mate") Pun begitu, beliau terus ditatang, dijaja, dilaung dinobat , di 'kempenkan melalui laman web social dan blog-blog. Samada ini strateginya, segaimana beliau amat perlahan dan tidak gelojoh semasa mengumukan keinginan bertanding Naib Presiden, atau samada beliau 'pulling the brakes' pun tak dapat diterjemahkan.
Sekiranya formula dan trend kemenangan Ketua-ketua sayap pada 12 Okt diambil sebagai statistik, maka tiadalah wacana perubahan dalam UMNO. Maknanya, Tidak beranilah UMNO berubah.

Umno Perlukan Lebih Ramai Pemimpin Muda - Razali
KUALA LUMPUR: Umno memerlukan lebih ramai pemimpin muda menganggotai barisan kepimpinan Majlis Tertinggi bagi menghadapi realiti dan landskap politik semasa, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata pemilihan lebih ramai pemimpin muda dapat menyediakan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan menyaingi parti lawan yang banyak membariskan pemimpin muda.
"Berkongsi pengalaman dengan pemimpin lama dan idea segar daripada pemimpin muda sudah tentunya dapat menterjemahkan konsep meremajakan parti sekali gus mampu meraih sokongan rakyat kepada Umno," katanya.
Razali percaya para perwakilan akan memberi ruang kepada pemimpin muda untuk membarisi kepimpinan parti bagi membolehkan Umno terus segar dan relevan, selain mewujudkan gandingan pemimpin lama dan baharu bagi memastikan keseimbangan landskap politik hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas peluang pemimpin muda membarisi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan Sabtu ini yang melibatkan 71 calon yang bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi.
Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding.
Sabtu ini, 144,297 perwakilan Umno di seluruh negara akan menentukan pucuk pimpinan parti di peringkat bahagian dan pusat secara serentak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment