Monday, September 16, 2013

Perbanyakkan rumah kos sederhana

Presiden Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), Chan Seong Aun ,berpendapat kerajaan seharusnya membina lebih banyak rumah kos sederhana bagi kemudahan rakyat di negara ini, ditambah pula dengan kecenderungan pemaju membina rumah kos tinggi.

Chan juga menyebut bahawa rumah kos tinggi akan memberi kelebihan kepada pemaju (dari segi keuntungan tentunya), sementelahan membebankan golongan sederhana.
Bandari Sri Putra Bangi

Biarpun kerajaan mewujudkan perumahan mampu milik seperti PR1MA dan melalui Suruhanjaya Perumahan Berhad, namun, dalam sektor perumahan swasta, kerajaan seharusnya lebih tegas mengawalselia dan menyediakan rangka dasar kepada pemaju-pemaju supaya perumahan yang dibina dapat dinikmati oleh semua golongan terutama sekali yang berpendapatan sederhana.

Sekiranya ini tidak dibendung, pemilik-pemilik rumah sedia ada akan mengambil kesempatan ke atas golongan yang tidak dapat memiliki rumah sendiri, dengan menaikkan kadar sewaan rumah sewa di pinggir-pinggir bandar dengan memberikan pelbagai alasan, seperti peningkatan kadar faedah bank-bank pemberi pinjaman perumahan, dan lain-lain.

Dapat disimpulkan pada masa sekarang, di mana-mana kawasan perumahan dan diteroka sebagai projek perumahan baru, tiada lagi rumah jenis setingkat teres. Yang ada hanyalah double-storey, apartment, dan jenis cluster. Itupun minimum harga dijual ialah sekitar RM350k hingga RM500.

Untuk harga rumah baru yang dibuka pada kadar tersebut, tidak dapat tidak pemilik rumah sedia-ada terpaksa menjual dengan harga sekali ganda maka bertambah tinggilah harga rumah.  Tidak dapat tidak juga, Dengan ketiadaan atau kurangnya pembeli, pemilik terpaksa menyewakan dengan 'rate' yang tinggi seperti yang telah dinyatakan.
Southville Savana Bangi

Sebagai contoh, sebuah apartment kos rendah di pinggir ibu kota, pada tahun 2007 tingkat 5 disewa pada kadar RM300.  6 tahun berikutnya, ianya telah meningkat 100% pada kadar RM 800 seunit untuk keluasa 650kps, 3 bilik dan 2 bilik air.

Pemaju akan terus memberikan pelbagai alasan untuk menyokong tindak tanduk mereka. Maka kepada kerajaanlah rakyat terutama sekali golong sederhana akan mengharapkan bantuan bagi mengawal fenomena ini.

Sebaiknya, cadangan Presiden PAM ini didengari dan diteliti.



No comments:

Post a Comment