Monday, October 21, 2013

Perwakilan berdoa


Esok bermulalah persidengan UMNO peringkat bahagian-bahagian yang juga memilih pemimpin baru bahagian-bahagian serta pimpinan tertinggi parti.

Majllis bermula dengan lagu Negaraku. Kemudian lagu keramat UMNO.

Dijemput mana-mana Al- Fadhil untuk memimpin doa. Pastinya ayat-ayat memohon kepada Allah s.w.t. termasuk...

Ya Allah ya Tuhan Kami...
... Kau berikanlahkami kekuatan utk meneruskan pejuangan demi Agama Mu.
... Kau berikanlah kami kekuatan bagi membela nasib umat Mu.
... Kau berikanlah kekuatan bagi kami mempertahankan kadaulatan negara tercinta kami ini Ya Allah....
Semuanya akan mengaminkan sekuat mungkin. Akan diteruskan ayat2....

Ya Allah Ya Tuhan Kami...
... Kau kuatkanlah iman kami agar kami tidak terpesong dari pejuangan asal kami...

Ya Allah Ya Tuhan Kami...
... kau berilah petunjuk kpd kami jalan yg benar agar kami tersesat dari ajaran Mu..

Ya Allah Ya Tuhan Kami..
... kau kuatkanlah perpaduan dlm Parti kami....

Ya Allah Ya Tuhan kami...
... kau berikanlah kami Tawfik dan Hidayah..Kau bersihkan hati kami agr kami tidak punyai hasad dengki sesama kami....

Ya Allah Ya Tuhan kami...
... kau lemahkanlah musuh2 kami....

Ya Allah Ya Tuhan kami...
..... kau berilah kami barisan kepimpinan yg mulia dan bijak sana agar dpt memajukan negara ini...

Bla...bla..bla...bla.......
Sebaik saja habis, mesyuarat akan di mulakan oleh Pengerusi Tetap.

Kepala semua perwakilan sudah menumpukan senarai cai yang telah diberi oleh ketua masing-masing. Senarai cai yang memasukkan. Dalam kepala teringatkan separuh lagi yang bakal diterima jika calun-calunnya menang nanti. Dalam hati tidak sabar. Bukan sikit jumlahnya .......

Wow! Lepas doa lupa segera

Hilang dan lupa semua bait-bait doa yang diaminkan begitu kuat sekali. Berbohong kepada Yang Maha Esa. Kita cuba tipu Yang Maha Mengetahui.

Kita minta dari Yang Maha Berkuasa agar parti terus kuat dapat membela Agama Bangsa dan Negara kononnya tetapi kita buat apa yang dilarangNya.

Bersedialah hilang segalanya. Berjimatlah dengan duit hasil jual beli sebagai bekalan selepas PRU14. Selepas itu kita jadilah pengemis di tanahair sendiri..

No comments:

Post a Comment