Tuesday, October 1, 2013

The Najib administration should stop its cash handouts : Tun Mahathir

PETALING JAYA, Oct 1 — The Najib administration should stop its cash handouts as the programme is causing dependency among its low-income recipients, who have not shown gratitude for such aid, Tun Dr Mahathir Mohamad said today.
When asked about his opinion on the upcoming Budget 2014, the still-influential former prime minister suggested that Putrajaya should stop the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) programme.
“I only disagree with BR1M. But they wanted to give more,” said Dr Mahathir here, referring to the recent announcement that BR1M will be awarded twice per year starting from 2014.
“Whatever we get for free, we will not treasure it. That’s why even with much BR1M given, when the polls came, nobody supported (Barisan Nasional).”
According to the nation’s longest-serving prime minister of 22 years, BR1M has led to a breed of Malaysians who are dependent on the government and lack personal initiative to lift their financial status.
“Better if we train them with some skills, so they can earn by themselves,” he suggested.
On Sunday, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government plans to implement distribution of the BR1M twice yearly from 2014.
He also said the government is looking to implement the best assistance models for households with income between RM4,000 and RM5,000.
He said the increased distribution of the BRIM this time will enable recipients to use it within a specified time and in a more careful manner compared to a one-off hand out.
Last month, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said it would announce measures to ease the burden on the lower and middle-income group in the 2014 Budget, including the possibility of increasing payments on the BR1M from the present RM500.


BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr Mahathir
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.
"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - BERNAMA
Related: http://umnorajachulan.blogspot.com/2013/09/kjaan-perlu-kurang-belanja-selepas.html

BR1M Tetap Diteruskan - Ahmd Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu terus memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan tertentu yang memerlukan seperti dirancang sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata BR1M boleh menjana ekonomi setempat kerana wang tunai yang diberikan akan digunakan untuk membeli barangan sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.
"BR1M bukan hanya wang tunai untuk ringankan beban tetapi sedikit sebanyak beri kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik," katanya kepada media selepas merasmikan majlis Kongres BankTech Asia 2013 di sini, Rabu.
Ahmad berkata kedai runcit, pasar tani, pasar malam dan pusat membeli belah akan turut menerima kesan positif daripada program BR1M.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang berpendapat BR1M tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata jalan penyelesaian mesti dicari supaya rakyat tidak terus bergantung kepada kerajaan seperti melatih golongan berkenaan mendapatkan sumber pendapatan sendiri.
Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai kursus latihan kemahiran melalui agensi-agensi sedia ada seperti pusat-pusat latihan termasuk Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara dan GiatMara.BERNAMA

Komen:  
"BR1M bukan hanya wang tunai untuk ringankan beban tetapi sedikit sebanyak beri kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik"
Semasa Tun Mahathir menjadi PM, satu kempen telah dijalankan iaitu menggalakkan rakyat berbelanja bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.  Dengan besarnya jumlah perbelanjaan rakyat, atau dengan termanya, kuasa beli rakyat akan meningkat dan menggalakkan wujud lebih banyak peluang perniagaan bermula daripada pengeluar kepada peruncit termasuk peniaga pasar malam.  Sudah pasti, kuasa membeli rakyat disokong dengan rendahnya nilai matawang, kos perjalanan (minyak) dan seterusnya kos makan-minum.  Dengan memaastikan bahawa kos-kos asas boleh dikurangkan, barulah kempen-kempen berbelanja seperti Merdeka Sale Day, dan Sale Day yang lain dapat dijayakan.  Kempen-kempen Tahun Melawat Malaysia juga antara lain bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dan meningkatkan
Pasaraya-pasaraya besar digalakkan untuk sentiasa mempromosi pasaraya mereka melalui promosi potongan harga jualan, 'free gift', dan lain-lain.  Ini semua yang dipanggil ekonomi, iaitu satu proses yang bersifat 'in-circle', lebih banyak kegiatan membeli belah, lebih banyak stor-stor/gudang-gudang akan dibuka, lebih banyak pengimport, lebih banyak barang dapat dibeli.  Dan pastinya, ini sumer tidak dijangkan untuk bersifat sementara.
Apa yang BR1M dapat lakukan ialah pembelian pada satu-satu masa tertentu.  Dapat RM500 hari ini, besok atau lusa pasti habis.  Dari Hulu Langat ke Kuala Lumpur sudah pasti menelan belanja minyak sekitar RM50.  Pembelian baju untuk anak-anak sekitar RM200, belanja makan dan minum RM50, lebihan RM 200 untuk belanja dapur dan duit sekolah.  Maka habislah RM500.  Tak dapat dipastikan bagaimana perbelanjaan yang sehari dua itu dapat 'memberi kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik".
Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, BR1M patut ditukar sebagai satu 'scheme' atau mekanisme kawal harga barang.  Mekanisme ini patut juga dilibatkan sebagai trust-fund kepada subsidi minyak untuk jangka masa panjang supaya sama ada harga minyak naik atau turun, harga minyak dalam negara sentiasa di tahap memuaskan;bukannya di tahap 'ke 8 atau ke-16 terendah didunia".  
Semua perniagaan bermula dengan kos. Dan antara kos yang paling mustahak ialah minyak bagi tujuan pembelian stok, penghantaran barang, pengagihan ke gudang-gudang dan sebagainya.  Tidak mungkin vendors dan supplier akan mengekalkan harga jualan sekiranya kos mereka meningkat.  Tidak mungkin peruncit mengurangkan harga barang sekiranya kos belian mereka meningkat.  Akhir sekali, tak dapat tidak terpaksalah rakyat membeli barang pada harga yang lebih dengan kuantiti yang sedikit.
BR1M lebih bersifat government expenses.  Dan BR1M yang sentiasa meningkat, samada diberikan secara terus atau berperingkat tetap bersifat perbelanjaan.  Lumrahnya, kita semua maklum apa akan berlaku sekiranya perbelanjaan sentiasa meningkat tanpa kawalan.  
Tidak menjadi salah untuk memberikan bantuan dalam bentuk kepada rakyat.  Tapi biarlah ianya terhad kepada warga tua, ibu-ibu tunggal, miskin tegar.  Janganlah negara kita sampai dilabel sebagai 'a welfare state-The welfare state involves a transfer of funds from the state, to the services provided (i.e. healthcare, education) as well as directly to individuals ("benefits")'.   

Diharap, Datuk Ahmad Maslan sebagai MBA holder dengan CGPA yang tinggi, dapat mencanangkan lebih banyak idea-idea yang lebih bernas dan tajam dalam mentransformasi ekonomi nasional.

No comments:

Post a Comment