Wednesday, September 4, 2013

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Titik Berat Kebajikan Rakyat Dalam Bajet 2014


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya menitik beratkan kebajikan rakyat ekoran keputusan pengurangan subsidi petrol dan diesel.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beberapa langkah dan bantuan boleh diperkenalkan kerajaan secara khusus melalui Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada Oktober.
"Kami melihat peluang untuk melindungi golongan berpendapatan sederhana dan rendah boleh diterjemahkan dalam bentuk bantuan kerajaan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) dan potongan cukai wajar diperkenalkan kerajaan dalam belanjawan akan datang untuk membantu golongan ini dengan cara lebih khusus.
"Kerajaan mesti tampil dengan satu belanjawan yang mengambil kira kedudukan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang berdepan dengan kesan kos sara hidup yang meningkat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno di sini, Rabu.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata susulan pengumuman tersebut, harga barang pasti akan naik.
Justeru, beliau menggesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan cepat dan tegas terhadap pengusaha dan syarikat yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.
"Kita harap kerajaan mengambil serius isu kenaikan harga barang yang sudah pasti akan berlaku susulan pengurangan subsidi petrol dan diesel," katanya.
Beliau menambah, adalah menjadi keutamaan bagi sayap parti itu untuk melihat pelan jelas kerajaan dalam belanjawan akan datang.
Selain itu katanya, kerajaan juga harus mempercepatkan usaha membuka dan memecahkan monopoli yang diberi kepada beberapa syarikat yang menyebabkan harga beberapa barangan berada pada paras tinggi.
"Jika untuk beberapa barangan dapat kita buka secara liberal dengan memecah monopoli tersebut, kita yakin ia akan membantu dari segi pengurangan harga barang dan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat," ujarnya.
Khairy turut menggesa kerajaan mengkaji subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar seperti subsidi gas.
"Sekiranya mahu kurangkan subsidi kepada rakyat, kita gesa kerajaan mengkaji sama ada subsidi (syarikat) itu juga dapat dikurangkan.
"Kita dapati program pengurangan subsidi ini mestilah ditanggung semua pihak, bukan hanya subsidi am sahaja yang dikenakan oleh kerajaan," katanya.

Saranan Ketua Pemuda UMNO, KJ, amatlah bertepatan dengan dasar kerajaan yang menitikberatkan dasar Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Memandangkan Sdr KJ sudah pun berada di platform yang sepatutnya iaitu di parlimen dan memegang portfolio Menteri di KBS, segenap kabinet perlu mengambil kira saranan tersebut bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat yang sememangnya telah dibebani dengan kepelbagaian bentuk kenaikan harga dari harga makanan (sebelum ini harga ayam telah ditetapkan harga siling sekitar RM7.50, namun apabila muncul kenaikan harga minyak Ron95 sebanyak 20 sen, di pasar-pasar malam harga ayam telah mencecah kembali kepada RM8.30 hingga 8.50 sekilo ayam seekor-janganlah pula Dato Hassan minta rakyat menukar selera kepada ikan daging dan lain daripada ayam!) 

Berbalik kepada Dato Hasan, janganlah juga dengan pantasnya membuat kenyataan bahawa kenaikan harga barang dijangkakan sekitar 0.1% sahaja kerana anda tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di segenap pasar-pasar borong, pasar-pasar tani, pasar malam, kedai runcit, chain-marts, dan lain-lain, anda tidak tahu apa yang dilakukan oleh sekelian ramai pemborong, peruncit peraih peniaga yang sewenang-wenang memainkan harga barang memikirkan keuntungan lebih berbanding memikirkan hak pengguna!.

Pembangkang juga boleh memainkan peranan dalam memberikan idea-idea yang dapat membantu rakyat. Walaupun berbeza fahaman dan aliran politik,tapi peningkatan jumlah MP pembangkan dalam parlimen seharusnya menjadi medan untuk pertukaran idea dan bukan dijadikan modal politik semata-mata.  Menteri-menteri juga seharusnya tidak bersifat kebudak-budakan dengan memandang sinis idea-idea dari semua pihak baik masyarakat amnya, tenaga-tenaga proffesional, pemimpin pembangkang, 


No comments:

Post a Comment